penakut
eh apa dia buat
konon tak nak terima hakikat
dengan bayang2 n apa dikata orang
apa perlu difikir semua benda yang dihalang?
diri yang takut untuk melangkah
yang dipandang kiri kanan atas bawah semuanya salah
penakut
dalam ayat dia mesti ada takut dan tidak
tidak tahu buat itu
takut la nak apa jadi
takut apa akibatnya bila berkata begitu
tak nak beranikan diri
nanti dia yang rugi
yang memandang nanti semua ketawakan dia nanti
penakut
itu bila dia nak tulis apa dia rasa
kemudian dia padam n lain perkataan diletaknya
yang habis satu karangan cerita ditulis
yang kemudian dipadam sebab dia takut kenyataan nampaknya
dia penakut
takut ditilik dibaca melalui itu
maka diberanikan diri ditulisnya lagi
kerana ini tempat dia cuba menjadi diri sendiri
bukan nak kata di dunia dia lain orangnya
tidak dia bukan penakut
dia boleh buat
dia boleh jadi apa dia nak
senyum selebar mana
gembira sepertimana yang dia patut rasa
membanggakan n membahagiakan keluarga
dia boleh yakin terhadap perasaan
segala apa yang dicuba dilakukan
yang apa ditakut dapat ditolak dengan menghadapi kenyataan
yang dia tahu perasaan itu
pasti akan sentiasa ada dihati
untuk jadi pengajaran di hari2 nanti
nmz.munee.100311.0105.penakut
ya, semua orang penakut, ada yang ditakutkan , ada yang dapat tolak ia dari dengan penuh keberanian
4 comments:
jgn cakap penakut itu pasal kau ok??takut??hurm..ye ak juga takut:p
hmmm, no comment. *jawapan standard* hehe ye,kita sama sahaja bezanya cuma amalan kita, ok itu lagu ahahaha
Kadang kala keliru antara berani dan menipu diri
min : itu antara 2 benda yang selalu dipersoalkan dengan diri kan
Post a Comment