Wednesday, October 7, 2009

check everything before you........

tengahari itu dah siap siap. ini kira timing baik punya nak keluar rumah. beg aku pun dah ready sudah tentu kelas pun ready la kan. haha. kira hari itu ok la, segalanya awal. haha. dan aku pun keluar rumah siap kunci segala dan letak kunci ditempat yang sepatutnya maka aku pun meneruskan perjalanan. dengan lagu lagu kegemaran turut menemani perjalanan itu. berapa kali ulang lagu yang sama aku tak kira pulak la kan. dan cuaca hari itu sangat baik matahari tanpa ragu ragu dengan panasnya. maka aku pun dengan tenang sorang2 pun jalan.


dalam lima minit kemudian, ok lebih sikit la kan sebab hari itu tiada aksi2 mendebarkan dan mencemaskan seperti lagi sepuluh saat dia sampai aku dah ready keluar tangan bagi signal, dari jauh aku dah nampak bas muka aku dah sengih senyum lebar atau aku ada lagi tiga minit nak sampai bus stop, sekali dia laju depan mata. sabar je la. kira hari itu aku jalan aku jalan rilek2 lagi la, tak da nak berlari mencungap cari nafas balik ke apa kan. haha.

tak lama kemudian, dengan rasa yakin boleh terhadap diri. aku pun duduk dekat perhentian bas dan pusing belakang tengok ladang kuda kuda itu macam seronok je. walaupun simple tapi macambest je. haha. kuda kuda dia macam jinak la dengan tuan. sekali aku raba poket belah kiri nak tukar lagu kat hp, bukan fav jadi tukarlah kan. haha. kemudian aku raba poket belah kanan pulak.

aaaaaa, TIDAK.

aku tak toleh kiri kanan melintas jalan dan berlari menuju teruss ke rumah. sampai rumah tengok jam, 1208 minit. selamat tinggal, jumpa 1230 pulak. pergh, nak berair mata aku masa ambil dompet aku yang tertinggal dalam bilik. haha. ye la kan, camne pulak nak naik bas kalau aku nye travel ten ada dalam tu? tak ke haru bila ingat balik. maka pengajaran, checklah semua barang sebelum keluar rumah dan anda tidak akan terlambat untuk kemana2 selepas itu. hmmm







nmz.munee.1854.check everything before you......
macammacam

No comments: