Thursday, October 6, 2011

sambungan kisah kebab.


*haa ini buktinya. tapi tak tahu lah jika dia seorang atau berdua. yang penting saya dah jumpa penjual kebab perempuan!



ya sambungan kisah kebab dan pasar malam, mestilah ada. takde lah,nak memuaskan hati sebab dapat jumpa peniaga kebab perempuan. hehehehe ye sangat excited je dapat jumpa penjual kebab perempuan sebab apa selalunya lelaki je. kan dalam post yang dulu mengenai kebab dulu ada menyebut mengenai penjual kebab perempuan. sampai terfikir nak menceburi bidang menjual kebab ni. sebab dah kegemaran kita kan.

lokasinya masih di pasar malam yang sama. maklumlah kegemaran, setiap kali pergi , mesti cari. maafkan lah kita, teruja ya dapat melihat perempuan memasak n mencincang daging kebab kemudian dimasukkan ke roti pita nya. nak bukti? mari kita tunjukkan gambarnya. haa kat atas tu la





nmz.munee.61011.1333.sambungan kisah kebab
semoga perniagaan kebab terus maju n ramai lagi peniaga kebab perempuan di pasar malam

Thursday, September 29, 2011

matanya berkaca lagi

matanya berkaca lagi
mengenang masa silam
yang tidak dapat diputar kembali
jadi dia harus memandang ke hadapan
walaupun jalan nampak suram

matanya berkaca lagi
mengenang emak ayah serta keluarga
yang harapan tinggi melangit nak tengok dia berjaya
yang nak melihat dia berubah & berdikari sepenuhnya

matanya berkaca lagi
mengenang yang telah tiada
segala kenangan dan ingatan tak akan dilupa
dalam diam, alfatihah disedekahkan kepada mereka

matanya berkaca lagi
untuk kesilapan dalam pertuturan
yang membawa ke penyesalan
tidak dapat diundur tapi ditelan
dan senyum dalam kepahitan

matanya berkaca lagi
untuk perubahan diri yang dirasakan tidak bererti
eh janganlah mengalah, perjalanan kau jauh lagi
tunjuk pada semua kau boleh lakukan
jangan mengalah jangan mengalah
pedulikan walau apa jua halangan





nmz.munee.1333.260911.matanya berkaca lagi
dan kaca pun pecah dihempas kuat ke batu,maka berhati2 lah dia mengutip serpihan disitu

Sunday, September 25, 2011

please , please digest this words.

There is stages in life, where you have to make decision. Your own decision. I've created opportunities for you and it is up to you to decide.







nmz.munee.please,please digest this words.260911.2236
dari ayah.sila tanamkan di otak anda ayat ini. fikir sebaiknya, jalan yang mana.

Thursday, August 18, 2011

happy birthday!


ehhh tiba2 happy birthday ni. siapakah. okay okay mengada, nak jugak heboh di blog yang NMZ7890 is NMZ7811 this year. *cantik kan nombor tu?senang kan nak ingat?kan?kan? heheheeeee * yang penting 7811 jatuh pada 7 ramadhan 1432 tahun ini. rasa yang tak dapat diungkapkan bila 7811 tiba dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan yang pahala nya tak terhitung untuk dikejar.

alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi peluang pada saya untuk merasai peringkat umur seterusnya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan keberkatan masa, usia, ilmu dan amal.
semoga umur yang lalu n akan datang diberkati Allah. makin tua ni munirah, jadi gunakan otak tu sebaiknya. tanggungjawab makin besar bila umur meningkat, pada diri sendiri, keluarga..oh dah boleh menentukan masa depan negara jugak ni.

haaa jangan main main. hadiah dah beli awal2 tau untuk diri sendiri. jam tangan casio. cantik okay sendiri pilih masa pergi langkawi akhir julai dulu. cuba tengok...lawa kan? heheee :D





nmz.munee.happy birthday!180811.2348.
sudah tentu terima kasih kepada keluarga kesayangan juga n terima kasih kepada semua rakan rakan di atas segala doa n ingatan. :)

Thursday, June 23, 2011

pengalaman dan kegemaran : kebab

Dalam kalangan orang yang lalu lalang melihat lihat gerai yang di bahu jalan itu, datanglah kami berdua mencari makanan juga..maklumlah pasar malam. masing masing sudah ada target atau makanan yang nak dicarinya. namun aku pada hari itu target sudah dikenal pasti dari jauh. dah pusing pasar malam 2 kali dah sebelum nak jejak kedai yang mana. mata aku meliar mencari makanan itu, cuba teka apa diaaa. ha kebab ye. alaa kebab roti pita tu. kegemaran saya ye kebab yang mesti dicari lah dipasar malam. sedapppp


maklumlah pada hari selasa itu , aku puasa sunat rejab sebenarnya jadi semangat untuk berjumpa makanan kegemaran tu lagi lah.paham je lah munirah ni bila jumpa makanan kegemarannya bagaimana kan.

dua kali pusing pasar malam tu, ada la jumpa 3 , 4 gerai kebab. yang payahnya nak membuat keputusan gerai mana nak disinggah n belinya. poning den. memikirkan kebab sama seperti mencari nasi kerabu di pasar malam. gerai mana yang sedap atau banyak orang, maklum lah masih dalam sesi berkenalan dengan pasar malam sini.

haaa lagi kebarangkalian untuk kau jumpa penjual kebab perempuan amat payah. kenapa? kenapa? tak ada yang minat menceburi bidang ini ke..aku sampai bercita nak meniaga kebab pun ada tapi cita2 itu dibelakang cita2 nak buka kedai buku. ok ini cerita lain sambung pasal pasar malam kau ni

tengok jam dah pukul 6.30pm. ok kena cepat, kena cepat buat keputusan, barang2 makan2 lain dah beli dengan munir. tapi masa tu munir pergi cari taufu fa putih tak silap.

ah jalan punya jalan, nampak la gerai kebab ni. tak ada lah ramai yang menyinggah, cuma mata2 pengunjung pasar malam je nampak mencari2 apa yang dikehendaki mereka. aku pergi lah. dah lambat ni. maka order lah kebab daging roti pita satu!

tunggu punya tunggu, aku perhati la gerai ni, dia menjual benda2 bergoreng sekali, macam ayam goreng, fishball nugget apa semualah. masa tengok orang yang menyediakan kebab tu dia macam teragak2 jugak gayanya, mungkin awal 20-an , sederhana tinggi orangnya n nampak macam tersengih2 tak bersedia. aku diam yo la menunggu kan. tapi yang bestnya tu kat belakang dia ada tauke gerai tu memerhatikan cara dia menyediakan kebab tu. budak ni baru kerja agaknya.hmm

lepas tu..aku tengok cara dia buat. memang lah tak nampak kan tapi apa yang aku nampak. sayur banyak, sos cilinya banyak. tapi daging nya banyak jugaklah nampaklah daging dia welldone siap kan.caranya dia macam nak tak nak buat pun ada...ish..muka aku dah ok dah siap , bayar 3.00 terimakasih.

alhamdulillah sudah masuk waktu berbuka.selesai dengan kurma n nasi ayam berempah, tibalah masa untuk kebab. yahooooooo. dengan senyum2 bismillah aku makan kebab itu. lepas 3,4 gigit. aku berhenti.muka aku dah berubah dah.terus berhenti aku makan.

terdiam lama aku.kecewa.apa begini dia harus lakukan pada kebab. membuat makanan itu adalah mesti ada dengan perasaan nak buat, bukan tak nak. aku nak marah2 pun tak ada gunanya. kecewa lah yang penting n sudah tentu aku memang pangkah gerai kebab tu! tak akan ku singgah lagi. tengok lah bila lalu nanti memang aku bagi renungan mata tajam lah kalau dapat. ish ish. memang tak jejak lagi laa. kecewa geram semua ada. sebab tu la kebersihan diri terutamanya harus diutamakannn.



dan pada itu, satu perasaan dan pengalaman serta merta keluar di ingatan...

...............................................

lokasi di pasar malam ampangan, seremban. tahun tak ingat bila tapi dah bertahun2 dah tak rasa sebab dah lama tak singgah pasar malam ampangan. harap gerai kebab tu ada lagi. ok2 ini dia

"bang, kebab daging satu.'' kata ku dengan penuh bersemangat. mata aku bersinar2 tengok daging2 yang digorengn dicincang bersama hirisan timun n kobis. cili , mayonis semua lengkap lah. apa lagi harumnya bau daging n ayam yang digolek2 menegak tu. fuhh

''nah dik, siap."dengan pantas abang kebab yang berbadan tegap n mengikat key/bandana di kepalanya sambil senyum tetapi tangannya pantas menyediakan kebab2 yang lain

"yeah terima kasih bang. "sambil tersenyum lebar aku menyerahkan 2.50 sen

dah dapat kebab , maka gembiralah perempuan ini berjalan menuju ke keluarganya yang menunggu di gerai air soya. sampai sahaja di rumah, makan malam n kebab pun sudah dimakan. alhamdulillah.

perasaannya bagaimana?
ya allah sedapnyaaaaaaa.memang aku teringat2 lah sampai sekarang, dengan rasa daging yang diperap tu..bila goreng naik bau nya.fuhh.menikam jiwa. kebab tu cantik je. isi nya pun elok. sama banyak, sayur n dagingnya seimbang, kalau daging pun lebih tak ada salahnya. mayonis pun. bagi aku mayonis itu penting dalam mana2 pembuatan burger atau kebab atau yang sewaktunya.

dalam hati aku selepas makan tu, semoga perniagaan kebab itu maju n sentiasa ada sampai bila bila.
...............................................................


kebab akan sentiasa menjadi kegemaranku. aduhh teringat kebab sydney yang sebesar lengan . hirisan dagingnya besarrr. boleh mintak mayonis banyak atau bbq sos nya. aduuhh, naji's kebab n eastlakes kebab! ah nanti la cerita dengan kebab sydney pulak. hahahahahaha



nmz.munee.230611.1326.pengalaman dan kegemaran : kebab
aku berhenti makan sebab jumpa RAMBUT. do i need to explain more? no.

Saturday, June 18, 2011

dan aku masih disini

yo blog, apo kabar?sihat? den ingat yo nak update tp xdapek nak carik bilo yang patut eh den bukak blog ni. den ado yo kek sini. camni yo...

aku tak tahu macamne nak mula kan semuanya, namun banyak cerita n label baru untuk post yang nak dirasmikan. tapi banyak untuk kisahbas+392 aku. ok tak habis2 dengan bas kan. tapi itulah aku dulu bas lah yang teman. untuk setiap hari2 yang aku lalui, bas aku ada je teman. tak kemana dia, ada je. notes hp aku penuh saje ni, nak baca? nanti la. den tulis2 sikit.. i need to talk. ye lah cakap2 dengan orang lain apa semua. tp aku tulis meluah2kan apa rasa sebab entah la :( i feel sad, because of myself. sebab kan bila kau dalam perasaan macamni kau sedar, kamonn. dont be like this. cukup2 lah dulu, nak muntah ok tengok isi blog yang macam ni.

dan dan aku nak letak gambar2 dari E71 kesayangan. n cerita2 sikit2 lah..best ok..bayangkan ado 4903. malas nak pindahkan ke laptop , sebab kalau2 rindukan sydney, itulah ubatnya. ahhaha tak lah nanti dia hilang siapa nak ganti?siapa?siapa?sebab laptop ini ada 2kemungkinan.paham2 je lah

haaaaa cerita pasal laptop. :(( laptop aku pun sama je ceritanya. huaaaaaaaa tak da lah, sebab dia dah tak boleh on. lepas tu ada laptop lain..maksud aku laptop baru huhu i know i'm not suppose to be sad ke apa tapi entahlah...nanti lah aku bebel pasal laptop , lamo xupdate pasal laptop/netbook kat blog ni




nmz.munee.180611.1850.dan aku masih disini
n n about me. hmmmm let me see. haha nanti lah. wait. yang kat atas tu semua pasal aku lah kan. apo aku merepek ni. aiyo


Wednesday, June 1, 2011

hai.

ye, apa kabar blog?lamo xsinggah. sorry sebab xda bulan mei. hmm,cuba nak post sekurang2 atau3 tapi amcam susah. yelah sekarang on9 nya bukan selalu. n yes sorry blog,menghabiskan masa di notes hp je. hahahahha kalah blog n twitter i. ok2, satu hari nanti perlahan2 aku update segala macam yang patut update. oh2 dengan 4859 gambar dalam E71 kesayangan. nak post sekarang wayar tertinggal pulak.


everything is ok.* baca dengan nada serius n tenang* ok. betul.kenapa?tak percaya? haaa

maka sydney baru masuk winter.hmmm rindu sejuk sydney.n matraville.

this is just a random update. nanti jumpa lagi.see you ppl

nmz.munee.hai.1611.1839
dan semoga hari2 mendatang membawa seribu senyuman n kenangan untuk kita.

Monday, April 18, 2011

yes ?

. baru tukar timezone blog. ya, insaflah sikit dimana lokasi anda sekarang? dimana? haaa

. oh i'm all good here. mengado kan xupdate.

.xda nak on9 sangat. payah. n yes twitter jugak bestt

. i miss my family, i miss matraville, i miss sydney T_T

. tengah adjust2 semua lagi di bangi ini n yeahh its all good. :D

. kerja sementara menunggu keputusan upu xpat lagi.

. on9 di rumah mak teh, xpat nak lama2 n bb mak uda pun xda nak lama2. insaf sikit.

. tummyache sejak balik macam xelok2 je. :S

. pesta buku 2011 dalam perancangan. wajib pergi ini

. hows the royal easter show 2011? diorang ni xupload gambar pun

. i love my family.

. i want to meet him , bercakap tak berhenti2 n makan2. haa bergambar. ahha i miss you love

. rakan2?hmm.i dont know.semua bz dengan life masing2.plan pun macam xpat

. reunion sekolah kesayangan dulu? let see.

. dan semua org berubah di dunia ini, tiada yang tidak. ingat itu, they will not remain the same.

. oh ya call aku baru buat me tones aku the memories remain - anuar zain malam tadi. berbaloikah? let see

.dan sudah tentu terimakasih kepada makteh and mak uda kerana memberi peluang menimati 'an evening with anuar zain' . tak akan aku lupa kan. memang mencair habis aku malam tu. oh ya ada nabil , sharifah shahira n lan pet pet juga. besttt

. aku baru tengok hantu kak limah balik rumah. baru aku paham sepenuhnya semua jokes2 itu. sabar je laa but yeah its funny. dan 127 hours juga..ok jugak tapi movie itu macam missing something. hmm

. truly, i miss australian tv channel. lagi best. serius. dah update dengan sana. sini house baru nak masuk season 7, org habiss dah kat sana. thanks to yahoo7, dapat juga tengok n update2. kalau tv3 punya website payah. xdapat2.

. aku rindu buku2 aku tinggal di matraville ituuu. ye lah, yang baru beli dah kena tinggal, kalau tak boleh baca. nevermind sebab yang lama adaaa. fav fav pulak tu

. sekarang tengah ulang perfume, persuasion, the book thief, seven ancient wonders

. memoirs tun m x habis lagi. apo ni perempuan.

. images album dalam E71 dah 4679. tak bersedia untuk memindahkan semua2 gambar lagi :(

. dan wallpaper E71 aku ketika ini gambar mak n ayah masa masuk departures di kingsford smith airport T_T










nmz.munee.180411.1656.yes?
rajin aku update banyak2 ni. haaaa its your anyway perempuan. do all you want

biar?

biarkan dia dengan hari hari dilalui
walaupun tahu segalanya tak mungkin akan kembali
biarkan dia tenggelam dalam dunianya
kerana tahu disitu dapat bersatu dengan mimpi n impian dia
biarkan dia duduk dengan beribu persoalan dikerusinya
lambat laun ada yang datang mengisi ruang, mendengar n mencelah









nmz.munee.180411.1622.biar?
aku jumpa dalam notes, banyak merepek2 je rupanya. ok2,bukan merepek

one of good quote from The King's Speech :


" forget about everything else, and just said it to me, said it to me, as a friend "




* the movie poster*



*one of the moment from the last scene*






nmz.munee.180411.1642.
from lionel to bertie

Tuesday, April 5, 2011

farewell sydney

selamat tinggal sydney
lain kisah kita jumpa lagi
selamat tinggal semua
semoga berjaya mencapai cita2
selamat tinggal munirah
jangan jadi tak tentu arah






nmz.munee.050411.1034.farewell sydney
selamat jalan

Friday, April 1, 2011

my march



Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. thankyou ayah for this precious gift. salah satu buku yang dapat masa bulan mac. ok sambung.

masa aku kehilangan missing box itu, agak lah tak tentu arah mula2. makan tak lalu, tidur tak lena. sampai mimpi2 teringat2. jadi untuk mengubati duka hati yang lara ketika itu, aku beli buku yang kononnya sebagai pengganti buku2 yang hilang. 'ya aku kena beli semua sekarang jugak . ' yang mana jumpa la kan. maka ini yang aku dapat.






BerkelouW Books yang terletak di Newtown ini , adalah salah satu bookstore yang anda patut masuk. terimakasih kepada sabrina hanim n aiza wahid kerana sudi mengenalkan n membawa sy ke bookstore ini. 2 tingkat. tingkat bawah buku2 segala jenis ada, tingkat atas buku secondhand yang kebanyakannya elok elok n murahh semuanya. buku yang saya beli ialah
rujuk pada gambar A.



basement bookstore railway square lee st , city 1




basement bookstore railway square lee st , city 2




gambar A * secondhand book * buku Kahlil Gibran saya yang pertama, bangga kejap sebab akhirnya ada juga sendiri punya. $5 * the Blue Flower kerana settinng zaman dia in 18th century n in Germany. sebab aku minat pasal germany n every bit about history n past. $8.50



gambar B
gambar B merupakan buku2 yang di beli di basement bookstore, railway square, lee st , city. best betul masuk bookstore yang ini. murah gila2,ada buku tu $1 only. ok tengok buku lah. kan. ok nak tau kesemua jumlahnya berapa. aku agak diantara $50 - $60, tapi semuanya $45.70. aku siap kira2 balik takut bajet lari kan. hahaha yang best nya tu sampai mintak resit 2x. sabar je laaa

5 buku aku, 1 bagi adik, nung punya. yang bestnya aku beli buku ikut author dia, sebab tak jumpa buku yang nak, tulisan author tu yang lain jugak aku amik kecuali jane austen - persuasion. hahaha sebab itulah the no 1 fav from her. best gila okay walaupun ada yang kata pride n prejudice lagi sedap n kenyang dibaca. maka silalah baca jane austen - persuasion ye. *ok nanti nak blog pasal ni pulak ahaha








nmz.munee.010411.2346.my march
sebenarnya nak upload gambar banyak lagi tapi payah benar , yang ini pun cukuplah kan kan. terima kasih mak n ayah kerana memberi peluang membeli2 buku ini.

Wednesday, March 30, 2011

lagi

bil telefon melambung tinggi. apo ni, insaf lah. kenapa, mengapa bulan ini jadi macamni..sebelum ni elok je, apehal ko menggelabah tak tentu arah ni..just let it be la..tengok apa jadi nanti.sesukahati kau je. guna otak tu..aiyo. ok memang benda tu xkan jadi lagi , cuma sedar lah diri tu sikit. ingat senang ke carik duit tu? tidakkk. eeei, takutlah. huu

oh ye, jagalah baik2 hp kesayangan anda tu supaya ia tahan lama juga. i know you love nokia n ofcourse nokia smartphones. maka dengan ini, saya merasmikan label baru iaitu myE71 . hahahahahaha yeah i know , macam2 label tahape2 aku buat. but yeah i like it.




nmz.munee.310311.0104.lagi
lagi lima hari,segala disini akan menjadi kenangan tersimpan dalam diri

sila baca dengan senyum selebar2nya okay? :D

yes, you read the title. and make sure you are smiling from ear to ear, show your beautiful smile and please jumping around the room or move your body left right left right left right, non stop for now.

* ya sila baca dengan mood excited ye dan kerana itu yang aku buat masa baca email itu. n yes masih lagi dalam mood itu sebenarnya. aaah, mari sambung cerita laaa

alhamdulillah. dapat berita yang tak disangka , my missing box is alive. woohooooooo, excited excited,hahahahahahahahhahaha yesssss, this is the feeling when i read the email about my missing box. ingat tak post yang ' here is another secret ' tu ? sangat excited ye rakan rakan n pembaca2 sekalian.

i cant describe my feeling when i read the email n all i know is i'm staring at the screen for 5 min and then my face expression begin to change. dan aku mula la * rujuk perenggan pertama * ahhahahahahahahaha aku dulu punya sedih teringat2 sampai mimpi2 buku2 tu...sabar je la...n yes its alive! tak sabar nak jumpa missing box itu. dan berharap segala isi2 didalam nya sihat2 belaka. isi2 nya ialah buku2 kesayangan, files2 study diploma dulu, notes2, note book , journal etc.

aku ada follow up dengan MAS missing luggage time tu, tapi dah habis berurusan hantar borang etc, sonyap yo sampai la rabu minggu lepas. dapat email pasal missing box itu. yang aku ni pulak baru check email isnin lepas, sebab tak selalu check email. tau2 tak lama lagi sampai. insyaallah. yeahhhhh :D :D :D :D

maka lain kali tolong jangan careless whisper george michael sangat okay. *suka pulak ayat tu sebab lagu tu best n ada perkataan careless , ok tak ada kena mengena saya tau itu *
aku ingat lagi masa kemas tu , kau mengambil masa 2jam semata2 nak masukkan n pilih mana buku yang nak masuk kotak yang akhirnya kau lupa tulis nama, alamat, no telefon etc kat kotak tu, ye lah senang lah carik or kenal kan


and the important thing is, i can't wait to read them all over again n again n again. :D





nmz.munee.300311.0335.sila baca dengan senyum selebar2nya okay? :D
dan email itu dari Brisbane Airport, Queensland. jauhnyaaaaa, nak ikut

Monday, March 21, 2011

harapan

mari kita renung dan ingat kembali
segala apa yang dicakap dengan diri
kerana dengan cara ini
kita dapat lihat sejauh mana nak pergi
berbekalkan harapan, impian
ternyata yang kita tahu ia bukan angan angan
kita tahu harapan itu tinggi mana
dapat dicapai atau hanya dipandang diam sahaja
untuk capai sesuatu
dilihat jauh beribu batu
kita tahu kita hidup dengan harapan
bawa kita jauh ke hadapan
dari harapan kita jumpa impian
kita yakin kita boleh buat semua
capai segala yang buat kita gembira tak terkata
yang nak berjaya di dunia
yang untuk bekalan di hari2 sana
yang nak tunjuk dia boleh buat semua
yang cuba berdiri senyum lagi untuk membanggakan keluarga
yang dikenang yang diingat untuk setiap senyuman yang ada
yang di hari2 dicuba tak nak berselindung disebalik kata2
yang bawa kau terbang merentas halangan segala








nmz.munee.220311.0122.harapan
and lets make hopes and dreams alive.

Wednesday, March 9, 2011

yes

let others be with their own stereotypes as we know that we can achieve on the right track of our target to the better prospect







yes.nmz.munee.10311.0238
and this is what i got from last night chat with him

penakut

penakut
eh apa dia buat
konon tak nak terima hakikat
dengan bayang2 n apa dikata orang
apa perlu difikir semua benda yang dihalang?
diri yang takut untuk melangkah
yang dipandang kiri kanan atas bawah semuanya salah

penakut
dalam ayat dia mesti ada takut dan tidak
tidak tahu buat itu
takut la nak apa jadi
takut apa akibatnya bila berkata begitu
tak nak beranikan diri
nanti dia yang rugi
yang memandang nanti semua ketawakan dia nanti

penakut
itu bila dia nak tulis apa dia rasa
kemudian dia padam n lain perkataan diletaknya
yang habis satu karangan cerita ditulis
yang kemudian dipadam sebab dia takut kenyataan nampaknya
dia penakut
takut ditilik dibaca melalui itu
maka diberanikan diri ditulisnya lagi
kerana ini tempat dia cuba menjadi diri sendiri
bukan nak kata di dunia dia lain orangnya


tidak dia bukan penakut
dia boleh buat
dia boleh jadi apa dia nak
senyum selebar mana
gembira sepertimana yang dia patut rasa
membanggakan n membahagiakan keluarga

dia boleh yakin terhadap perasaan
segala apa yang dicuba dilakukan
yang apa ditakut dapat ditolak dengan menghadapi kenyataan
yang dia tahu perasaan itu
pasti akan sentiasa ada dihati
untuk jadi pengajaran di hari2 nanti







nmz.munee.100311.0105.penakut
ya, semua orang penakut, ada yang ditakutkan , ada yang dapat tolak ia dari dengan penuh keberanian

Saturday, March 5, 2011

janji

janji bukan mimpi
perkataan yang disimpan sedalam2 hati
yang boleh diangan2 mahupun digula2kan
janji yang baik untuk ditepati
bukan dimungkiri

janji anak kepada emak ayahnya
membanggakan mereka sebaik2nya
yang dia boleh berubah jadi contoh baik pada adik2nya
yang dia akan buat yang terbaik untuk masa depannya

janji si dia pada kekasih hati
yang membawa seribu perasaan dalam diri
berkongsi rasa hati n mengenali
bersenyum gelak ketawa bersama
yang untuk satu masa depan yang akan kunjung tiba

janji kawan kepada kawan
yang diharap tidak akan menjadi lawan
yang persahabatan diharap tidak ditelan masa n perubahan
biar selama masa berkawan semua di ingatan

janji seorang muslim pada tuhannya
yang dia akan jaga 5 waktu yang wajib pada kita
jaga segala perbuatan percakapan n ubah sebaiknya diri
untuk bekalan diri di hari2 nanti






nmz.munee.janji.0303.050311
janji jangan tinggal janji, jaga cakap n jaga hati

Wednesday, February 16, 2011

here is another secret

dan sebenarnya satu kotak buku kesayangan hilang semasa balik bercuti dulu. sebab aku terus bawa barang aku pulang kesana. walaupun aku cuba tak nak cakap kat mana2, susah. maka sudah tentu salah sendiri tidak menulis nama,alamat, no telefon di kotak, oh ya kotak tu kecik je. macam kotak buku.lepas tu dalam tu bukan ada buku sahaja, malah ada fail2 masa belajar, note book, unused note book sebab ada beli awal2 dulu, fail masa study di kch dulu, journal, daily planner 2010. ;'(


daily planner 2010.omg, :( . macam scrap book aku, resit - macam ada koleksi kertas kecil yang dari kolej sebagai bukti kau dah hantar assignment n buat test pe smua, tiket bas - ni lagi la banyak lepas tu cerita2 dengan bas aku lama tak tulis ha sini , resit, benda2 yang terjadi pada hari itu semua nya ada.2010 ada tahun yang sangat bermakna buat aku, tahun belajar, suka duka duduk di sini. i bring this daily planner everywhere. warna maroon n agak tebal. kebanyakannya benda2 penting yang terjadi n benda2 yg dicatat apa terjadi setiap hari.

yang paling pentingnya ini la, buku buku kesayangan. bayangkan aku mengambil masa 2jam semata2 nak pilih mana nak bawak masuk kotak. dan perasaan yang harus hadapi setiap hari bila mana melihat almari buku di rumah ini, terbayang buku2. rasa sayu nak berair mata.






nmz.munee.170211.0219.here is another secret
its hard, life feels empty without your fav books around. priceless.
n yes i'm still in the mood of losing everything inside the box.

blogging with opera mini

ya, siang tadi blogging menggunakan phone kesayangan. menjadi, tp 2nd post hilang. kalau ada sesiapa perasan la kan ada 2nd post tak ada isi, geram jadinya. penat tulis panjang2, ingat pakai phone senang ke? haaa

tak selalu buat pakai hp ni, sebab siang tadi tu rasa macam nak menulis, much prefer laptop. but yess my laptop buat hal. as always :S well its a good feeling anyway. sebab dah lama tak menulis, aku macam ignore journal, notes n apa lagi blog ni ha.
tapi memang best pakai phone, senang nak tulis terus.





nmz.munee.170211.0013.blogging with opera mini
tak mengapa, nanti tulis semula, tulis banyak mana yang kau rasa
penuhkan kembali journal,note book,blog yang ada
jangan disimpan, inilah masanya
gunakan sepenuhnya peluang ini
untuk setiap perkataan yang ditulis nanti
dan perasaan apabila membaca semuanya
sambil kau senyum gembira kerana kau tahu perasaan itu

Disaster.

Disaster.
Let me tell you what disaster is :
in any place, any time in the world,
then you realize who you are in the time thinking what will happen next,
the one when you sit n stare in a good windy sunny day let world pass by without noticing you are n why you are there,
make you dream like you never dream before,
the changes that you do when you know you have to,
when you laugh n cry but no on there,
knowing things can't be the same after a disaster came,
make you smile remembering the good things and pain,
change you n your surroundings in a split second that you can't expected as you do,
make you mad as hell.
make you drown in your own flood until your last breath.







nmz.munee.disaster.160211.1405.
Yes, i'm a disaster. What else should i be?

Saturday, January 8, 2011

ok2

ok2, apa namanya blog kalau tidak diupdate n tanpa cerita n gambar n isi n segala ayat yang ada kan. aku akan update betul2 la untuk tahun ni. dan bagi cerita2 tahun lepas, bayangkan dalam bas sorang, boleh buat cerita sendiri, maksud aku pasal apa yang jadi sekeliling la. dalam bas pun macam2 ragam ada tau tak. pasal pemandu bas pun aku boleh buat cerita. sebenarnya dalam notes hp kesayangan aku. macam2 ada, macam diari la pulak, cewaah. tapi daily planner dulu ada jadi macam buku skrap pulak, tampal post it notes, resit2, kad2, tiket bas, macam2 lah. ini aku punya file ,melambak2 la pulak gambar kan, bangunan la kereta la pokok bas, opera house, harbour bridge, makanan, minuman. notes2 tengah lepak2 minum coffee cuci mata tengok pemandangan. pergh, best. haha.


nanti la nak buat drama bersiri or segala tulisan aku yg patut ditulis balik macam dekat merepekmengarut tu. janganlah senyapkan blog ni, lama lah jugakk kan sejak terjun dalam dunia blog ni. cewaah bunyi eh macam la lama sangat. aku ado yo bukak dashboard, jenguk2 blog dari biar berhabuk2, tengok2 blog2 yang selalu baca punya update. tapi sendiri tak update ye tak. ok2





nmz.munee.ok2.9111.0232
ok dah sambung esok pulak