Friday, July 31, 2009

waiting list..haha

ok. sekarang aku akan bercakap mengenai handphone pulak. haha. tadi tengah jalan2 dekat internet dan singgah singgah website suratkhabar beritaharian dan singgah tv3 , ada iklan tepi tu. memangg menarik perhatian aku.
yess, aku terdiam seketika tengok iklan tu.
hmm
yeahh,aku terus explore lagi dan explore



















Nokia 5730 XpressMusic




= you are on my list okayy. mcm dpt je skrang.hahaha
u r on my list. thats it. haha






and how about this one?







really missed this o2 xda zinc.



munee.nmz.2244.waiting list

hahahaha.one day..

aku dan buku

yeahh. aku dapat jugak "The Catcher in the Rye" yang ditulis oleh J.D.Salinger. thanks to en . zahari dan angus&robertson bookstore . akhirnya aku ada buku baru. haha. ohh yeah, terima kasih juga kepada ammar rosli kerana mencadangkan buku ini juga.


dan aku tahu buku ini dah lama keluar but its not late kan too for me too read it..haha..untuk membaca,tiada halangan segalanya. tak kisah jenis pembacaan, yang penting semua cerita tetap diingatan. yang baik jadi pengajaran, yang buruk jadi sempadan.







munee.nmz.1435.aku dan buku
yess, another new books again perhaps?on next 'friday' boleh kan lagi ayah? hahahahahaha

jangan lupa lirik mungkin?

diskriminasi menjatuhkan aku
reputasi kini menjadi bisu
dan aku, ku layu disitu
mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku



situasi,bunkface



the lyrics above tells it.





munee.nmz.0359.jangan lupa lirik mungkin?
yeap,i can see that you know.

Thursday, July 30, 2009

apakah

cuba fikir apa jadi
kerana salah faham
situasi ini akan terus kelam
kesilapan kecil dibesarkan
yang besar apatah lagi
tak mengapa,tak lama esok
ok la ni
adeh







munee.nmz.2211.apakah
pagi yang gelap,kini sudah terang,kau adik aku,dan aku kakak.

Wednesday, July 29, 2009

kisah bas lagi

haha. ye2, masih mengenai bas. macam2 hal. macam2 jadi. ok la, mengaku la yang kat sini aku tertinggal bas. depan mata aku dengan lajunya 392 jalan. sabar je la. aku pulak berkeyakinan tingginya berkata dalam hati, " ala, 392 lambat sikit hari ini." hahaha

dah la jalan dengan perlahannya menikmati pemandangan sekeliling. padahal rumah2 je. adeh. bertemankan lagu2 yang ada dekat hp beserta dengan cahaya matahari yang sungguh menyenangkan di hari ini. aku pun duduk la dekat bus stop sorang2.

mula mula muse-hysteria,unintended kemudian ditukarnya lagu the killers-mr brightside,all these things that i've done, michael learns to rock-thats why , blink182-i miss you,all the small things , anuar zain-ketulusan hati , hijjaz-puteriku sayang,rindu , bon jovi-always, aerosmith-i dont want to miss a thing, michael jackson-beat it,thriller, fallout boys-beat it, flop poppy-atas nama cinta,cinta, avenged sevenfold-dear god,afterlife , coldplay-the scientist, estrella-stay,heaven,ternyata,take it slow.....

aku bingkas bangun, kemudian jalan setapak ke hadapan
memerhati jauh disana
sudah munculkah bayangannya
yang tetap datang ikut waktunya
yang sama tetap naik setiap hari
yang tetap ku tunggu walau apa jadi

ciss, NOT IN SERVICE dia. sabar je la. adeh. ohh,i got more 5 minutes before the next bus. and then...

finally,
sampai jugak. naik je bas aku sengih kat bus
hye,how are you? tapi dia senyum je. tak kan nak borak dengan aku pulak kan. aku ni pun. dah dapat tempat duduk pulak pikir2 pukul berapa sampai ni...

ohh yeahh. arrived safely about half an hour later.. at the same stop-hyde park and 392. tahniah.
tak lama kemudian kau tengok seorang perempuan dengan beg merah camel active kesayangannya tuh berjalan laju. kalau boleh nak lari je. sabar je laa. haha. ye2,i know i'm late. 15minit weh. nasib lecturer ok2 je n class aku tuh memang tak pernah nak full sampai bila bila kecuali hari khamis. itupun sebab ada test. macam macam ragam

class pun ok2. dan aku mengejar bas lagi masa balik tadi. sebab tengah tunggu traffic light bertukar warna, 392 dah ada depan mata. apepun, aku dapatlah naik bas tuh. alhamdulillah hari ini aku ok2 je cuma mood agak tak betul? haha









munee.nmz.2152.kisah bas lagi
asal boleh je nak letak semua lagu. hahaha. btw,i need new songs la rasanya.huhu. encik johnny depp tak naik 392 lagiii..cisss. dan jangan bosan kalau aku bercerita pasal bas lagi lepasni.

heh

hey si kurus,si gangster.
cepat sihat okayyy.
dan skype again please?
i miss you.
haha







munee.nmz.2044.heh
mygangster nampak makin kurus..

Monday, July 27, 2009

395+railway bus station=yeahh,i'm lost.

adehh. after i got the wrong bus, i think i really need a map of the city or google maps or a gps on my hp perhaps? haha. i'm not quite good at remembering road,street,building ect ect. i know its been a long time i'm living here, just like 6 months already. i cant believe it either. yeah what do you expect then when you think that you only have 10 minutes to class and you are still wondering where you are..


adeh, moon moon. 395+railway station bus stop=yeahh,i'm lost.


ohh, its actually for the 5 minutes walking on the same road without you realizing it. then lucky me i bring my note book(i'm actually writing 'panduan menaiki bas ke bandar'). could you believe it? haha. then walking alone with 'the killers - all these things that i've done' really lift me up. kasi semangat sikit,hahah. then yeahhh. i remembered that street. pitt street and then liverpool street and then just go straight until you find then end of the road. no la, it just like down the hill of something, i dont know how to explain more. haha. yeah, alhamdulillah. finally, back on track. haha. arrived safely at 1310. ok lah tuh kan. hahahaha

jadi sila ambil pengajaran.jalan leka bila berjalan.
mahu senang lagi ingat nama jalan atau 'indicator' nya. haha.







sempat snap gambar masa traffic light merah. haha

nmz.munee.0116.395+railway station=yeahh,i'm lost.
balik tetap dengan 392. btw, johnny depp tak naik bas aku lagii..cisss

quotes to ponder

dari en zahari.
ditulisnya dekat noticeboard rumah malam tadi.
bagi ganti segala announcements dan appointments di noticeboard putih itu.
kata kata untuk dipandang dan banyak erti


.life is full of challenges.


.you have to be responsible for your own decision.



.it is you who determine your destiny.



.when you sow a thought, you reap an action.






munee.nmz.1219.quotes to ponder
akan update kalau ada yang terbaru lagi.hahaha

Sunday, July 26, 2009

teruskan

teruskan perjalanan
jangan patah semangat bila halangan tiba
jangan kerana tiada orang sekeliling
kau rasa kecewa
rasa nak tutup dunia dari kau
rasa mahu lari dari realiti siapa kau

teruskan perjalanan
jangan ditoleh belakang apa jadi
dengan hati yang tenang dan keikhlasan dalam diri
teruskan melangkah dengan yakin lagi
tanpa melupakan Yang Satu tempat kita bergantung setiap hari





munee.nmz.1231.teruskan
teruskan dan jangan berhenti

the story

where should i start
when the story slowly falls apart
although inside i know you always be the same heart
without knowing what happen next
i know inside there you can find hope
the one with the teary eyes
the one that brings smiles
where do i begin
when there's nothing much more i can say..



munee.nmz.1653.the story
hmm....

oh moon

oh angin
sampaikan lagu ku padanya
yang sedih pilu




the carefree-belaian jiwa version much better.

munee.nmz.1317.oh moon
lagu lama sangat sedap bila dengar semula. aku kan layann lagu lama.hahah

sampai jugak

yeahh, cubaan untuk menghantar surat kepada azzah abu bakar berjayaa. haha. sampai jugak. haha. sudahla lambat hantar, kad hari jadi pilak tuh. sabar je laa. apepun surat aku dah lama sampai pada dia dalam 2minggu lepas macam tu. dan surat yang dia balas untuk dah sampai jugak. yeahh. haha. rabu lepas. berjayaa. boleh la main surat cinta dengan lepas ni. hahahahahaa. hmm, n azzah reply jugak. tak sangka aku. heh. maklumla sekarang ni semua dihujung jari je tak payah kau memerlukan sebatang pen dan sehelai kertas. tapi komunikasi dengan cara begini best lagi sebenarnya. heh.

dan aku dah beritahu dengan azzah no baru aku disini dulu dan dia sudi hantar msg aku. terimakasih yeap. dan aku tak reply lagi kerana masih tiada kredit. dh la agak mahal disitu topup, tak da yang 5ringgit ke..haha. azzah selalu hantar msg yang bagi semangat dekat aku jugak dulu. hmm,really appreciate it.

oh, jangan pikir lain pulak ye. itupun time tuh aku tengah bersemangat promot no tepon skali hp aku buat hal la bagai, tak boleh msg n dengar suara org call pe semua. sabar je la. kemudian check kredit dah habis. adeh. aku baru nak msg dengan mygangster..hmm

haa, nak share msg yg azzah hantar dekat aku pagi tadi. serius aku sekarang agak dalam situasi xda mood. n msg dia buat aku senyum balik. yeahh. dan ini msgnya:

smile in pleasure, smile in pain, smile when trouble pour like rain. smile when someone hurt you, smile because friend love to see you smile and smile brings luck. :)

tapi tak dapat nak reply sebab masih tak reload lagi. hmm. apepun thanks yeap azzah. ;)

hmm, aku nak je hantar surat menyurat n poskad ni kat rakan rakan semua..tak kira dimana anda berada. tapi alamatnya tak semua aku ada.. macam satu kepuasan lain bila menulis surat+poskad ni. haha.





munee.nmz.0258.sampai jugak
ternyata cara untuk berkomunikasi banyak untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian..

Friday, July 24, 2009

sunday1907099 = sydney fish market

yeahh. ahad lepas. keluar dalam pukul 11 lebih. sampai bandar pukul 12. terus gi surau yang ada zohor dulu. tak lama lepas tuh gerak pi sydney fish market. banyak betul kereta. sekali nampak bangunan yang berwarna biru. ditepinya ada kapal layar n burung burung berterbangan. maklumla tepi laut kan. haha. jadi memang ramai orang dengan segala macam urusan yang penting dalam kepala masing masing seafood. haha. gila ah. sekali lalu sebelah aku satu pinggan besar dengan lobster panjang n oyster..ada pulak fish fillet kat tepi. n sotong goreng yang bentuk gelang besar nyaa. sedappp. ahaha



dan disitu memang la tempat untuk beli seafood segala bagai, kedai makannya yang banyak disitu. n macam macam lagi la. yang penting tujuan kami datang ke situ untuk makan. haha.
ohh, ye. selepas itu en.z pun bawa kami masuk ke Doyle's. halal yeap yg penting.huhu. kedai makan yang first sekali jumpa itulah sebab dia kat pintu masuk kan. ahahaha. ramai betul orang tak kisah la apa kedai pun. hmm, lepas tuh aku mula la excited nak makan. haha. sabar je la munirah ni kan...adeh

hmm, lepas dah beli makanan kitorang semua cari tempat duduk dekat luar. kela ada satu kawasan lapang untuk orang bersantai n makan borak borak pe semua. bersantai di hari ahad kan. heh. yeap, lepas tuh dapat meja dahh. yeahhh. haha. beli yang family set ke ape tah namanya n sebakul fish n chips. huhu.



ohh yeap. http://www.sydneyfishmarket.com.au/ . the website. banyak cerita disitu. apa yang ada dekat sfm tuh juga.


















munee.nmz.2138.sunday190709 = sydney fish market
tak da banyak gambar.huahahaha.

Thursday, July 23, 2009

malam

malam tenang yang kelam
bila berganti tempat dengan siang
setianya bersama dengan bulan bintang
dengan hujan rintik rintik membasahi bumi
dengan bulan kelihatan bersembunyi diseballik awan awan
kau sampaikan salam kerinduan aku
jauh di angin di lalu
yang pasti akan lembut menyapa aku kembali selepas itu
malam ini tak lama lagi akan pergi
bawa jauh semua yang jadi
dalam kegelapan kita terus mengagumi ciptaan Illahi




munee.nmz.0105.malam
malam malam ku disini

sambungan kisah aku,392 dan johnny depp

part 2

haha. mesti lah ada sambungan kan. lepas habis kelas tadi, macam biasa la terus jalan tunggu tunggu 392kan. macam macam gelagat orang dapat tengok. dah la tengah sejuk sejuk ni kan. angin kuat oh. dan orang lalu lalang dengan berbagai urusan di kepala masing untuk diselesaikan.

jadi aku duduklah tepi perhentian bas dengan perasaan yang lega. yeah, akhirnya sampai. haha. dah la salah kasut hari ini. sakit kaki. adeh. sambil dengar lagu muse-hysteria yang ada kat hp tu, aku pun tengok la orang sebelah aku ni relax je hisap rokok. perempuan pulak tuh, sabar je la. kalau yang lelaki aku paham jugak la.tak pasal pasal kena aku jugak asap. dah la angin kuat masa tuh. nak je aku cakap kat mereka ni, " smoking slowly kills you, enjoy it." tapi aku diam je, dalam hati sudah. hahah


sekali lagi, bas dan encik Johnny Depp lalu depan aku. yang penting bukan 392. Lama pulak bas ni berhenti yang sah sah depan aku je, dalam 2 minit camtuh. dia dah senyum senyum dekat aku lagi. aku pulak tersengih panjang je. smart. dia memang suruh aku tengok movie dia ni. hahahaha. tak lama lepastuh dia pun jalan. sekejap je dengan aku. baru nak cuci mata sikit.hahahahaha

tak lama lepas tuh dalam 4.15, yeah 392 sampai. sambil tertanya tanya mana encik Johnny Depp ni. ciss, dia tak adaa. hahah. tak nak naik bas aku ke? adeh




nmz.munee.2226.sambungan kisah aku,392 dan johnny depp

ohh, please dont get it wrong yeap. haha. dah lama tak nampak dia berlakon nih. haha

untuk aku

aku tewas
selalu begitu
disertakan dengan airmata
dengan segala rasa hiba di dada
semua kenangan datang tiba tiba
kata kata yang begitu menusuk jiwa
tersentak seketika apabila membaca
hanya untuk menyedarkan aku
menyedarkan yang dalam hidupnya siapa aku
kerana kata kata dua hati saling bersengketa
yang tak tahu bila akan reda
yang aku sendiri tak tahu bila kata maaf dapat terima
aku tahu aku tak dapat jangka hati dia
dan aku tahu aku tak reti masuk dalam hati jiwa dia
hati yang sangat fragile, memerlukan kau berhati hati
jangan ditusuk dengan salah bicara
jangan sampai terguris satu garisan yang panjang lagi
yang tak tahu bila sembuh luka itu
tak mengapa
aku akan cuba buktikan yang aku boleh berubah
berubah kepada munirah yang tak kuat mengalah
menjadi seorang yang pandai mengawal kata kata bila berbicara
menjadi seorang yang tak selalu hiba
yang pasti
aku tetap ada di sini
dengan hati yang satu ini
walaupun aku tak tahu esok apa jadi





munee.nmz.1915.untuk aku
untuk aku yang sentiasa buat hati orang kecewa dengan aku

hari ini

saja nak mencarut sekarang ni semasa tunggu waktu berbuka(sebenarnya dah masuk). ohh, selamat berbuka puasa munirah. haha.  sebenarnya aku tengah kering idea jugak ni tapi ada rasa nak main tulis tulis ni kan.

oh ye, cuaca hari ni sangat bagus. sejuk. angin kuat. aku pulak dengan confident tingginya tak pakai sweater tebal. hebat sungguh anda. dan ada la hujan rintik rintik sikit. yang penting sejuk. sebelum ni matahari tanpa segan silu mengeluarkan cahayanya. nih tak ada pulak. ohh, panduan sebelum keluar rumah mengenai cuaca ialah tengok ramalan cuaca, lepastuh percaya, dan bersedia untuk apa yang terjadi. jadi tadi aku tak ada payung la. bukan nya lebat pun.

dan, test tadi ok la. cam senang pun ada. ecehh, confident nampak. tapi ok la, bdk korea sebelah aku nih gila la, tak sampai 20 minit dah bla. tau la 4 soalan je. hmm, ok2 je la tempat study aku sekarang nih. subjek pun sama dengan je dengan apa yang aku pernah belajar jugak dulu. ada sentuh sikit sikit tapi insyaAllah, i will survive. hehe

seterusnya,  i know who i am. i'm not that perfect that may suit your chemistry right. aku tak tau la nak cakap apa. entah. ok, apabila di aplikasikan apa yang aku belajar semalam, empathic listening. ye2, aku tak hebat kat situ. wtf, apa aku mencarut nih. apesal aku tulis macamnih??

munee.nmz.1727.hari ini

pehal aku ni?

Wednesday, July 22, 2009

sehari di featherdale wildlife park-180709


encik alligator yang bahaya berkata, " lu pahal usha wa,nak cari gaduh ke?"


encik wombat kehausan





seronok menikmati cahaya matahari nampak. the 'z' family+ayah sedang mengambil gambar.








encik koala pandai tutup mata tak nak ambil gambar.







sedap kan aiskrim rumput ni. haha













kawan baru dekat sini. huahahaha. wallaby









the first picture with white parrot. senyumm

munee.nmz.0105.sehari di featherdale wildlife park.

tak dapat nak upload gambar lagi. pesal tah.cukuplah ni kan.huahahaha.nanti nanti la gambar lagi

johnny depp bila nak naik bas aku pulak

part 1

yeap. masa duduk duduk tunggu 392 sampai, lalu sebuah bas tapi itu bukan bas aku la kan. eh, encik Johnny Depp ada dekat bas itu lah. smart sungguh. siap pakai kot lagi lepastuh nak senyum senyum dengan aku pulak. aku sengih balik la bila nampak kan. huahahaha. rambut pendek kacak oh. haha. en Johnny Depp siapa tak kenal lakonannya kan. mr willy wonka, edward scissorhand, captain jack sparrow. sekadar beberapa watak dalam lakonannya. tak lama lepas tu, bas itu pun jalann. ciss, bila dia nak naik 392 pulak?








bukan yang ini. haha




munee.nmz.2013.johnny depp bila nak naik bas aku pulak
huahaha. jangan salah faham. itu hanyalah poster untuk filem terbaru dia. public enemies. kat bas pun iklan kan jugak. trailer dah tengok. tapi kalau dekat wayang tak tau la.hahahaha

gelagat









munee.nmz.1922.gelagat
gelagat burung helang ketika singgah di featherdale wildlife park. mari buat konklusi sendiri. haha

Sunday, July 19, 2009

mari

ketika menyelak kembali gambar gambar lama
terasa jauh pula tiba tiba dengan semua
tapi kini harus melangkah ke depan
tanpa menoleh siapa kau di semua kenangan
dan kau gagahkan diri menempuh segalanya
cuba tinggalkan segalanya yang dibelakang itu
teruskan perjalanan tanpa henti
dan jangan menoleh ke belakang lagi
kuatkan semangat dan azam
betulkan niat dan ingat Yang Satu tiap saat
jangan dilupa padaNya
tempat kita bergantung tiap masa





munee.nmz.0115.mari
yeap,mari melangkah jauh lagi.jomm

Tuesday, July 14, 2009

mahu tak mahu

ketika sedang berjalan jalan di http://waniardy.com/, banyak entrynya yang buatkan terdiam seketika. yang di bawah adalah sebahagian dari entry beliau yang membuatkan hati dan perasaan aku rasa sedap sangat bila baca:

Mahu tak mahu
kita sebenarnya sepapan suaigambar
cantuman keping-keping setiap orang yang menghinggapi kita
cantik atau hodoh mana pun mereka
mereka telah sempurnakan kita.

Saya tulis begini sebab tiba-tiba saya terfikir tentang orang-orang yang kita suka dan orang-orang yang kita kurang suka. Bila seseorang buat sesuatu yang kita kurang suka, biasanya kita akan pujuk diri: ah, buat bodoh je. Tapi untuk tak melatah- sebenarnya adalah satu cabaran yang paling besar, especially if the person matters to us.

It’s hard to pretend like we’re not affected when we really are.
Eh. Susah rupanya nak buat bodoh dan jadi macho.
I believe when things get too hard, what we should do is go back to the foundation. Bila sampai point yang kita rasa tak boleh blah (atau terma ekstrimnya: fucked up) dengan seseorang, try to remember the good things. The good traits of the person. The good times spent together. And remind yourself of how you used to feel for that person and what made you felt that way. Kalau dia teruk sangat, takkanlah dia boleh terlekat dengan kita kan?

People change, yes. But you can’t change the fact that they are, indeed, a piece of you. Bukan macam kulit ular, boleh salin-salin. Bukan macam daki, boleh tanggal-tanggal. You can decide how to deal with it, though. Kalau kita dah decide dia hodoh, hodohlah dia. Kalau kita decide dia cantik, cantiklah dia. It’s all in the mind. Cakap memang mudah. Fikir negatif, lagi jalan mudah.




munee.nmz.2015.mahu tak mahu.
kata wani ardy dalam salah satu entrynya. yeahh, aku setuju sangatt. cukuplah setiap hari kita imbas semua yang pernah terlekat dengan kita yang sah2 saampai bila2 pun tak akan lupa. sekadar bagi mengingati orang orang yang pernah terlekat dengan kita, salah satu cara macam di atas elok juga. kira okay dan baik la tu. haha

kagum dengan waniardy. puisi dan sajaknya ternyata membuka mata dan hati juga. merangkumi pelbagai bicara. menjengahkan kehidupan dari pandangannya.

Monday, July 13, 2009

err

aii, xda org kah mlm tok. rasa mok kelakar sarawak jak aritok. semangat juak aku berkelakar sorang sorang. haha. hmm,kenak kau moon? rnduu ngan smua org kat sia, xda gik yang ku ada oh. aaii,moon2..sik tauk giney mok padah gik. iboh cmya moon... iboh risauu..adeh





munee.nmz.0025.err
heh. tak akan aku lupa semua nih. nak cakap lagii.akhirnya, aku post jugak macamni. hahahaha.

oh yes, you.

oh yes, you. that one who is hiding over there. come here and dont let yourself in the dark. there is nothing you can do when you are alone and hiding in such place like that.






munee.nmz.1428. oh yes, you.
yes, dont be silly. just be yourself

entahla

perkhabaran hanya di lihat dari jauh. walaupun dah jauh macamni, tapi bila diingatkan semuanya, susah nak lupa juga. nak terus jalan tanpa menoleh pun aku masih mencuba. janganlah kerana satu peristiwa atau apa yang terjadi dulu, dah jauh je tiba2. adeh
kerana kenangan yang ada membuat aku terus mengingati segalanya. kerana masih menghargai tali persahabatan yang sudah ada. entahla






munee.nmz.1425.entahla
eh, kenapa aku tiba2 je nak tulis camni.. adeh

Friday, July 10, 2009

nak

rasa nak buku baru. tengah ulang yang dalam simpanan ni. haha.

sekarang nak balik. hahaha. macam la kau balik sekarang.

ohh ya, nak lepas rindu dengan semua sepupu dan keluarga.

kemudian nak jumpa dia, gangster itu.

hah, harap ini terlaksana, nak jumpa mereka semua, tak kira yang jauh beribu batu, yang berada disana, yang kita sama2 mengejar cita2, semua yangg telah menyentuh hidup aku, tak kira dimana mereka

yang penting sekarang, nak cerita di lain post cerita lah. heh




munee.nmz.0329.nak
tiba2 rasa nak bercerita, meluahkan segala rasa. paham saja aku ni suka bercakap n bercerita. tapi menoleh kesemua arah tiada orang rupanya. maklumlah sekarang pukul berapa. heh

Thursday, July 9, 2009

akhirnya

yer, akhirnya PPSMI dalam Bahasa Melayu. 2012. akhirnya dalam Bahasa Melayu juga. dah lama ikut perkembangan ini. banyak pandangan serta pendapat dibaca. ramai yang bersorak. tak kira gembira atau sebaliknya.





munee.nmz.0132.akhirnya
tunggu tahun 2012. tak sabar nak tengok mereka yang dahagakan ilmu ini.

Tuesday, July 7, 2009

070809=070890

bermaknanya tarikh ini pada aku
tahun lepas disana gelak tawa dengan rakan2 semua
tapi tahun ini disisi keluarga pula
suasana tentu berbeza
hati dan perasaan turut merasakannya juga
hari yang akan menjengah tak lama lagi
bagaimanakah hari itu nanti
hmm





munee.nmz.1930.070809=070890
eleh moon. lagi sebulan. haruskah begitu..adeh
susunan nombor yang menarik..7890.hahahaha.senang ingat tuh.hahah

Monday, July 6, 2009

padam

mari kita padam kisah semalam
yang buat kau sentiasa muram dan suram
kisah kau jatuh dan bangun semula
kemudian kau bangkit segera ketawa atas kesilapan yang sama
mari kita padam kisah dahulu
kisah buat hati jadi haru
dan membuat kau terus berada di masa lama
masa yang kau sendiri sudah tinggalkan sebenarnya
cuba terima hakikat itu
yang kau lagi bukan disitu
semua disitu dah bergerak jauh tanpa kau
bergerak tanpa terus mengenang selalu siapa kau
janganlah terus mengenang masa lalu
cuba kau berganjak jauh lagi
ternyata kau seorang yang tak mahu kehilangan kisah sebelum ini
mari kita padam kisah dahulu
kisah yang buat hati jadi haru
dan membuat kau terus berada di masa lama
masa yang kau sendiri sudah tinggalkan sebenarnya





munee.nmz.1224.padam
dah padam belum semua yang buat kau terus mempunyai perasaan begini?

forgiveness

to forgive maybe divine, but no one ever said it was easy. when someone deeply hurt you, it can be extremely difficult to let go of your grudge. but forgiveness is possible and it can be surprisingly beneficial to your health. especially your mental.
.readers digest,march09.





munee.nmz.0015.forgiveness.
haha. mental pun ada kaitan ye. baikk. heh,i should try then. forgiveness vs forget. macam impossible je. hahaha

adeh

adeh.
en.z keluar tadi.
menjengah ke bilik anaknya
dan tengok anaknya tak tidur lagi
habis aku kena tadi.
soalan tak dapat dijawab,hanya sengih je aku bagi
kata dia inilah dia. hari2 aku yg lambat sentiasa.
aku pun diam aje tak terkata
kerana laptop aku masih berjaga
walaupun laptop masih dengan perangainya
melayan cerita2 n rasa ingin menulis tiba2 ada
kerana the alchemist-paulo coelho juga membuat aku segar semula
buku yang banyak inspirasi n bagi kita cekal juga mengejar cita2
tapi tengok sekeliling kau sekarang bagaimana
cuba kau tengok jam sekarang pukul berapa
dan tutuplah laptop kasi semua clear n tidurlah selagi malam itu ada





munee.nmz.0358.adeh
pergh,moon. konon ada kesedaran nak tidur awal. kau memang.

ghost

yes2. addicted. macam2 boleh dikaitkan ini. macam2 hal. macam2 topik. jadi sekarang kalau nak cerita addicted aku sudah tentu la books. dan aku ni seorang penonton jugak. tak kisah apa cerita semua, jadi Ghost season 2 8tv memang lah masuk senarai. sebab aku dah ikut yang 1st season of ghost thats why la yang macam nak sangat tau what will happen to eza,zack imran n watak2 dalam cerita tuh. dan walaupun storyline cerita ni agak menyimpang dari kehidupan kita n watak2 dalam cerita nya, tapi layan je la. ia bukannya akan mempengaruhi kehidupan kau kan. season 2 banyak watak baru dikenalkan. ada watak ridzuan,alicia,harum,edmund,alam. tapi yang berkesan sikit ridzuan, harum and alam. tapi watak ridzuan kejap sebab di matikan wataknya di tengah2 cerita. tapi macam best la dengar ayat terakhir dia, " romeo kirim salam." heh,berkesan ah bila tengok citer tuh. heh. so ada watak si alam la yang bagi cerita tuh bestt lagi jugak. heh. yer, anding berjaya membawa watak alam dengan baik. haha. n eza pulak still in love with zack imran even zack dah tak ada. but she knows zack always be by her side and zack really there. best betul. it just like u got the right guy n the guy before him left n but he still there without your knowing n still hoping for ur heart. ala, zack pun tau eza still ingat dia. eza selalu pakai cincin zack weh. heh.

ouh, eza n zack imran by cheryl samad n naz was good. nampak macam real je. aku rasa lagi 2 episod kot tamat lah cerita tuh. cant wait for the finale. dah nampak sangat si abg ramlan yg polis tuh-mazdin nye keje n ramlan boleh cakap dengan dia. heh. yes2, i know what a story kan n bila tengok macam rasa aku berada di tengah2 cerita tuh atau aku cuba nak melangkah ke tempat yang kata just believe the story atau just laugh all the way round while watching the drama. watak2 dia memang ok la, is up2u whether want to believe it or not but i'm not the one who totally believe it.

yes, thanks to 8tv.com.my sebab cerita ni ada walaupun youtube ade je org download pe smua. yes2, mungkin cerita itu macam nonsense kan sebab boleh nampak hantu atau orang yang dah tiada. tapi paham2 je la, lakonan semata2 kan. dan jalan cerita yang buat orang nak tau apa jadi. heh. just imagine if it was a real story then. would u believe it? hmm, tiba2 aku macam seorang yang sangat mengikuti satu perkembangan cerita yang aku dah tengok sebagaimana aku addicted dekat 'House' dulu. yes, he still the best doctor in television to me. heh




munee.nmz.0230.ghost.
ahh, tak ada cerita lain kah. aku sanggup tunggu kat 8tv semata2 ini. adeh,moon2. senang cerita aku nih addicted jugaklah.

Saturday, July 4, 2009

sleep tight no matter your age

hah, a great article. tapi aku dah pendek kan la.

just as sleep is crucial to the health of adults, new researchs suggests that lack of sleep may affect teen's health too. ohio researchers found that otherwise healthy teens who slept less than 6.5 hours a night were 2.5 more likely than those who slept longer to have elevated blood pressure. the study also revealed that the systolic blood pressure of teens with "low sleep effiency" -a measure if sleep quality defined as ' having trouble falling or staying asleep" - was, on average, four points higher than that of teens who slept well. although further study is needed, researchers caution that untreated hypertension can increase the risk of stroke and other cardiovascular disease later in life.


Reader's Digest, March 09.





munee.nmz.0315.sleep tight no matter your age.
woah,time aku baca artikel ni tiba2 kesedaran untuk tidur awal muncul. so tulislah artikel ni tiba2 je. sudah tentu kerisauan pun ada. tapi macam biasalah, masa baca je berperasaan begitu, kemudian perasaan tuh hilang entah ke mana. adeh

Friday, July 3, 2009

taste of life

The time syg cakap syg kadang-kadang nak lupakan certain things in your life make me wonder to the same things..Sometimes kan bagus kalau org ade kuasa untuk melupakan pekara yang memang org tak nak ingat tapi tetibe lak teringat kat kata Madam Emi ;

"Perkare yang kita nak lupakan adalah pekara yang kita akan ingat sepanjang hidup kita"

Erm, so org rase kan better tak payah lupekan tapi biar pekara tersebut berlalu pergi dari hidup org. sebab org tak suke pepatah;

"ibarat luka lama berdarah kembali" so

..just live to your fullest your life..




munee.nmz.2155.taste of life.
itu kata dia.aku pulak macam tak terkata bila baca.bila baca banyak kali,cam ssh nak terima pun ada..adeh..tapi itula kebenaran sebenar kan.live ur life

Thursday, July 2, 2009

"tesen"

tesen oh tesen

satu berita lagi
aku mendengarnya terus rasa hiba
tak sangka tesen dah tiada
banyak memberi kesan dekat semua
terasa macam semalam tengok kau bergolek2 kat dapur
teringat waktu kak yuli berborak dengan kau
sungguh perangai kau hanya kak yuli memahami
mengaku yang aku akan rindukan kau juga sebenarnya
okay,mari baca satu kisah tesen


"tesen,sini kau datang.tesen dah makan belum?jalan je kau tau kan." kata kak yuli dengan penuh kasih sayangnya kepada tesen. tesen pun aku tengok miaw2 yang kak yuli je boleh paham. mengada2 je aku tengok si tesen masa tuh. dekat kampung tuh tak ramai yang suka kucing sangat sebenarnya walaupun kat sebelah rumah kat bawah ada tempat untuk kucing2 nih. tapi tesen bukan di situ la tempatnya. kemudian, lagi satu situasi yang aku ingat si tesen masa malam2 suka duduk luar kan, lepas dia kat dapur tuh dengan kak yuli, dia dah makan la tuh. kemudian mesti maktuk cakap bukak sliding door depan tuh kasi tesen keluar. kadang2 bila aku saje cakap2 dengan tesen nih dia macam paham jugak. mungkin dah biasa dengan family kitorang yang besar ni agaknya. haha.


apepun itu cuma secebis dari kisah tesen. sungguh tesen bagi kesan sebenarnya kat semua. yang paling sedih mesti kak yuli sebab dia yang sememangnya rapat dengan tesen. aku dengar mak teh cerita dekat ayah pun agak touching jugak ayat2 kak yuli kepada tesen nih. hmm


sebelum ni masa duduk kat rumah nenek,ada si tompok. tapi aku dah lupa kisah tompok ni. tak ingat la..huhu. tapi sememangnya arwah nenek memang sayang tompok . tiba2 teringat dekat tompok jugak..


munee.nmz.2315."tesen"
okay. susah nak ngaku sebenarnya yang aku suka kucing nih tapi kehilangan tesen bagi kesan dekat aku. walaupun dulu aku tak da nak kisah sangat pasal tesen nih. selamat tinggal tesen-010709.hmm