Saturday, October 31, 2009

apa ini

dah kira kira hari nak balik walaupun tarikh tak tau lagi. keyakinan tinggi baik punya macam biasa. hahaha.

dan malam malam aku seperti biasa
masih disana
sekali lagi
apa khabar semua
seremban apa khabar
melaka juga bagaimana
keluarga keluarga disana
serta samarahan juga
tempat mula mula berdikari mengejar citacita
mengenali semuanya
pengalaman dijadikan pengajaran
bagi hari hari nanti
dan aku tersenyum senyum sendiri ingat semua ini









nmz.munee.2336.apa ini
apa mengarut macamniiiiiiii

Friday, October 30, 2009

aarrgh



AARRGH.


hahahaha. smart no plat jeep itu kan.
masa dalam perjalanan ke kelas tunggu traffic light bertukar warna hijau dan aku di kerusi kegemaran aku sebelah kanan tepi tingkap, aku akan perhatikan segala yang berlaku di luar bas. melihat orang dan segala jenis kenderaan yang ada dan no plat mereka. dan cuaca hari itu sangat baik dan matahari banyak dan cerahh, panas, best. haha

dan bas aku ok ok je la. aku je menggelabah dengan bas selaluu, keyakinan tinggi baik punya dengan bas. haha. tapi semua ok ok la. hehe








munee.nmz.aarrgh.1906
aarrgh

sana

yeahh,
sana.
apa khabar
bagaimana rupanya sekarang
masihkah serupa
adakah orang orangnya masih seperti dulu
yang semuanya masih diselubungi rindu
bermacam peristiwa yang terjadi
dengan bermacam perasaan ada dalam diri
namun semuanya pengajaran dan pengalaman
untuk kekuatan menghadapi masa depan
yang tiap hari perjalanan dengan kekuatan
dan bagi menghilangkan kerinduan
pasti akan berjumpa dengan semua
walau mengambil masa sesaat cuma
dengan senyuman gelak tawa
ternyata tetap diingatan semua tak kira dimana anda berada









munee.nmz.sana.1332
haha.mengarutkah lagi.

mari baca ini

rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah pada Sasterawan Negara ke-10, Dato' Dr Anwar Ridhwan. dan pidato beliau banyak isi dan makna. setiap baris ayat sungguh indah diaturnya. petikan pidato sasterawan negara ke-10. Datuk Dr Anwar Ridhwan pada 20 oktober lepas.

Bismillah itu permulaan kalam,

Dengan nama Allah Khalikulalam,

Berkat Muhammad Sayid Alanam,

Memberi rahmat siang dan malam.

Awal bismillah fakir menyusun,

Di pangkal jalan memohon ampun,

Maklum bahasa tidak tersusun,

Banyak perkara hendak dihimpun.

Majlis permai fakir mengisi,

Kata dan fikir dengan puisi,

Kerana fakir bertugas di institusi,

Yang "melangkah ke hadapan bersama tradisi."

I: Citra Sastera

Sastera itu adab persuratan,

Pelbagai makna serta tafsiran,

Namun bakat serta indah penulisan,

Tentang Tuhan, makhluk-Nya dan pemikiran.

Bakat dan karya ada tanggungjawab,

Berbuat di dunia balasannya di alam baqa,

Diingatkan Allah menjadi khalifah-Nya,

Bantu membimbing umat manusia.

Hindari kutukan kepada penyair sesat,

Dalam Al-Syu'ara telah tersurat,

Yang ditulis benar itulah yang diperbuat,

Takwa itu memandu pena menyurat.

Dengan akal pena menukilkan,

Seperti lidah wajar berperaturan,

Pena yang jujur lebih dimuliakan,

Bukan pedang melibas sembarangan.

Persuratan itu mengandung ilmu,

Juga mendidik tiadalah jemu,

Mutiara kata dapat ditemu,

Yang indah-indah dan merdu turut diramu.

Hamzah Fansuri, Syeikh Ahmad al-Fatani,

Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji,

Karya persuratan padat berisi,

Tanda pujangga seorang insani.

Persuratan tidak mengulang yang lama,

Atau hanya alam dan watak semata,

Fikrah falsafah itu lebihlah mulia,

Disulam keindahan membijaksanakan manusia.

Dibantu ilmu karya terkarang,

Piawai Melayu ini jangan dibuang,

Nyata dan magis silang bersilang,

Ke pentas dunia masuk gelanggang.

Melayu menyediakan atur hukum sastera,

Dalam puisi dan hikayat warisan bangsa,

Ditambah ilmu bantu dan prinsip semasa,

Ciptakan karya bertaraf dunia.

Ibn Tufail, Ibn al-Nafis,

Menyelami dasar falsafah menulis,

Apungkan ilmu madahnya pun majlis,

Keadilan hakiki pencarian penulis.

II: Keprihatinan Sastera Malaysia

Sastera bukan khayali ke dalam diri,

Nasib alam dan ummah diperhati,

Peka akan gejolak yang mengelilingi,

Dicipta persuratan untuk dihayati:

(i)

Asas tamadun sudah bertunas,

Melayu bersyarak kepada nas,

Lenyap kegelapan oleh nur yang bernas,

Hablum min Allah, Hablum min al-nas.

Pusat intelektual bermula di istana,

Lahirkan ulama, pemikir dan pujangga,

Muamalat, munakahat, siasah dijana,

Hukum jinayat, adab, persuratan juga.

Seteguh dahulukah Melayu-Islam kini?

Akidah mencair atas nama hak asasi,

Islam liberal dan sekularisme mencemari,

kepada ad-Din yang benar hendaklah kembali.

Ada yang mencabar hukum syariah

Anggap hukum duniawi lebih indah,

Tidak sempurna bukan sifatnya Allah,

Di atas segalanyalah asma'ilahiyyah.

(ii)

Kita mengenal Suhaif al-Rumi,

Begitu juga Salman al-Farisi,

Beserta dengan Bilal al-Habashi,

Begitu pelbagainya wajah insani.

Allah ciptakan pelbagai bangsa,

Allah hembuskan seribu bahasa,

Untuk berkenalan sesama manusia,

Jangan sampai abaikan hak milik kita.

Semenanjung Melayu ini di Alam Melayu,

Sebab musababnya jelas bagi yang tahu,

Sejak abad ke-VII kembangkan tradisi ilmu,

Kuasai ekonomi Nusantara delapan penjuru.

Majapahit, Sriwijaya, Langkasuka dan Melaka,

Corakkan wajah kebudayaan kita,

Sehingga penjajah membawa tenaga kerja,

Bekerja demi kepentingan ekonomi mereka.

Kini tenaga kerja asing terus penuhi negara,

Pada tempat dan ketika lebih ramai mereka,

Rakyat rasa tak selamat tak rasa bebas merdeka,

Berbuatlah sesuatu agar negara ini tenang semula.

(iii)

Bangsa bermaruah merdeka daripada penjajah,

Kuasa-kuasa Barat dan Timur datang menjarah,

Menghalau mereka tidak sahaja perwira dan orang siasah,

Peranan ulama dan penulis juga diakui sejarah.

Justeru setiap menyambut ulang tahun merdeka,

Kenangilah pengorbanan dan bakti mereka,

Yang benar-benar berjasa tampilkan ke muka,

Berterima kasih pada saat sesuai dan ketika.

Melayu dengan kedaulatan dan ketuanan,

Ihsan memberi taraf kerakyatan,

"Kontrak Sosial" menjadi ikatan,

Diikat kukuhlah jangan rungkaikan.

Maka teguh-kukuhkan perkara yang empat,

Kedudukan Raja-Raja Melayu menjamin daulat,

Islam agama rasmi, Melayu Bahasa Kebangsaan dinobat,

Hak istimewa Melayu dan bumiputera mendapat tempat.

Prihatinlah akan nasib tanah air dan bangsa,

Hubbul watan minal iman peganglah ia,

Berhujahlah Melayu baru dengan akal dan fakta,

Bukan zahirkan rasa dan emosi semata.

Namun bertimbang rasalah kepada taulan,

Pelbagai bangsa jiran dan kenalan,

Pada zamannya Nabi telah tunjukkan,

Islam menjalin indah perpaduan.

(iv)

Melayu itu beradab, berperaturan, berkerajaan,

Di alam Melayu ribuan tahun kekuasaan,

Khalifah Allah segala raja dan sultan,

Patut dibantu orang-orang besar bijaksana lagi budiman.

Jangan sekali-kali bertindak atas hukum rimba,

Matlamat dan cara mesti halal belaka,

Tersurat hukum kanun dan undang-undang mulia,

Pangkal peraturan bagi segala raja-raja dan rakyatnya.

(v)

Pendidikan Melayu itu berliku lorongnya,

Pada zaman penjajah, hanya vernacular kastanya,

Pribumi sengaja ditolak dari bandar dan kotanya,

Sentiasa mengekori pelajar kota yang pantas lariannya.

Terfikir fakir akan nasib bahasanya,

Ratusan tahun melakar wacana,

Tanpa menjadi bahasa ilmu akan ke mana?

Cukuplah jadi bahasa basahan sahaja?

Pada abad XVI Valentin terpesona,

Di sebelah sini bahasa Melayu berkuasa,

Dari timur Parsi hingga ke Kepulauan Filipina,

Kini mesti lebih perkasa di negaranya dan dunia.

Ilmu sekular moden Melayu wajar berhati-hati,

Kerana akhirat itu pasti dihadapi,

Atas ilmu ukhrawi dirikan ilmu duniawi,

Baharulah barakah hingga ke kampung kekal abadi.

(vi)

Asal asali itu Melayu teras jua,

Bangsa besar lagi majoriti jumlahnya

Patutlah teras segala citra budaya,

Entah kenapa kini digerhanakan seri wajahnya.

Budaya itu bersendi adat berpangkal agama,

Tanda bangsa beradab lagi mulia,

Tapi hedonisme tampak dibiarkan merajalela,

Budi bahasa amat ketara lunturnya.

Segalanya bermula darinya rumah,

Mencipta kasih sayang mawaddah war-rahmah,

Tahzibul akhlak tanggungjawab ummah,

Akhiran terpuji husnul khatimah.

(vii)

Persuratan dan bahasa "azwar" yang baik,

Tamsil makhluk dengan yang Khalik,

Perjuangan bahasa bukanlah pelik,

Kuasai yang asing, tak tercicir milik.

Hang Tuah kuasai berbelas bahasa,

Melalui munsyi bahasa yang berjasa,

Bukan dengan "pandai besi" berbadan sasa,

Bukan dengan "pandai emas" mencanai suasa.

Kuasai bahasa Arab di dalam dada,

Bahasa Barat dan Timur di dalam minda,

"Seribu bahasa kita bicara,

Manakan sama bahasa bonda".

Ke manakah arah bahasa Melayu?

Dipandang rendah tak banyak yang mahu,

Sesekali dipakai miskinnya mutu,

Nama tempat, jalan dan bangunan tidak menentu.

Alangkah molek bercitra kebangsaan,

Setiap bangsa rohnya diciptakan Tuhan,

Tercabut rohnya citra pun kehilangan,

Bagaikan tanah ini tidak bertuan.

(viii)

Sebelum mengundur diri fakir rakamkan,

Ucapan "terima kasih" kepada sekalian,

Pengkritik, penterjemah, editor dan panel budiman,

Isteri, anakanda dan menantu pemberi sokongan.

Serta sahabat fakir Cina dan India,

Kadazandusun dan Iban juga,

Dengan bakat, akal, bahasa dan karya,

Perkasakan tamadun bangsa kita,

Sudah sampai ke hujung fakir bermadah,

Pada malam bersejarah menjunjung Anugerah,

Jutaan ampun atas silap dan salah,

Yang Maha Sempurna Terpuji itu miliknya Allah.

Wahai segala arif permata,

janganlah apa fakir dikata,

Kalam buruk kertasnya lata,

Menyuratnya tiada ada pelita.

Sudahlah dengan takdir Allah,

Tiadalah dapat lagi disalah,

di Lohmahfuz suratan terjumlah,

Barang yang datang disyukurkanlah.






nmz.munee.1406.mari baca ini
diambil dari:
Utusan Malaysia Online - Sastera

Monday, October 26, 2009

cerita sikit

yeah, setelah lama tidak update ye tak. dan tajuk entry dah pernah digunakan dalam post sebelum ini kalau ada perasan entry lama itu. haha. tapi tajuk ada juga kan. heh.

dan aku ada perkembangan terkini bagi yang mengikuti kisah laptop oh laptop. hahaha. oh ya,laptop kesayangan kini berada disanaaa. tahniah laptop kerana berada disana sebelum saya jejak dulu. hahahah semoga laptop sihat kembali dan pulih seperti biasa. heh. dan mak ayah selamat pulang ke sini semula nanti dan hal2 semua sudah diuruskan.

mengenai kisah 392 pula, dah semakin biasa dengan perangainya. sabar je la. yang penting aku dah bijak menggunakan 396, 391. hahaha. ye la kan. kalau 392 terlepas takpun dia dah meluncur laju depan mata bolehlah aku curang sekejap dengan 391 + 396.dah boleh jangka setiap langkah bas bas ini. hahaha. apakah


oh ya, the reds kesayangan juga mengalahkan red devil itu pada perlawanan lepas. semangat tengok dekat footytube time tu, tengok live tak dapat la kan. haha. apapun, the reds boleh bangkit lagi walau apa jadi
yeahhh





nmz.munee.cerita sikit.2320pm
yang penting bas ok dan kelas kelas aku pun elok elok sahaja...
psst, kira kira hari sudah nii...disember kah

Wednesday, October 21, 2009

makna

bila bunyi jam berdetik,
meninggalkan setiap saat dan minit yang dilalui,
tanpa diketahui adakah ia dilalui penuh makna.
maka tidak nanti penuh penyesalan jua.
bila dikenangkan segala kesilapan dimasa lalu
untuk dijadikan pengajaran segala cabaran
dengan langkah kaki untuk hari hari nanti
membawa seribu persoalan tentang diri sendiri




nmz.munee.makna.1211
mengarut lagi.tak habis2

Tuesday, October 20, 2009

kembali pulang

maka harapan untuk kembali pulang telah tercipta. setelah diketahui bila tempoh jangka masa sebenarnya, dan hati aku pun bersinar semula untuk melihat kembali segala yang telah ditinggalkan disana serta mereka semua. datang bawa seribu erti serta cuba membawa perubahan yang terbaik juga untuk diri. dan terus merungkai persoalan tentang diri sendiri sama ada masih diingati. haha. tak pun jadi macam dedaun pokok yang gugur ditiup angin meninggalkan segala dibelakang. yang hilang ditelan angin, dibawa jauh pergi untuk kesekian kalinya. heh. harus dirancang baik baik supaya nanti tak ada huru hara sana sini nanti. haha.





nmz.munee.0124.kembali pulang
tunggu dan lihat nanti

Monday, October 19, 2009

jumpa disana

maka spekulasi mengenai kepulangan ke sana telah terjawab. dan mak ayah yang akan pulang ke sana lebih kurang dua minggu. perghhhhh. apakah. ada hal yang nak diuruskan tak silap aku, mestilah habis tu takkan la suka2 nak balik kan.

dan nasib laptop kesayangan aku akhirnya ada jawapannya setelah en z memberi kata putus bahawa laptop aku akan dibawa pulang bersama mereka selama dua minggu. oh tidak, pasti aku kerinduan terhadap kau wahai laptop. heh

jadi boleh la aku nak minta barang macammacam. haha. tak da, la just secara random saje, macam biskut jacobs hahaha, buku baru. itu yang utama la. haha

dan situasi nanti kita lihat bagaimana yeap untuk hari hari yang akan datang nanti.








munee.nmz.jumpa disana.1959
oh balik rupanya

holbrook

dan balik dari bercuti ke holbrook pastilah ada cerita dan gambarnya tersendiri. tempat yang mempunyai tarikan kerana sejarahnya dan submarine yang ada juga. bandar ini juga dinamakan holbrook kerana bagi memperingati jasa Lt Norman Douglas Holbrook pada 24 ogos 1915.


malah bandar kecil ini turut dikenali sebagai The Submarine Town kerana keunikannya mempunyai submarine, serta mempunyai sebuah Submarine Museum yang selalu dikemaskinikan isi didalamnya kira selalu update dan renovate la camtu. tapi isi didalam seperti control room, periscope bagai, dan bahagian bahagian dari submarine juga ada disitu. sekeliling muziumnya lah kan. dan agak teruja ketika menggunakan periscope buat kali pertama dalam control room dalam muzium itu. haha. ada gambar tapi tak pe la, nanti saje letak. haha.
dalam usaha membawa submarine yang bernama HMS Otway itu mempunyai ceritanya tersendiri juga. ia juga dibiayai oleh isteri lt. norman holbrook iaitu gundula holbrook dalam jumlah yang banyak juga ketika itu. malah gundula holbrook mempunyai ingatan yang kuat ketika umur 95 tahun(kini) terhadap segala memoir berkenaan suaminya walaupun suaminya sudah tiada lagi bersamanya didunia.

perjalanan yang agak jauh dalam 491 km dari bandar sydney, kira dari rumah la kan. then ada berhenti ke canberra kejap ada singgah rumah sahabat atuk dulu disini. dan kalau ada berhenti hanyalah untuk mengisi banyak dan singgah mcd cafe, kita minum dulu. haha. hot chocolate dan caffe latte sangat sedap. hahaha. manakala holbrook walaupun hanyalah sebuah bandar atau pekan kecil ia tak menjadi masalah kerana ia adalah laluan trak trak besar dan lori semua. jadi ini adalah perhentian mereka juga. jalan ini sebahagian daripada Hume Highway terus sahaja jalan yang boleh menghubungkan anda dengan melbourne. tapi jauh lagi dalam 356km. apapun hampir dekat juga lah kan.

dan pemandangan sepanjang perjalanan sangat sangat indah. kau boleh nampak yang awan menghiasi bukit bukit hijau itu kemudian nampak pula biribiri, lembu semua dalam kawasan masing. kemudian dari jauh nampak pula kincir angin yang besar tuh, pergh, smart. indah sungguh ciptaan tuhan. padang terbentang luas kemudian nanti ada pulan macam creek atau canyon tapi kecil saja dan ada sungai kecil melingkari sepanjang canyon yang ada hutan hutan kecil itu.

oh ya, saya yang memakai baju coklat tudung hitam itu, haha. kesemua gambar itu diambil oleh en.zahari ayah saya. hehe. dan ada banyak gambar lagi tapi cukuplah ini kan. heh









nmz.munee.holbrook.1733.
yeah, kalau nak tahu lebih lagi dari ini, wiki n google. maklumat yang diolah dari pemahaman sendiri ini belum tentu cukup. haha.
apakah aku mengarut panjang2 nii. apapun, it was a good journey, alhamdulillah semua selamat sampai n balik.:)

Friday, October 16, 2009

cuti

yeah
untuk dua hari tak silap aku, bercuti ke hollywood. eh tidak, holbrook. masih dalam nsw, dekat dengan melbourne tak silap la. ada tarikannya disitu. kita tengok bagaimana tempat itu. nanti senang aku cerita semua.heh.







nmz.munee.0813.cuti
semoga perjalanan ini elok elok selamat semuanya.

Wednesday, October 14, 2009

link?

boleh la lama ada blog kan tapi nak letak link ala style org letak nama terus tekan keluar la web dia dekat dalam new post pun tak lepas jugak. haha.
takkan mau letak url blog kan..agak panjang disitu nanti
ah, tak apa. haha
tq to syerah sebab ajar aku buat tapi aku tak tau jugak.
apakah







munee.nmz.1830.link?
oh begitu

Tuesday, October 13, 2009

lie to me


yes, my fav Lie to Me dah masuk season 2. semangat tengok tadi, haha. yes, Dr Cal Lightman watak dia best. psychologist yang dapat baca orang itu dengan melihat expression mukanya dan mencari kebenaran disebalik tingkahlaku dan pergerakan bahasa badan seseorang itu. dan cara dia bekerja amat menarik perhatian, walaupun kadang kadang dipengaruhi emosi sendiri iaitu kesayangan dia terhadap anak dia sendiri, pada masa yang sama, dia dapat juga mengawal perasaan macamtu.

well, to be exact, i'm actually interested on ways he doing his job. and the other people in the team too. moreover, with the concept of finding the truth by psychological techniques, that is by body language and microexpression and his ability was beyond my perception too when he can tell that someone wants revenge just by the way he talks and moves as not everyone can make their own ways on body language and facial expressions as well. hmm

nak tahu lebih lanjut, tontonlah cerita


haha. sekian



nmz.munee.1203.lie to me
yeahh,mengarut lagi.

dompet

dompet aku banyak sampah. setelah aku keluarkan segala yang membantu menebalkan dompet itu, pergh. macam2 ada. resit bermacam tempat kedai buku, guardian la, big apple bagai, then maybank nye resit keluar duit tuh, dan bila tengok pergh,betapa berjimat cermatnya aku dulu ye tak, oh ya tak lupa juga kfc kota samarahan, ciss, dinner plate, cheesy wegdes sabar je laaa. yang membanyakkannya mestilah resit resit itu. dan yang penting, tiket pergi balik kl-kch haha .oh tak lupa kl-syd juga..hmm

benda benda asas yang wajib ada dalam dompet ada lagi la. haha. kad pengenalan muka kelakar gila. tak sabar nak tukar yang baru lagi. haha. gambar saiz passport tak lupa juga ada. dompet itu juga masih dalam keadaan elok lagi, selagi elok guna saja. dan bila nak kosongkan dompet aku dah terdiam. macam macam ada




munee.nmz.1736.dompet
simpan selagi boleh.....

Saturday, October 10, 2009

tepi tingkap tadi

tadi ada rama rama datang singgah
ditepi tingkap bilik tadi
sesudah hujan
cuba lihat dalam matanya dan perhati lagi sayapnya
warnanya memang memikat jiwa
bila dipandang dekat
tertanya ia tidak dapat lari kemana
tapi diperhatikan lagi
rama rama hampir patah sayapnya
dengan penuh kekuatan dia melawan angin
memahami rentak peredaran cuaca sekeliling
ternyata bila diperhati
dia tak mampu bergerak lagi
seolah merasakan ini saat dia pergi
tapi rama rama
masih gagahkan diri
untuk sekian kalinya
dia pun terbang bersama dirinya






nmz.munee.2033.tepi tingkap tadi
maka rama rama itu tertinggal secebis sayapnya tadi disini. hmm

Friday, October 9, 2009

payung

berjalan dalam hujan
ditemani payung
tapi masih kebasahan
dengan awan masih berarak mendung
gelap masih lebat
hujan pun turun tanpa henti
dengan sejuk dingin menemani diri
teruskan perjalanan tanpa henti
supaya tak terjatuh dimana mana tempat nanti
dengan payung itu
maka perjalanan diteruskan
sambil memikirkan juga
adakah ia akan diterbang angin ketika berjalan
mengikuti rentak cuaca
dan perasaan dalam diri turut merasakannya









munee.nmz.0144.payung
hehe.taktau nak bagi tajuk apa.maka payunglah ditulis kerana baris kedua itulah perkataan yang ada...hmmmmmm

laptop lagi

dan laptop masih begitu
yang hari hari aku menghadap tanpa jemu
yang masih cuba difahami tak kira apa jadi
yang sudah dinasihati dan diingati
namun disebabkan kesalahan sendiri
akhirnya dia padam lagi
bersama hati dan perasaan ini
untuk laptop yang sekian kalinya
kan ku berikan yang terbaik untuk kau
supaya dapat bertahan
untuk di gunakan dimasa hadapan
jadi sila buat apa yang sepatutnya
jangan ditangguh dilupa
yang harus difikir demi kebaikan bersama






nmz.munee.0115.laptop lagi
oh ya, mengenai laptop lagi..

lukisan alam

'hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam
begitu aturan Tuhan'










nmz.munee.0100.lukisan alam
hijjaz my fav. lagu dia best, teringat pernah jumpa hijjaz tahun 2004. masih simpan lagi penanda buku yang ditandatangani mereka.haha

milo panas

milo panas
tengah hujan lebat
hujan datang dengan rahmat
menyirami muka bumi
serta seluruh hati yang ada disini
hujan semakin lebat
semasa angin diluar makin kencang
meninggalkan segala yang tertinggal dibelakang








munee.nmz.milo panas.1139
dah berapa malam aku dengan milo panas. mengikuti rentak cuaca, yang setiap harinya memang berbeza. hahaha dan aku mengarut lagi.

Thursday, October 8, 2009

hari dia

yeah
hari ini hari dia
selamat hari jadi
semoga panjang umur
murah rezeki
disenangkan apa apa perkara dalam hidup
dirahmati Nya selalu






munee.nmz.1527.hari dia
yeahh

Wednesday, October 7, 2009

check everything before you........

tengahari itu dah siap siap. ini kira timing baik punya nak keluar rumah. beg aku pun dah ready sudah tentu kelas pun ready la kan. haha. kira hari itu ok la, segalanya awal. haha. dan aku pun keluar rumah siap kunci segala dan letak kunci ditempat yang sepatutnya maka aku pun meneruskan perjalanan. dengan lagu lagu kegemaran turut menemani perjalanan itu. berapa kali ulang lagu yang sama aku tak kira pulak la kan. dan cuaca hari itu sangat baik matahari tanpa ragu ragu dengan panasnya. maka aku pun dengan tenang sorang2 pun jalan.


dalam lima minit kemudian, ok lebih sikit la kan sebab hari itu tiada aksi2 mendebarkan dan mencemaskan seperti lagi sepuluh saat dia sampai aku dah ready keluar tangan bagi signal, dari jauh aku dah nampak bas muka aku dah sengih senyum lebar atau aku ada lagi tiga minit nak sampai bus stop, sekali dia laju depan mata. sabar je la. kira hari itu aku jalan aku jalan rilek2 lagi la, tak da nak berlari mencungap cari nafas balik ke apa kan. haha.

tak lama kemudian, dengan rasa yakin boleh terhadap diri. aku pun duduk dekat perhentian bas dan pusing belakang tengok ladang kuda kuda itu macam seronok je. walaupun simple tapi macambest je. haha. kuda kuda dia macam jinak la dengan tuan. sekali aku raba poket belah kiri nak tukar lagu kat hp, bukan fav jadi tukarlah kan. haha. kemudian aku raba poket belah kanan pulak.

aaaaaa, TIDAK.

aku tak toleh kiri kanan melintas jalan dan berlari menuju teruss ke rumah. sampai rumah tengok jam, 1208 minit. selamat tinggal, jumpa 1230 pulak. pergh, nak berair mata aku masa ambil dompet aku yang tertinggal dalam bilik. haha. ye la kan, camne pulak nak naik bas kalau aku nye travel ten ada dalam tu? tak ke haru bila ingat balik. maka pengajaran, checklah semua barang sebelum keluar rumah dan anda tidak akan terlambat untuk kemana2 selepas itu. hmmm







nmz.munee.1854.check everything before you......
macammacam

Monday, October 5, 2009

kosong ke

bila merah lawan biru, dan biru agak kuat n menjadi main malam . maka telah bolos lah gawang gol melalui penjaga gol spain botak itu. aku dah tengok segala review n match tuh jugak tadi. tak sangka tak da gol langsung. adess. apakah yg terjadi, aku tengok game pun rasa boring, haha. striker spain pulak xmenjadi ke. apepun, gerrard terbaik la. ini dah turun tangga dah. masih top 5 lagi dan jangan turun lagi sudah. haha.







munee.nmz.2107.kosong ke
haha..yeah..ynwa

Friday, October 2, 2009

errk

aii, kenak kau moon. rindu gilak ngan sarawak kah. haha. yess, pa gik yang kau mok polah ya. xda pa gik yang kau ada kat sia. sik lamak gik nama kau pun sik da orang tauk. haha. hmm, sidak kawan kamek kat sia makin busy jak. gney mok polah gik. mok tauk khabar berita sidak nya, makin susah juak. ya lah tek, makin busy nak dan aku sik da lamak pun kat sia. sik sampey setahun pun.. haha. hmm, pa boleh buat nak. haha. hmm, kelak mun datang kuching gik, mok makan gik kat sia. nyaman juak eh. hhahaha ngegeh na juak kau tok. makan jak hahahhaha

aritok aku maseh gik bercuti. ada gik seminggu baruk cuti habis. hmmmm. sik sabar, lelah n boring gilak eh. haha.






nmz.munee.errk.1211
hmm, akhirnya ada jugak entry aku camni. heh. saje nak sedapkan hati la tuh. up2u la . rindu mok kelakar sarawak laaaaaa.

Thursday, October 1, 2009

oh no

its all in 'the zahir-paulo coelho'.

>page68

' Who told you about that?'

' I just know. I can see it in your eyes, and it doesn't do you any good. All it does is feed a constant desire to feel sorry for yourself, because you were the victim of people who is stronger than you. Or else it makes you to go to the other extreme and disguise yourself as an avenger ready to hit out the people who hurt you. Isn't that a waste of time?'


'It's just human.'

'Oh, it is, but it's not intelligent or reasonable. Show some respect for your time on this earth, and know that God has always forgiven you and always will.'





>page 66

'I learn something recently: our true friends are those who with us when good things happen. They cheer us on and are pleased by our triumph. False friends only appear at difficult times, with their sad, supportive faces, when, in fact, our suffering is serving to console them for their miserable live. When things were bad last year, various people I had never ever seen before turned up to 'console' me. I hate that.'









munee.nmz.oh no.1153
oh no, tajuk yang tiada kena mengena dengan isi entry ini. haha.