Thursday, June 23, 2011

pengalaman dan kegemaran : kebab

Dalam kalangan orang yang lalu lalang melihat lihat gerai yang di bahu jalan itu, datanglah kami berdua mencari makanan juga..maklumlah pasar malam. masing masing sudah ada target atau makanan yang nak dicarinya. namun aku pada hari itu target sudah dikenal pasti dari jauh. dah pusing pasar malam 2 kali dah sebelum nak jejak kedai yang mana. mata aku meliar mencari makanan itu, cuba teka apa diaaa. ha kebab ye. alaa kebab roti pita tu. kegemaran saya ye kebab yang mesti dicari lah dipasar malam. sedapppp


maklumlah pada hari selasa itu , aku puasa sunat rejab sebenarnya jadi semangat untuk berjumpa makanan kegemaran tu lagi lah.paham je lah munirah ni bila jumpa makanan kegemarannya bagaimana kan.

dua kali pusing pasar malam tu, ada la jumpa 3 , 4 gerai kebab. yang payahnya nak membuat keputusan gerai mana nak disinggah n belinya. poning den. memikirkan kebab sama seperti mencari nasi kerabu di pasar malam. gerai mana yang sedap atau banyak orang, maklum lah masih dalam sesi berkenalan dengan pasar malam sini.

haaa lagi kebarangkalian untuk kau jumpa penjual kebab perempuan amat payah. kenapa? kenapa? tak ada yang minat menceburi bidang ini ke..aku sampai bercita nak meniaga kebab pun ada tapi cita2 itu dibelakang cita2 nak buka kedai buku. ok ini cerita lain sambung pasal pasar malam kau ni

tengok jam dah pukul 6.30pm. ok kena cepat, kena cepat buat keputusan, barang2 makan2 lain dah beli dengan munir. tapi masa tu munir pergi cari taufu fa putih tak silap.

ah jalan punya jalan, nampak la gerai kebab ni. tak ada lah ramai yang menyinggah, cuma mata2 pengunjung pasar malam je nampak mencari2 apa yang dikehendaki mereka. aku pergi lah. dah lambat ni. maka order lah kebab daging roti pita satu!

tunggu punya tunggu, aku perhati la gerai ni, dia menjual benda2 bergoreng sekali, macam ayam goreng, fishball nugget apa semualah. masa tengok orang yang menyediakan kebab tu dia macam teragak2 jugak gayanya, mungkin awal 20-an , sederhana tinggi orangnya n nampak macam tersengih2 tak bersedia. aku diam yo la menunggu kan. tapi yang bestnya tu kat belakang dia ada tauke gerai tu memerhatikan cara dia menyediakan kebab tu. budak ni baru kerja agaknya.hmm

lepas tu..aku tengok cara dia buat. memang lah tak nampak kan tapi apa yang aku nampak. sayur banyak, sos cilinya banyak. tapi daging nya banyak jugaklah nampaklah daging dia welldone siap kan.caranya dia macam nak tak nak buat pun ada...ish..muka aku dah ok dah siap , bayar 3.00 terimakasih.

alhamdulillah sudah masuk waktu berbuka.selesai dengan kurma n nasi ayam berempah, tibalah masa untuk kebab. yahooooooo. dengan senyum2 bismillah aku makan kebab itu. lepas 3,4 gigit. aku berhenti.muka aku dah berubah dah.terus berhenti aku makan.

terdiam lama aku.kecewa.apa begini dia harus lakukan pada kebab. membuat makanan itu adalah mesti ada dengan perasaan nak buat, bukan tak nak. aku nak marah2 pun tak ada gunanya. kecewa lah yang penting n sudah tentu aku memang pangkah gerai kebab tu! tak akan ku singgah lagi. tengok lah bila lalu nanti memang aku bagi renungan mata tajam lah kalau dapat. ish ish. memang tak jejak lagi laa. kecewa geram semua ada. sebab tu la kebersihan diri terutamanya harus diutamakannn.



dan pada itu, satu perasaan dan pengalaman serta merta keluar di ingatan...

...............................................

lokasi di pasar malam ampangan, seremban. tahun tak ingat bila tapi dah bertahun2 dah tak rasa sebab dah lama tak singgah pasar malam ampangan. harap gerai kebab tu ada lagi. ok2 ini dia

"bang, kebab daging satu.'' kata ku dengan penuh bersemangat. mata aku bersinar2 tengok daging2 yang digorengn dicincang bersama hirisan timun n kobis. cili , mayonis semua lengkap lah. apa lagi harumnya bau daging n ayam yang digolek2 menegak tu. fuhh

''nah dik, siap."dengan pantas abang kebab yang berbadan tegap n mengikat key/bandana di kepalanya sambil senyum tetapi tangannya pantas menyediakan kebab2 yang lain

"yeah terima kasih bang. "sambil tersenyum lebar aku menyerahkan 2.50 sen

dah dapat kebab , maka gembiralah perempuan ini berjalan menuju ke keluarganya yang menunggu di gerai air soya. sampai sahaja di rumah, makan malam n kebab pun sudah dimakan. alhamdulillah.

perasaannya bagaimana?
ya allah sedapnyaaaaaaa.memang aku teringat2 lah sampai sekarang, dengan rasa daging yang diperap tu..bila goreng naik bau nya.fuhh.menikam jiwa. kebab tu cantik je. isi nya pun elok. sama banyak, sayur n dagingnya seimbang, kalau daging pun lebih tak ada salahnya. mayonis pun. bagi aku mayonis itu penting dalam mana2 pembuatan burger atau kebab atau yang sewaktunya.

dalam hati aku selepas makan tu, semoga perniagaan kebab itu maju n sentiasa ada sampai bila bila.
...............................................................


kebab akan sentiasa menjadi kegemaranku. aduhh teringat kebab sydney yang sebesar lengan . hirisan dagingnya besarrr. boleh mintak mayonis banyak atau bbq sos nya. aduuhh, naji's kebab n eastlakes kebab! ah nanti la cerita dengan kebab sydney pulak. hahahahahaha



nmz.munee.230611.1326.pengalaman dan kegemaran : kebab
aku berhenti makan sebab jumpa RAMBUT. do i need to explain more? no.

8 comments:

PiekaSahaja said...

aku igt kau berhenti makan kebab tue sbb x sedap..rupanya ada rambut..kalo aku pun x na gak..hehe

nur athirah said...

sama pendpt kita pieka..
ingatkan kebab tu x sodap..For a foodie like me, konpem kite pun tk nak beli..
cite munee ingatkn kite ttg mee bungkus yg kwn kt skool pernah beli dulu, ader lipas..kesian dia alu x makan tengah hari...

EsPiRaNzA said...

munie..juara bab makanan..haha..takde orang ley kalahkan ko lah..hehe..btw, lupa nak makan kebab ampangan untuk ko..hee..nanti ek weyh.. :)

nmz said...

pieka : hahaha tu la kan. geram aku. masih ingat perasaan itu , takpe2 nanti singgah pasar malam lagi haha

nmz said...

thirah : kan. sebagai foodie,segala aspek memang diambil kira. :D

nmz said...

farhana : ish, tak ada lah sampai juara.ko pun. haha tak pe2, tu gurau2 je la.take ur time ehehe :D

Akulah Pak Lan said...

hanya kerana rambut? haha

hurm..aku dah pernah merasa kebab kat jepun..aku rasa kebab ni sgt sedap walau pun ada lipas...kah kah kah

nmz said...

haha mestilah berhenti makan kan kalau jumpa macam2. hilang selera terus hehe

oh kebab jepun mesti bestt :D