Monday, October 19, 2009

holbrook

dan balik dari bercuti ke holbrook pastilah ada cerita dan gambarnya tersendiri. tempat yang mempunyai tarikan kerana sejarahnya dan submarine yang ada juga. bandar ini juga dinamakan holbrook kerana bagi memperingati jasa Lt Norman Douglas Holbrook pada 24 ogos 1915.


malah bandar kecil ini turut dikenali sebagai The Submarine Town kerana keunikannya mempunyai submarine, serta mempunyai sebuah Submarine Museum yang selalu dikemaskinikan isi didalamnya kira selalu update dan renovate la camtu. tapi isi didalam seperti control room, periscope bagai, dan bahagian bahagian dari submarine juga ada disitu. sekeliling muziumnya lah kan. dan agak teruja ketika menggunakan periscope buat kali pertama dalam control room dalam muzium itu. haha. ada gambar tapi tak pe la, nanti saje letak. haha.
dalam usaha membawa submarine yang bernama HMS Otway itu mempunyai ceritanya tersendiri juga. ia juga dibiayai oleh isteri lt. norman holbrook iaitu gundula holbrook dalam jumlah yang banyak juga ketika itu. malah gundula holbrook mempunyai ingatan yang kuat ketika umur 95 tahun(kini) terhadap segala memoir berkenaan suaminya walaupun suaminya sudah tiada lagi bersamanya didunia.

perjalanan yang agak jauh dalam 491 km dari bandar sydney, kira dari rumah la kan. then ada berhenti ke canberra kejap ada singgah rumah sahabat atuk dulu disini. dan kalau ada berhenti hanyalah untuk mengisi banyak dan singgah mcd cafe, kita minum dulu. haha. hot chocolate dan caffe latte sangat sedap. hahaha. manakala holbrook walaupun hanyalah sebuah bandar atau pekan kecil ia tak menjadi masalah kerana ia adalah laluan trak trak besar dan lori semua. jadi ini adalah perhentian mereka juga. jalan ini sebahagian daripada Hume Highway terus sahaja jalan yang boleh menghubungkan anda dengan melbourne. tapi jauh lagi dalam 356km. apapun hampir dekat juga lah kan.

dan pemandangan sepanjang perjalanan sangat sangat indah. kau boleh nampak yang awan menghiasi bukit bukit hijau itu kemudian nampak pula biribiri, lembu semua dalam kawasan masing. kemudian dari jauh nampak pula kincir angin yang besar tuh, pergh, smart. indah sungguh ciptaan tuhan. padang terbentang luas kemudian nanti ada pulan macam creek atau canyon tapi kecil saja dan ada sungai kecil melingkari sepanjang canyon yang ada hutan hutan kecil itu.

oh ya, saya yang memakai baju coklat tudung hitam itu, haha. kesemua gambar itu diambil oleh en.zahari ayah saya. hehe. dan ada banyak gambar lagi tapi cukuplah ini kan. heh









nmz.munee.holbrook.1733.
yeah, kalau nak tahu lebih lagi dari ini, wiki n google. maklumat yang diolah dari pemahaman sendiri ini belum tentu cukup. haha.
apakah aku mengarut panjang2 nii. apapun, it was a good journey, alhamdulillah semua selamat sampai n balik.:)

No comments: