Monday, July 6, 2009

padam

mari kita padam kisah semalam
yang buat kau sentiasa muram dan suram
kisah kau jatuh dan bangun semula
kemudian kau bangkit segera ketawa atas kesilapan yang sama
mari kita padam kisah dahulu
kisah buat hati jadi haru
dan membuat kau terus berada di masa lama
masa yang kau sendiri sudah tinggalkan sebenarnya
cuba terima hakikat itu
yang kau lagi bukan disitu
semua disitu dah bergerak jauh tanpa kau
bergerak tanpa terus mengenang selalu siapa kau
janganlah terus mengenang masa lalu
cuba kau berganjak jauh lagi
ternyata kau seorang yang tak mahu kehilangan kisah sebelum ini
mari kita padam kisah dahulu
kisah yang buat hati jadi haru
dan membuat kau terus berada di masa lama
masa yang kau sendiri sudah tinggalkan sebenarnya





munee.nmz.1224.padam
dah padam belum semua yang buat kau terus mempunyai perasaan begini?

No comments: