Monday, August 31, 2009

merdeka!

merdeka!
saat yang kekuatan semua orang disatukan dalam laungan
semoga terus bersatu, maju untuk hari mendatang
selamat menyambut kemerdekaan ke 52, Malaysia.


nmz.munee.0001.merdeka.
selamat menyambut kemerdekaan ke 52.

Tuesday, August 25, 2009

cuaca hari ini dan hari seterusnya

cuaca angin kuat ditambah mendung sana sini
yang mendung dalam diri tak hilang lagi
segala kesejukan kedinginan ditambah dengan kekuatan
untuk menghadapi hari hari disini
semoga matahari cerah dan suasana tenang
untuk segala hari hari yang mendatang





nmz.munee.1625.cuaca hari dan hari seterusnya
hari esok cuaca sama ke lagi....tak nak macamni

aha..bola itu

aku harap apa yang aku baca tak betul dekat laman webnya tadi. kalah kat padang sendiri ke.adeh si striker dari spain itu tak kan tak nak gol setelah membuat persembahan awal kemunculannya dulu banyak pulak gol pada 07 hmm. sebelum ni kalau ada jumpa dalam match pun atleast ada gol la kan. apakah. tak pe, baru start season. dan aku tetap sokong kelab kesayangan aku ini walau apa jadi. heh








munee.nmz.0650.bola itu
yess,saya sokong the reds.

Monday, August 24, 2009

setelah

jumpa lagi setelah hati tergerak mau update. huahaha. asyik tergantung je post aku. ok, mari cerita untuk apa jadi:

1. aku dapat bas awal. tahniah munirah kerana berjaya mengambil bas cepat. hahaha

2. alhamdulillah saya sudah berpuasa 3hari. dan berbuka memang best. ceh, tau la buka awal. ahaha.

3.dan lagu2 di hp menemani perjalanan aku. volume juga telah dikurangkan. tak elok dengar kuat2 ye.hahaha

4.alhamdulillah sampai kelas awal dengan selamat. hari ini aku baju kotak2 n tudung ungu. dan agak mengejutkan kelas aku hari ini hanya 10orang sahaja. gilo. nasib baik kelas hari ini sangat seronok penuh gelak tawa pe semua. terasa macam ramai pulak kan.wahaha. dan lecturer aku sangat sporting. kami juga membincangkan mengenai pelajar2 yang telah disyaki dan didapati meniru semasa test dahulu. ternyata nak meniru secara terang-terangan. dah tu,jawapan salah pulak tuh. ada pulak bawak kertas saiz a4 maksud aku nota la kan.

5.kelas habis. then keluar bangunan elok2 hujan tengah turun. gerimis yang lebat sikit. then sejuk lain cerita. adeh. dan aku mengambil masa selama 5 minit untuk membuka payung yang dibawa. haha. iye, aku dah tekan dah kuat2 dekat handle tuh tak jugak. sekali tolak je sekali, haa. dapat pun. hahaha.

6.berjaya sampai di hyde park. tunggu di perhentian bas depan itu. hujan hujan macamni pun ramai orang lalu lalang jugak. tak kira la berpayung ke tidak. tak ramai pakai payung pun sebenarnya. nak menikmati hujan agaknya tuh.

7.392 sampai. penuh betul bas hari ini. tak kena timing naik. aku naik bas lambat tadi. saje jalan slow.hahaha. sedap2 berdiri nih ternampak pulak perempuan yang duduk depan aku ni. dia tengah melayan iPhone tengok movie 'ps i love you'. pergh, iPhone. apa lagi yang kau boleh buat?wahaha. apepun mengenai movie itu, ternyata novelnya lagi best. hahaha

8.dan pemandu bas hari ini kelihatan sangat tegas. muka serius je. nak senyum pun tak sampai 3saat. orang yang duduk depan pintu habis dia sound suruh ke dalam lagi sebab bahaya la kan. hari ini bas penuh sampai tak boleh kasi orang naik lagi tadi. tak pe, serius pun bawak bas cam best je, ikut peraturan sungguh. laju tak la laju sangat. best la tadi

9.novel the adventurous of sherlock holmes diulang lagi. ahaha. sebab baru beli n aku suka style sherlock holmes tuh. haha. hmm, i need new booksss.

9.sampai di matraville. berjalan sambil menahan angin yang kuat. macam nak tolak aku je apehal. ahahaha. dan selamat sampai dirumah.

10. selamat berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh. tadi aku dah kurang nasi, tapi lauk maintain. ahahaha. camno tuh

itulah yang terjadi untuk hari ini. ada la cerita kan walaupun keseluruhannya banyak mengarut. wahaha.










nmz.munee.0010.setelah
semoga hari esok lebih baik dari hari ini. selamat berpuasa.

Friday, August 21, 2009

ohh

mungkin post kali ini nampak seperti diulangi isi yang sama seperti dalam label sebelumnya. namun, kerana menggugat hati dan fikiran, dituliskan lagi bagi mengubat keresahan. segala macam nasihat masih terpahat diingatan. namun, masih tidak mengambil sebarang tindakan kerana belum punya kekuatan. disebalik keresahan takut kehilangan, diingat kembali masa mula mula sampai di tangan. sungguh tak mahu kehilangan...



oh laptop, janganla begini lagi. aku akan ambil tindakan mengenai kau dan jangan risau ok.










nmz.munee.0120.ohh
sentimental value yang mendalam ni laptop

salam ramadhan

salam ramadhan

selamat berpuasa kepada semua

semoga kita semua mendapat keberkatan dan menggunakan sebaiknya bulan ramadhan kali ini





nmz.munee.salam ramadhan
salam ramadhan 1430H dari saya

bagaimana harus aku mulakan

kelihatan serba salah untuk dia keluar dari bilik itu. namun, dikuatkan semangat juga. diikutkan rasa hati mahu berlari sekuat hati sehingga sampai ke tempat yang diingini. tapi kerana masih didalam, berkali-kali melihat jam. dengan segala keresahan melawan kemahuan. maka, keluar juga dia dari bilik itu. setelah hatinya kuat merasakan panggilan yang menyeru namanya itu, dia pun terus pergi, dengan panggilan itu tadi dia pun terus pergi tanpa mengingati segala nasihat mengenai semua itu sebelum ini. yang dia tahu untuk keburukan yang melebihi segala kebaikan.

dia juga menyedari bahawa itu langkah itu tak sepatutnya dibuat supaya hari hari di masa hadapannya tidak akan terjejas.










nmz.munee.0950.bagaimana harus aku mulakan
yes, agaknya mengenai apa ini..hahaha. oh ribena sprite + cadbury..adeh, inila sebabnya malam tadi makan..huaa

Wednesday, August 19, 2009

jam

berdetik detik bunyi
meninggalkan setiap saat yang aku lalui
yang cuba dilalui penuh makna
agar waktu diingati nanti penuh dengan senyuman sahaja
jadi, gunalah masa sebaiknya
jangan ditinggal jadi sia sia
isi masa dengan kebaikan
dan jauhi segala keburukan
masa tak akan menunggu kita
untuk segala yang terjadi dimasa hadapan


sebenarnya nak cakap, dalam bilik ada jam baru. wahahaha. bunyi jam itu berdetik kuat jugak..hmm. apepun, jam tangan masih elok dan akan dijaga sebaiknya. heh











nmz.munee.2124.jam
ye2, nak cerita pasal jam sebenarnya. lepas tuh mengarut banyak pulak.hahah

Monday, August 17, 2009

macam macam ragam

macam macam ragam yang kau dapat tengok bila berjalan jalan kan. jadi hari hari aku semuanya memang boleh buat aku senyum sorang2 la jugak. hahaha. mana tak pelik ye tak kalau kau tengok perempuan yang menggunakan beg camel active merah itu jalan sorang sorang kemudian menyanyikan lagu lagu yang bermain di hp( dalam hati sudah) kemudian bila ada dilihat gelagat orang boleh sengih geleng kepala tak pasal pasal. hahaha.


satu petang ini perjalanan pulang dari kelas, aku jalan dilalui biasa aku disana. dalam perjalanan itu pelbagai ragam dillihat. dipendekkan cerita masa dah sampai di perhentian bas itu, aku pun berdiri ditepi perhentian bas itu sebab ramai orang kan. kemudian tengok bangunan depan aku yang tak siap2 lagi ni. berapa lama lagi nak siap tak tau la. tinggi juga la kan. dengan jalan raya yang sibuk dihadapan lagi. menunggu 392 tak sampai lagi. jadi makin ramai la orang kan.

sekali dari jauh ada orang yang menarik perhatian aku ini. bukan apa style dia tuh, pergh. memang seksi la kan dengan style tersendiri. dari gaya baru balik kerja ni. kerja apa eh?hahaha sekali pandang macam aku masa tuh macam tertanya jugak, " ni perempuan ke lelaki?" tengok muka ayu gila tau takk.

kebetulan sebelah aku kosong sikit la tak ada orang kan, jadi dia berhenti sebelah aku sama tunggu bas. aku dah terdiam dah. hahahaha. sekali aku toleh dia senyum pulak. adeh. dah2, aku dengar lagu aku dekat hp kan. tiba tiba bas ke bondi beach sampai. then tak lama lepas tuh dia punya hp bunyi, dia jawab hp dan suara dia, " hello darling, yes, i'm on my way." penipu. baru kat bas.

tapi itu tak mengejutkan. yang mengejutkan suara dia. lelaki weh! adoii. tak sangka aku. kemudian dia pun menaiki bas. aku masih dengan muka hairan terkedu aku. hahaha kemudian 392 sampai. dan aku meninggalkan segala yang aku rasa tadi dekat perhentian bas.


ada lagi sebenarnya kalau mau cerita, lain post je la.wahahaha






nmz.munee.2204.macam macam ragam
yes, pengalaman diambil buat pengajaran

Saturday, August 15, 2009

dan aku tak kan lupakan semua ini

aku teringat life aku dekat uitm sarawak. walaupun aku tak lama mana dekat situ, tapi kesan dia mendalamm oh. dari semua aspek la bila difikirkan. mak ayah aku yang banyak berkorban untuk aku..huhu. kalau nak cerita satu satu, memang banyak la. iye la, macam2 kot. aku pernah la sekali call ayah aku tengah malam, haha. then if aku ada rindu dengan makanan mak or apa2 yg aku nak dari sana, on the right time pulak tuh aku mintak time ayah outstation kat kuching dulu. then dapatla semua. roti gardenia. spaghetti mak. haahaha. then ofcourse la cerita pasal aku ni. aku ada gak usha ayah pasal laptop dulu, time tgh2 study sana maklumlah kan.haha. aku cakap je, but then surprise, masa ayah datang kuching tuh laptop datang sekali. wuhuu. sempena my 18th birthday dulu. terima kasih ayah. dan kini laptop berumur 1 tahun. yeahh. haha. aku sayang kau sangat okay my laptop.

serious banyak gila kenangan. haha. dari pengalaman belajar sini, kawan2 n semua. kalau mau cerita semua tak dapek la kan sekarang. hahaha. dan aku masih hafal segala lagu yang aku pernah tau dan terutamanya "ibu pertiwiku". lagu negeri. hehe. then uitm nye lagu, ingat rasanya lagi. hahahaha. then semua orang dan member yang aku pernah jumpa walaupun kejap atau lama dah kenal. aku tak kan lupakan semua la walaupun macam2 jadi. heh. hmm, walaupun dalam hati kata tak suka ke tak nak ke, sooner or later memang aku sayang kau sebenarnya wahai life disana, no maksud aku uitm sarawak kampus samarahan itu. memang. bila dah tak da, kesannya memang la terasa sangat sangat.


dan aku tak akan lupakan aku pengalaman aku 'kelakar sarawak'. best oh. hahaha. lain bahasa sana, dan lain daerah lain jugak bunyinya kan. tapi setakat yang aku tau ni. okay la, cuma kosakata tak bertambah dah sejak dok sini..hahahahaha. so, macam best la bila kau dapat cakap satu lagi bahasa negeri lain. loghat nogori den pun xlapeh laei.xda reti sgt pun. hahahah. terima juga kepada semua dan persekitaran sana. tapi best la apa lagi kalau kau reti cakap n paham pe semua. tak da la pandai sangat cakap pun kan tapi aku paham dan boleh cakap. yeahh. haha.


-muka flight delay masa balik dulu.hahahaha


no matter what people said, or what happened to me before, yeah u should smile for what you have before this and take it as a lesson to you. just remembered everything n move on la kan. is up to them on how they judge us, whats important is you know what is right and wrong. dan aku pasti satu hari nanti aku dapat juga singgah sana balik. nak jugak. haha.


-lupa nama tugu.kat kuching yang penting.heh


nmz.munee.1759.dan aku tak kan lupakan semua ini.
yes, its me. heh

Friday, August 14, 2009

makan lagi

aku teringat suatu petang ketika makan bersama dengan kawan aku...

"laa moon, makan je la taugeh tuh. sedap la sekali dengan kueytiaw."

"ah,xmau. kueytiaw tanpa taugeh kan lagi sedap."

hahahaha. aku tak kan lupa tuh. aku boleh lagi pertikaikan kenapa taugeh mesti ada dalam kueytiaw. hahaha. xtau pulak camne boleh aku suka asing kueytiaw ngan taugeh nih. mereka harus dipisahkan la yang penting.hahahaha










nmz.munee.0237.makan lagi
yer,lepasni aku cerita pasal makanan lagi. hahaha.

sekali lagi terhenti

ye, sekali lagi terhenti. bukan sekali, berkali-kali ni. entah bila aku dapat peluang nak hantar kedai atau pada yang mengerti situasinya tak tau la bila tuh. ini dah tahap kritikal dah ni. adeh, janganla begini. iye, cuba kau bayangkan. "window system recovery" tiba2 ada kat laptop tuh dan skrin aku berwarna biru buat seketika..apakah. adeh

dan situasi terkini adalah "no audio output device is installed". ini jadi masa aku cuba update laptop balik. lama gila xupdate dah ni. then dah on/off terpadam pe semua
sekarang, tiba tiba suara pulak tak boleh dengar. adehhh, aku nak menikmati lagu lagu favourite semua tak boleh daaa. aku cuba la buat apa yang patut tapi macam tikus membaiki labu je.hahaha







nmz.munee.2226.sekali lagi terhenti.
pergh,xbleh dengar suara pulak..camno tuh

Monday, August 10, 2009

dengan

dengan air mata ditahan
sebak didada masih tak hilang
tak tahu kenapa akhir akhir ini dia begitu sayu
disebalik muka disembunyikan perasaan
sayu dengan diri sendiri
dia pun meneruskan perjalanan
melihat kiri melihat kanan
untuk kesekian kalinya
dengan langkah yang harus dikuatkan
dia meneruskan perjalanan






nmz.munee.2139.dengan.
hmm...

apakah..

tiba tiba rasa tak mahu menulis lagi.
macam nak tutup segala pintu n jalan yang aku ada.
aku sedar aku apa yang aku buat semua
dan kesannya pada orang sekeliling aku juga
hmm











nmz.munee.2100.apakah..
mana mana kata kau munirah

sekali lagi

dia duduk lagi
memerhatikan dari jauh
menunggu bayang yang tak muncul
yang sudah dinantikan bila tiba waktunya
namun untuk kesekian kalinya
dia melihat kembali jam ditangannya
sebenarnya yang terjadi
kerana melayan jauh semua kenangan
yang hati diulit dengan berbagai perasaan
akhirnya bas laju meninggalkan aku
hanya mampu tersenyum
mengenang kesilapan tadi
yang harus diubah untuk kebaikan sendiri







nmz.munee.1657.sekali lagi
yer2,aku tinggal bas lagi

online

hari ini aku dah cuba online sekali lagi dekat tempat aku belajar sekarang ni. dan akhirnya berjaya. hahaha. agak ketinggalan disitu. ape je la aku post nih. adeh








nmz.munee.1625.online
apakah

Sunday, August 9, 2009

tunggu

dia terus tunggu disitu
dengan penuh harapan
menanti dengan segala bagai perasaan
walaupun apa jadi
segala kata kata tetap disimpan diingatan
dia tau semua nya ada hikmah dan pengajaran
dia terus tunggu
dengan penuh harapan







nmz.munee.1809.tunggu
dan dia memahami situasi dan keadaannya..

cerita apakah?

dia bersiap sedia. telah dikilatkan dan ditajam kan segala alatan yang digunakan. tak kira apa jenis bahan yang ada didepan. tak kira apa penggunaannya. dia terus menunggu dan menantikan siapakah yang bakal muncul di muka pintunya. dalam sehari ini dia hanya bersendirian sahaja, tiada yang menemaninya. malah tak ramai juga yang datang singgah. seperti selalu, dia hanya bersendirian tidak pulak ditemani siapa siapa.








nmz.munee.1753.cerita apakah??
apa yang aku mengarut nii....

Saturday, August 8, 2009

bila lagi boleh ni

"eh munirah, gear 3 tak masuk ni. kan dah bunyi tuh. cuba betul betul sikit."

"cuba la relax sikit.bertenang.slow2 bawak tuh. kan tak da orang kat jalan ni."

"laa, gagal lagi? bahagian yang mana? hmm, ni mesti panik tak tentu hala lagi kan, kan saya dah cakap. cuba elok2 n relax sikit. gear tuh elok2, get ready bila traffic light merah n nak hijau. alert bila kat jalanraya tuh.."



nasihat abg pa'e akan sentiasa diingati. terima kasih kerana sudi sabar dengan saya yeap. siapa je la yang boleh tahan dengan aku if mau panik sentiasa time bawak keta. hahaha. driving instructor aku dulu. alhamdulillah akhirnya ada lesen. yeahhhh. huahahahahaha.



* teringat kisah dapat lesen n bawak kereta. time uitm pun aku tak bawak kereta langsung rasanya. jap, nak ingat. haa,ye. tak pernah. huahaha. sejak sampai sydney nih rasa nak sangat bawak kereta la. sumpah aku dah lama tak bawak kereta. tah la







nmz.munee.2255.bila boleh lagi ni
yeap,lesen aku hiasan je.hahah

Thursday, August 6, 2009

07 08 09 = 07 08 1990. yeahh.

yeahhh





happy birthday to you.





selamat hari jadi




semoga panjang umur




dimurahkan rezeki




disenangkan apa apa perkara dalam hidup




semoga hari hari yang mendatang lebih baik


semoga lebih kuat dan semangat




jangan toleh belakang lagi




teruskan perjalanan tanpa henti



jangan lupa Yang Satu setiap hari






happy birthday okay





selamat hari jadi





sanah hilwa ya munirah





alles gute zum geburtstag





all the best for your birthday

:)







'rewind back in 1994. i think. tak ingat dah. ok, i bet all of u might wear this when you were young? dan juga gula gula tak boleh lupa. sure semua orang makan gula gula time kecik kecik dulu kan. aha. aku gila makan gula oh masa tuh. ingat lagi. haha. patutla gigi cantik je. huahaha.










nmz.munee.0246.07 08 09 = 07 08 1990. yeahh
yeahh, hahaha. senyum selalu okay. btw laptop masih dengan perangainya. huaaa

entah

ok. aku tak tau la ape aku nak cakap sebenarnya tapi aku nak tulis jugak
haha
hari ini

kata kata dan tindakan jangan disalah erti
tak semestinya berlari bermaksud mahu cepat
bercakap perlahan tak semestinya inginkan kepastian dalam perbualan
hati hati ketika bicara
jangan sampai tersalah anggap





nmz.munee.2018.entah
entah apa la yang aku mengarut nih, nak tulis lain cerita tapi lain pulak yang ditulisnya

Wednesday, August 5, 2009

sekali lagi

sekali lagi
terpadam tiba tiba
yang sampai sekarang aku masih
tak faham faham apa jadi
segala macam nasihat mengenainya
sudah difahami dan ambil kira
tanpa cuba menghantar kepada yang memahaminya
sudah tentulah laptop aku tak akan elok sampai bila bila


apepun,aku sayang kau okay
sentimental value yang mendalam nih










nmz.munee.0134.sekali lagi
laptop oh laptop,berilah peluang. nanti aku hantar kau okay??

akhir akhir ini

yeap, akhir akhir ini ayat aku begitu tajam dan menyeluruh. satu perkataan menggambarkan semua perasaan ketika itu. malah boleh diklasifikasikan sebagai kurang sopan? haha. ye2, i know my bad. heh

ok. post yang akan datang akan lebih menarik lagi tanpa ayat ayat begitu. ayat aku harus mendatar dan bersahaja bunyinya. sekian.






nmz.munee.2315.akhir akhir ini.
ok. no worries.

dan aku

dan aku rasa lapar lagi. haha. sabar je la kau ni. but you know, it just a feeling dan tak semestinya kau harus makan di tengah malam lagi. merangkak rangkak jalan perlahan lahan kat dapur seolah olah tak mau bagi orang tau yang kau pergi dapur. ah, tak berkesan. en.z confirm tau punya la,huahahaha.




kemudian aku tiba2 teringat yang ada status aku kat fb pasal makanan2 sana yang aku nak makan lagi. ternyata status pasal makanan or makan pasti ada yang memberi respon masing2 la. tak pun respon secara diam. haha. apakah. kelihatan banyak senarai disitu, then yang tak tersenarai lagi. ciss






okay. aku memang rindukannn yang ini. huaaa. ayam penyet. nak lagi. nak lagi. haha. raja ayam penyet. dah la baru 1st time makan. adeh. bila lagi ni. kenangan sudah makan ramai2 nih. aku percaya tak akan dapat lagi ramai2 macamtuh. tengok gambar pun jadi la. ayam penyet, i miss you. huahahaha.











dan the picture above tells it. ili buat oh time chat di ym. sabar je la tengoknya. huahaha. aku agak impress dgn ili yang kreatif ni kerana dia buat secara spontan. siapa kenal ili tau la dia memang kreatif dengan gayanya tersendiri.haha. dia suruh aku makan jugak. agak terharu disitu. haha. ili if u read my blog. i miss you so much.




nmz.munee.2233.dan aku

and its just a feeling. huahaha. dan aku ada test esok. tapi aku melekat kat blog lagi. apakah

another story

after class today i went to world square at george street. just walking around u know want to see whats inside because i never went down there. so, its kinda boring perhaps? all the shops that you are expected is there. the chemist, coles, clothing, post shop n many more. and ofcourse there's a bookstore right. so,i couldnt resisted myself to go in Dymocks.

after surveying around and checking new titles and new books, so there's no doubt that there are many titles in my list now. huahahahahaha. nasib baik duit tak cukup tadi. hahaha. tapi aku memang akan ada satu perasaan yang aku tak boleh keluar kedai buku tanpa buku. hahahaha. paham je la aku ni kan.hahaha

but then aku ingat nak beli buku nih 'Perfume: The Story of a Murderer' yang ditulis oleh patrick suskind. n the novel like a story of identity, communication and the morality of the human spirit. yang penting perfume tuh yang how a man become obsessed with scent and its relationship with the emotional meaning that scents may carry. macam mystery, horror and absurd jugak la kan. tapi tak jadi beli. hahaha. but you are on my list okay.


oh ya, lagi satu buku bertajuk 'The Art Of War' by Sun Tzu. aku pernah dengar tajuk je tapi belum baca la sudah tentu kan. ada jual jugak n dibawah penguin books publication. the books is about military strategy. dan ayat2 nya dalamnya macam best je bila baca. tapi stengah je la kan aku tak sempat nak habis baca semua. hahaha. apepun, masuk senarai jugak la. huahaha. aku pernah dengar pasal buku ni masa sekolah dulu tak silap la. masa belajar sejarah. my favourite subject.hahaha haa, lagi satu 'The Prince' by niccolo macchiavelli. berminat nak tengok buku tuh secara live kalau ada la kan. sebab aku baca kat wiki je pasal buku tuh tak best la. hahaha

selepas tuh aku jelajah la kat bahagian penguin books publication. penguin books kan macam murah2 sikit buku dia n cerita2 dia pun okay la. then aku beli la 'The Adventures Of Sherlock Holmes' by sir arthur conan doyle. haha. sebab aku dah lama nak baca pasal Sherlock Holmes nih. so, okay la. that book really made my day at Dymocks. hahaha








nmz.munee.1903.another story.
yeahhh,buku buku.haha.

Tuesday, August 4, 2009

tulis

aku nak tulis
segala rasa yang aku ada
agar dapat diberitahu pada semua
tak mahu disimpan dipendam
kelak mungkin jadi mungkin dendam
atau nanti ada yang luka sangat dalam
walaupun cuba diam
aku tak nak nanti aku yang tenggelam
tenggelam dilautan sendiri
aku tak nak begini lagi
mari terus gerak jauh lagi
aku tau kau boleh lakukan semua ini




nmz.munee.2137.tulis.
aku nak bercakap tak berhenti sebenarnya sekarang ni.nak bercerita je rasa.hahaha

always

now your pictures that you left behind
are just memory from different lives
some made us laugh
some made us smile
one that made you have to say goodbye.




always, bon jovi.



yeahh,my favourite song all the time. the lyrics above may describe my feelings before this. tapi perlahan2 terima hakikat n now aku okay sudah. haha




nmz.munee.1928.always.
lagu wajib dalam senarai lagu.haha
yeahh,lagu fa

kisah bas lagi dan hari ini.

yeah, kisah bas lagi. macam biasa bas hari ini ok2 dan cuaca pun okay. kelas pun okay. aku pun malas nak layan kerenah kelas yang tak pernah nak penuh2 sampai bila. oh, penuh la masa hari khamis. haha. sebab ada test kan. hari ini aku ok2 then kena explain kat depan, it was okay la. kemudian kelas habis. macam biasa jalan sampai hyde park nye bus stop. kemudian tunggu 392 sampai..

ada 2,3 bas lalu. tapi bukan 392. tak lama kemudian, yeahh, 392 sampai. haha. aku manjang sengih je la nasib baik uncle driver tuh sengih balik kalau tak malu n segan je. huahahaha. masuk masuk je penuh pulak bas hari ni. tapi nasib baik la dapat seat. memang ramai orang hari ini.

duduk duduk nih aku perhatikan la sekeliling aku, kalau nak pandang satu arah je tak best la kan. aku dalam hati dah lama berharap encik johnny depp naik bas aku tapi aku diam je la sebab harapan tuh makin pudar la kan. huahahaha. kejap tuh aku tengok la cermin bas nih semacam je kan. perhati lama2, yeahhh encik johnny depp ada dekat cermin itu akhirnya! huahahahaha. aku sengih lebar je tengok poster dia.hahahahaha akhirnya kan. hahaha


mula mula ingat nak baca 'the catcher in the rye' lagi tapi tiba2 rasa mengantuk pulak. adeh. tapi xpa la, nak sampai rumah dah pun. alhamdulillah selamat sampai







nmz.munee.1922.kisah bas dan hari ini.
hari ini situasinya begini..

Monday, August 3, 2009

a feeling

"what i was really hanging around for, i was trying to feel some kind of good-by. i mean i've left schools and places i didnt know i was leaving them. i hate that. i dont care if it's a sad good-by or a bad good-by, but when i leave a place i like to know i'm leaving it. if you dont't, you feel even worse."



j.d salinger, the cacther in the rye.




nmz.munee.0155.a feeling
yes, absolutely agree with that. aku rasa inilah yang aku rasa dulu?

Sunday, August 2, 2009

trust

when trust collide with the past,
what will happen?









munee.nmz.0107.trust
what will happen?

happy birthday

i thinks it is not too late for me to wish my lovely auntie and cousin.

zahirah binti long=mak uda

siti sarah binti sulaiman=cousin


HAPPY BIRTHDAY
WISH YOU ALL THE BEST
SEMOGA PANJANG UMUR
DIMURAHKAN REZEKI
DISENANGKAN APA2 PERKARA DALAM HIDUP







ikhlas dari hati,
munee.



munee.nmz.0002.happy birthday.
family ku.

kesan

sampai bila akan begini
yang susahnya bukan mereka nanti
yang lain merasa akibat dan kesan
oleh kerana tidak mencapai kata persetujuan
cuba bersatu atas satu nama
untuk kebaikan semua
tolak tepi semua pandangan yang ada difikiran
mungkin ada yang tersenyum melihat ini sebagai satu persembahan
persembahan yang dikira sebagai satu halangan untuk perpaduan






nmz.munee.2003.kesan
kesannya banyak kena pada siapa?

Saturday, August 1, 2009

hari ini

hari ini ada
suratkhabar new straits times edisi 29 julai 2009






dan berita harian edisi 31 julai 20009



ok. that newspaper really made my day. haha
lama sudah surakhabar malaysia tak baca n pegang secara live
aku baca dari mukasurat1 smpai habis la kan.

ok,tipu, iklan tak baca la.haha

ye2, i know. maybe cam excited terlebih pulak kan
ah,xkisah. haha



and not to forget the "Lat The Early Series that mak bought when she's at Malaysia in early June. karya Lat pun banyak kat rumah tuh. semua orang suka baca.
siapa yang dah baca komik karya Lat fahamlah apa yang aku cuba sampaikan ni. haha
Lat The Early Series sampai dengan The Alchemist n The Shadow In The Wind. dah 3 bulan camtu ada dengan kami.
so, macam excited sikit la bab2 buku n karya Lat ni kan. haha



bestt sangat sangat. jadi, sila baca. hahaha
nmz.munee.2049.hari ini
yess,suratkhabar ini juga boleh dibaca secara online yeap di website nya. hehe

saiko

kau tak kan menang
kau tak kan berjaya
dengan ayat saiko kau begitu
dengan cara ayat yang cukup meyakinkan
dan cuba mengingat kembali semua kenangan
jangan harap kau semakin kuat
dan tiba2 rasa bersemangat
bila ayat ayat kau dilontarkan
dan terasa kemenangan dalam diri
cuba kau fikir balik apa jadi
apa jadi suatu ketika dahulu
kau dan karakter yang begitu
sila lah pergi jauh dari hidup aku



lily allen-fuck you.











munee.nmz.1907.saiko
kau tak kan menang.

wah

wah, 35 post dalam bulan Julai. hahahaha. the nokia5730xpressmusic conclude my july post. yeah. haha.

dan
selamat datang bulan ogos
bulan lapan yang banyak makna
malah banyak hari hari yang turut di raikan
mengintai kau dari jauh bulan ramadhan
bulan yang penuh semangat
semangat kemerdekaan
yang kau harus ambil kira
dan bersatulah kita supaya tak goyah di mata dunia
semangat cintakan negara
bersatulah kita tak kira dimana berada





munee.nmz.0319.wah
yeahh,ogos sudah tiba.haha