Thursday, November 19, 2009

talking to strangers 1

ya, bercakap dengan orang yang tidak di kenali berlaku semasa menunggu bas dua hari lepas untuk ke kelas. situasi yang agak mencabar memerlukan kau mempunyai pengetahuan yang perlu diupdate selalu mengenai situasi negara sendiri, maksud aku..ahh, mari baca dulu..

yeah, cuaca sangat baik hari ini untuk berjalan perlahan perlahan dari rumah dengan lagu lagu kegemaran temankan perjalanan ke bus stop untuk ke kelas. sambil menikmati angin dan cahaya matahari dan angin yang menyenangkan ini, aku merapatkan lagi beg laptop ke sebelah kanan aku setelah duduk dikerusi. lagi lima minit bas sampai, jam menjalankan tugasnya dengan baik. bagus. haha. yesyes, haruslah awal kan untuk kesenangan hati berjalan nanti dan jadi tiadalah situasi berlarilari berkejar dengan kesayangan 392 itu.

dari jauh nampak seorang lelaki dengan payung ditangan dan beg laptop disebelah kanannya menuju ke stesen bas. ini mesti nak ke unsw, muka style muka buat masters je aku syak ni. pergh, aku pun payung tak bawak ha untuk cuaca indah hari ini. aku jadi senyum senyum sorang macamni. tak de lah. berdebar jugak aku masa duduk duduk tu, ya lah kan, sepanjang naik 392 dari bus stop dekat rumah jarang lelaki ada sama. tak lama kemudian, sampai dia.











nmz.munee.talking to strangers 1.0022
tadi dah tulis panjang semua tinggal nak tekan publish post sekali apa yang terjadi tiba tiba hilang semua tadi. internet semacam dengan perangai dia. maka hilang mood untuk menulis kembali tulisan yang sama. esoklah disambung untuk segalanya. sekiannnn

No comments: