Friday, November 27, 2009

salam aidil adha

salam aidiladha untuk semua umat islam didunia. semoga kita sentiasa dilindungiNya dan raya kali ini penuh makna..sama sama lah kita hayati pengorbanan semua..









munee.nmz.salam aidiladha
lama xupdate..mcm2 cerita ada nk post rasa. haha

Monday, November 23, 2009

391+392

yess, should i change the label, kisah bas+392 to a new one or just stick with it? aha. hari ini aku curang dengan 392. haha. selamat tinggal, jumpa dilain kisah. haha.
ye laa. sekarang baru nak mengenali bas bas yang didepan jalan besar Bunnerong Road itu.

kalau bukan bas sama je ke?) itu dan melalui jalan yang berbeza. yer, kita selalunya dah biasa dengan benda,peristiwa, yang kita hadap setiap hari. atau yang penting dah melekat kisah kisah kita semua yang hari harinya turut berikan senyuman dekat kita untuk mengingatkan kemunculannya dalam hidup memang memberi makna juga. ok sambung, oleh sebab beralih angin dari 392 juga aku ingin mencuba sesuatu yang baru lagi. sebab 391 lalu disebelah bandar yang kiri bawah sikit, tak tahu nak terangkan bagaimana lagi tapi lalu di jalan lain sudah tentu kan, ahaha. yang penting denstinasi turun bas nanti sama sahaja lokasinya, elizabeth street juga.






cuti nanti nak jugak berjalan merentasi Sydney Harbour Bridge (info dari wiki). terasa tercabar dan kagum juga dengan adik adik yang dah merentasinya untuk keseberang sana. ye, akan kagum dengan keindahan pemandangan dari jambatan itu juga. nampak sydney opera house, nampak bandar, nampak laut, semuanya lah. maklumlah cuti sebelum ini mereka bersukaria bersama rakan ke luna theme park. macam macam ada sana, roller coaster naik turun apa semua. oh yes, picture originally uploaded by me, captured by munir.

















nmz.munee.1427.391+392
yeah, learned from your mistakes before. try to get used with everything. 392, goodbye. maybe?. hello 391 and 309. oh yes, another two weeks to holiday. haha

Sunday, November 22, 2009

tambah api

membakar situasi. kasi tambah api.
lagi hebat lagi nanti. dengan tersenyum puas walau jauh disudut terasa hati.
sedar kesilapan sendiri ini dan tak mahu ulang lagi
tapi tak mahu teruk lagi maka diam adalah ubatnya ni. dan tak nak buat lagi, untuk menyedapkan hati semua, sengaja ditambah lagi supaya jadi bahan gelak tontonan nanti.
ok berhenti,
semoga semuanya elok kembali nanti







munee.nmz.tambah api
yess, apakah ini

Saturday, November 21, 2009

somehow

.for somehow i really wished that i could turn back time for all the memories and everything that happened in my life before. can you erased some parts that really haunted you or now you realized actually everyday you remember every detail memory of your life before?
.and for all those words that have been said before and i mean like when you realized it didn't mean anything to the person you talked to plus you dont know what exactly in their minds . i know i should arrange my properly so later i'll not have the kind of feeling that i didnt deserved to be in a conversation that in the end you'll feel bad and sorry for yourself..
.yeah, what's the point when you know slowly there shall be no more names and memories. slowly you'll be forgotten. haha
.be thankful for everything that you have now. please do your best for everthing in your life..
.i know i should stop on doing this and just move on for the next day and be prepared for any possibility and chance you might get eventhough it just a slightest one.




munee.nmz.0133.somehow
yes yes....past is past, now move the way forward.

spring

menurut ramalan cuaca hari ini, possibly thunderstorm katanya dengan suhu 40 vs 21 celcius. teringat cuaca beberapa hari lepas yang satu hari itu macam mau hujan dah mendung ni dnegan matahari dibalik awan. untuk menambahkan lagi keadaan, adalah dijangka bahawa angin yang datang sejuk sejuk kan tunggu hujan tapi sebaliknya. semacam panas rasanya hari itu dan kilat petir guruh sabung menyabung sambil hujan hujan turun. hujan tak begitu lebat tapi dengan angin kuat dapatlah rasa situasi itu kan.teringatlah juga tragedi bushfires tahun lepas itu. macam macam situasi yang berlaku dan tempat yang jadi kenanya.
dan disana pula hujan sahaja setiap hari kan.. dengan cuaca yang tidak menentu semua ada lah.
situasi ini tak dapat dibandingkan dengan apa yang jadi di beberapa tempat lain juga seperti di sebahagian kawasan NSW. mari tengok berita ini dari yahoo.










nmz.munee.spring.0021
global warming?


Thursday, November 19, 2009

itu N97

dengan lagu lagu kegemaran di dengar menemani perjalanan pulang dengan 392, aku jeling jeling jiran sebelah aku. selepas kingsford ke bus stop sepanjang anzac parade aku tak ingatlah bus stop yang mana satu, satu perempuan ini naik bas dan duduk sebelah aku. bukan main lagi, terus mendengar lagu di N97 dia. macam tau je hati aku berkenan dekat N97 tu. kiranya dalam senarai jugalah kan. haha. aku hanya sengih senyum lebar je nampak dia keluarkan dari beg. sabar je la, . . nak suruh aku pandang tingkap agaknya bila nampak aku toleh toleh pandang dia tadi. nak buat mata garang pulak amboi. haha. tak mengapa, hp aku sihat lagi. yeah




munee.nmz.itu N97.0108
dan driver bas hari ini penuh senyuman. ye la kadang kadang ada yang senyum tak sampai 3 saat pun. tapi itu cukup best dah tengok. yeah, rasa ucapan thank you itu sangat best pulak bila kita tengok orang lain menghargainya. oh ya, kredit gambar - images-yahoo.com

talking to strangers 1

ya, bercakap dengan orang yang tidak di kenali berlaku semasa menunggu bas dua hari lepas untuk ke kelas. situasi yang agak mencabar memerlukan kau mempunyai pengetahuan yang perlu diupdate selalu mengenai situasi negara sendiri, maksud aku..ahh, mari baca dulu..

yeah, cuaca sangat baik hari ini untuk berjalan perlahan perlahan dari rumah dengan lagu lagu kegemaran temankan perjalanan ke bus stop untuk ke kelas. sambil menikmati angin dan cahaya matahari dan angin yang menyenangkan ini, aku merapatkan lagi beg laptop ke sebelah kanan aku setelah duduk dikerusi. lagi lima minit bas sampai, jam menjalankan tugasnya dengan baik. bagus. haha. yesyes, haruslah awal kan untuk kesenangan hati berjalan nanti dan jadi tiadalah situasi berlarilari berkejar dengan kesayangan 392 itu.

dari jauh nampak seorang lelaki dengan payung ditangan dan beg laptop disebelah kanannya menuju ke stesen bas. ini mesti nak ke unsw, muka style muka buat masters je aku syak ni. pergh, aku pun payung tak bawak ha untuk cuaca indah hari ini. aku jadi senyum senyum sorang macamni. tak de lah. berdebar jugak aku masa duduk duduk tu, ya lah kan, sepanjang naik 392 dari bus stop dekat rumah jarang lelaki ada sama. tak lama kemudian, sampai dia.











nmz.munee.talking to strangers 1.0022
tadi dah tulis panjang semua tinggal nak tekan publish post sekali apa yang terjadi tiba tiba hilang semua tadi. internet semacam dengan perangai dia. maka hilang mood untuk menulis kembali tulisan yang sama. esoklah disambung untuk segalanya. sekiannnn

terakhir

untuk satu persahabatan yang dihargai setiap saat dalam ingatan dari mula berkenalan
yang hari hari diingat tanpa diketahui bagaimanakah yang sana semua perasaannya
mungkinkah terlalu lama dan dikira jarak jauh serta perbezaan masa
yang tidak diketahui adakah bakal berjumpa lagi nanti
setelah kali terakhir semua yang telah dikenali disapa dengan harapan akan berjumpa semula
walaupun hanya internet penghubung semua selagi dapat dihubung maka cubalah sebaiknya
tidak kira yang jauh menuntut ilmu disana, atau yang kini sedang bercuti gembira pulang berjumpa keluarga semula, dan dimana sahaja mereka berada
anda tetap diingati walaupun tidak tentu lagi masa berjumpa lagi nanti








munee.nmz.2333.terakhir
ish , apa aku niiiii

Wednesday, November 18, 2009

kirakira

draft ada dua. dalam kepala ada dua tiga cerita. assignment kirakira ada tiga. yang harus dibaca ada juga. exam ada satu. esok 392 harus diambil setengah jam lagi awal supaya senang bersedia untuk kelas campur exam dan tak berlarilari lagi sepuluhsaat sampai, rupanya masih diseberang jalan. eh bukan, itu bukan situasi dengan 392 terkini hanya bayangan yang tak mahu ia muncul lagi dan tak terjadi lagi episod ini dan juga ini . jadi maksudnya dengan keyakinan dan pasti, insyaallah episod itu tak akan terjadi lagi. psst, nanti kisahbas+392 tak ada lagi? ke nak hapus terus nanti?

berkira tolak tambah juga nak publish post sekarang atau esok. oh tunggu, tolak assignment kirakira dua, tadi serabutserabut dengan excelkirakira dah lapang semula.

maka sempatlah menghantar entry tanpa arah untuk menyedapkan hati dengan draft ataupun test diesok hari. jadi jumlahkan dapatlah situasi hari ini dan esok. tapi bila esok tiba tolak semua ya dan draft tadi maka dapat hasil new entry lagi. haha






munee.nmz.kirakira.0007
yes, bagaimana semalam dan hari ini? semoga hari hari semua tenang sentiasa yeap dan jangan runsing runsing kepala. ehe

Sunday, November 15, 2009

tiada tajuk

kelam kabut. nak cepat. hampir jatuh tersungkur kerana tidak berhati hati ketika ini. apa yang terjadi sampai begini. aku tadi jauh pergi ke sana...

sudah bersiap-siap dengan kasut kegemaran dipakai, jadi tersenyum senyum dengan semua dan sengih lebar gembira dapat berjumpa semua. dengan penuh bersemangat keyakinan tinggi, langkah pun dicepatkan lagi. dengan tangan kiri kanan dengan tanda ingatan dari diri, disusun pula kata kata agar nanti agar jelas semuanya. cuba yang terbaik untuk kali ini selepas dulu pergi tanpa apa apa, hanya tinggal kenangan dan nama. satu satu wajah masih terpahat diingatan tanpa dilupa. tak kira yang dekat atau jauh di sana, semua nya masih jelas di depan mata.

sampai sahaja disana, setelah menelan masa selama saat berjauhan didalam pengangkutan yang dikira ditolak dengan kesesakan semua.

eh, kenapa semua seperti tidak mengenali siapa yang datang ini? seolah olah tidak nampak siapa yang muncul dimuka pintu mereka tadi dan seperti tidak dihiraukan apa yang jadi seolah olah tiada lagi bayang bayang didepan mata semua disini.











*tunggu sambungan nanti. haha



nmz.munee.2015.tiada tajuk
apa sambungan nanti nii

slowly

slowly, it kills you.
so, please stop. please think carefully for the consequences of your action. and you are going to spend all you day remembering everything. from the beginning, the moment you walk out from that place, the people and the environment, the studies and all the memories. eveything laaa.
please stop.







munee.nmz.slowly.1308
come on, please buried it somewhere else. everyone is already moving foward. sekian.

Tuesday, November 10, 2009

ouh,ok

yer, selalu jenguk jenguk dashboard tengok tengok update blogger lain tapi aku tanpa update apa cerita kan. ok mari update apa yang patut. haha. hari hari saya disini ok dan kelas aku disini ok ok sahaja. bas pun ok. oh ya, nantikan kemunculan cerita bas. tak habis habis dengan kisah bas itu. ahh,nantikannyaa

mungkin agak terlambat untuk tahniah ini. tapi masih ghaso laei 3-1. yess, nogori den hebat yo main bola eh. yo la, kot dapek den poei stadium,dah lamo den sampai ha. yeah, hobin jang hobin.
bunyi cam ada kat sana je. haha


dan menunggu masa dengar bunyi kapal terbang lagi, keriangan gelak tawa semua bila sampai sana.









nmz.munee.ouh,ok.1908
oh yes, i do have recipes on cakes to be try eventhough it just a simple one but for now entahla...

Friday, November 6, 2009

lagi II

Esther ask why people are sad.

" That simple," "They are prisoner of their pesonal history. Everyone believe that the main aim in life is to follow a plan. They never ask if that plan is theirs or if it was created by another person. They accumulate experiences, memories, things, other people's ideas , and it is more than they can possibly cope with. And that is why they forhet their dream."



the zahir, paulo coelho : 206

munee.nmz.lagi II.0034
masih buku yang sama dan penulis yang sama. dah habis tapi bila baca kebanyakannya ayatnya membuatkan kita berfikir jauh walaupun ceritanya mengisahkan pencarian orang yang disayanginya. dan kegemaran lagi satu The Alchemist juga

tulisan coretan

tadi aku membaca kembali segala entry entry lama dulu. banyak juga yang aku dah tulis yang sudah ada didalam ini dan segala comment comment yang pernah dihantar oleh semua, aku sangat menghargainya. untuk pembaca pembaca juga yang sudi singgah terima kasih juga.:)

sebenarnya nak cerita mengenai tulisan coretan ini yang banyak aku tulis dibawahnya yang seiring dengan apa yang aku rasa semua. kalau yang bawah label mengarut itu tak semuanya mengarut juga yang kadang kadang aku tak tahu nak label apa. haha. sejak dah berlabel label ni, maka ada2 la saja label yang aku letak. bila membaca kembali segala yang berlabel bawah tulisan coretan yang hampir 36 banyak nya, agak agaknya kalau aku copy paste balik entry aku dulu tak ada orang boleh agak kan. hahaha. psst, rasa nak tambah lagi nanti, haha. memangla akan bertambah sebab entry baru bawah label itu. apakah

rasa aku kebanyakannya penuh dengan cerita sana maksud mengingatkan diri dalam masa cuba melupakan kenangan dan segala yang pernah terjadi dulu. move on perhaps for the decision itu dan aku masih cuba lagi. part of me is still there, try your best okay. ye la untuk satu tindakan yang mempunyai pandangan berbeza di setiap mata orang kan. aku macam jadi terdiam balik buat muka nak senyum tapi tak jadi itu bila ada yang bertanya berbagai soalan kembali walaupun dah tahu sememangnya tahu cerita aku ada disini bagaimana seolah olah i'm not supposed to be here. argh, come on. past is past la. i learned much from my mistake before and try my best for my study here now dan buat yang terbaik untuk semuanya....








munee.nmz.tulisan coretan.1816
apa ini



Thursday, November 5, 2009

suasana

ahh, suasana hujan turun itu.
rindu.
gelak tawa senyum bersama mereka
akan dirindui sehingga satu masa berjumpa semula
pengalaman disana tetap diingat sampai bila bila.










munee.nmz.suasana.2258
yer,nak singgah sana lagi

Tuesday, November 3, 2009

sambungan kisah itu

yeah, sambungan dari kisah ini dan ini. sila klik jika mahu tahu lebih lanjut. haha. yalah kan, antara kisah kisah aku , bas dan 392 .

dan apepun juga, akhirnya aku berjaya jumpa johnny depp dalam public enemies. baru tengok ye tak setelah lama keluar filem itu, haha. hebat juga lakonannya sebagai john dillinger. bestt. dan christian bale agak lain lakonannya dalam filem ini tapi ok la, tak sangka pulak dia watak begitu.

walaupun akhirnya dia mati kena tembak tapi kena akui juga begitulah acuan filem itu yang diolah dari kisah benar. dan aku google serta wiki baca mengenai kisah benar ini, hidup john dillinger dan rakan rakan dalam filem itu juga, ada berbeza juga walaupun dalam filem itu seperti ikut turutan kronologi masa dan ceritanya. dan ini public enemies menurut wiki yang menceritakan segala hal filem itu.

dan teknik kamera digunakan agak lain, gaya pengarahan michael mann pengarah filem ini. dan ayat terakhir dia, ' bye bye blackbird.' pengakhiran cerita itu juga diberitahu mengenai melvin purvis dan billie frechette.
hmm



munee.nmz.sambungan kisah itu.2345.
bye bye blackbird

Sunday, November 1, 2009

lagi I

dari buku 'The Zahir-Paulo Coelho', 139,

"No one should ever ask themselves that: why am I unhappy? the question carries within it the virus that will destroy everything. If we ask that that question, it means we want to find out what makes us happy. If what makes us happy is different from what we have now, then we must either change once and for all or stay as we are, feeling even more unhappy."





munee.nmz.lagi.2205
lagi dari buku yang sama. penulis yang sama.