Sunday, September 27, 2009

a day in tumbalong park

yes, a day in tumbalong park. ceh tajuk nak bunyi sedap je. apapun, itu adalah malaysia fest 09 yang diadakan disitu. okay2 la, the day was quite windy. sejuk jugak walaupun matahari ada. namanya pun spring kan.ok2. dan ada segala macam persembahan seperti pencak silat, dikir barat , tarian hinggalah artis yang datang membuat persembahan. dan ada juga gerai gerai makanan dengan segala jenis makanan yang ada.

oh mengenai sunglasses aku yang hilang. maksud aku kena pijak okayyy. sabar je la. yes2, i know its my fault after all membiarkannya dibawah. kan dah duduk sekali lupa pulak nak amik balik, then pandang bawah je, ranap, hancur, musnah dah. aku tak boleh buat apa dah. menyirap je. adeh. itula, lainkali berhati2 okay n jaga barang itu elok elok. sayang tau, penat jaga tuu. dahla sesuai dengan muka aku jugak benda tuh. sedih gak la lagipun benda yang dah lama dengan aku. jauh je bawak jalan. macam macam tempat dah. sabar je la. itu dulu ada dalam kereta innova dulu lagi, kemudian aku sibuk sibuk nak jugak, amikla. hmmmmm. apepun, kau tiada pengganti okay, kalau ada yang serupa dengan kau, aku fikir dulu nak beli ke tak. haha. sedih lg ni kot. heh.


dan persembahan artis memang mantap la. apa lagi favourite aku. hahaha. liyana fizi- estrella. dia nyanyi empat lagu dan aku ingatkan dia akan menyanyi sebanyak2nya. haha. tak da la macam tu kan, maksud full album dia ke apa ke. lagu dia yang 'heaven' dia tak nyanyi. haha. aku minat lagu itu jugak. kalau tau boleh request tak agaknya masa jumpa ambil gambar dengan dia? dua kali ambil gambar sama dengan dia. haha. lagu wajib last skali yang 'stay' tuh. dia nyanyi ternyata, take it slow, foolish senses. pergh, memang sedap. maklumlah 1st time tengok live kan. hahaha. kemudian ada one buck short yang memang rock habisss. dia punya bass gitarist siap lompat lompat pentas lagi tapi itu awal2 persembahan saje la. semangat tengoknya peminatnya kerumun pentas semua. dan ada rashdan harith yang lagu2 dia sedap jugak. dan reza salleh juga, walaupun tak familiar dengan lagu mereka, persembahan mereka memang bestt.

one buck short-drummer xnampak


reza salleh
liyana fizi estrella. bestt

rahul one buck short, liyana fizi, nung.

dan ada lucky draw juga. hadiahnya okay2 la. hadiah nak last2 memang menarik. tiket balik mas. laptop sony vaio. printer canon laser ke ape tah. adeh. pergh, if dapat satu okay gak kan. haha. balik balik semua penat je. haha
gambar yang diambil banyak sangat sangat. haha. fahan faham saje la aku ni yang suka snap gambar sana sini. haha. ini gambar yang pun sikit je. ada seratus lebih rasa? haha.












nmz.muneee.2008. a day in tumbalong park.
apepun, itu hari memang best jugak. it was okay la even the weather was quite windy n selagi matahari ada disitu, memang terbaikk la cuaca hari itu. ehe.

Saturday, September 26, 2009

392 kah

oh, sebenarnya. aku rindu dekat 392 nih. hahahaha. aku pasti siapa yang mengikuti kisah bas ini turut menantikan episod seterusnya. huahahahaha. yesss, cuti oh cuti. adeh. cepatla habis cuti ini. aku dah mengira hari dan waktu ni. dan berkenaan dengan situasi aku yang berkeinginan untuk mengisi cuti aku dengan sesuatu yang best, seperti kerja ke? jalan2?

0h yes 392, i miss you damn much. hahahahahahahahaha

Thursday, September 24, 2009

house

nak marathon pirates of the carribean kejap lagi. heh

dan aku dah nampak HOUSE season 6 punya iklan n promo di internet. di us drama ini sedang berjalan. dekat tv sini bila lagi?


mungkin agak menarik season 6 sebab house masuk psychiatric hospital bagai nak tengok.













nmz.munee.house.1951
yess,my fav.




cats

well, the picture above described it.
found this news on yahoo.com.au
here's the link btw



munee.nmz.1703.cats
erm, kesian pulak aku tengok kucing ini. tak sangka ada orang bertindak begitu kejam.
deactivated again. for my own good.

Wednesday, September 23, 2009

cuaca hari ini

yes, cuaca hari ini. maksud aku pagi tadi, tak sangka langit bertukar wajah dan warna. dari cerah biru kepada merah jingga. agak tak sangka dengan fenomena cuaca sebegini. masa subuh dah perasan dah, semacam je. dan aku tak sempat ambil gambar sendiri, hanya menikmati pemandangan sahaja.hahaha

melalui smh.com.au pula mengatakan ini adalah dust storm. yang sememangnya menyebabkan pencemaran udara semua. habis kereta kereta aku nampak diselimuti debu2 semua ni

gambar2 dari smh.com.au




apapun, ada hikmahnya disebalik semua ini. fenomena cuaca ini xlama juga, tapi kesannya banyak


nmz.munee.cuaca hari ini.
yes,aku pun mau cerita juga.

another words

we humans have two great problems: the first is knowing when to begin, the second is knowing when to stop.








yes, buku lagi. dan mungkin ayat itu pernah didengar dimana2 tapi nak juga letak n share pe semua kan.






nmz.munee.another words.1306
paulo coelho, the zahir. 29

Saturday, September 19, 2009

raya?





raya sudah tiba
ramadhan yang berlalu akan dirindui
takbir raya dah terngiang ngiang dah ni
lagu raya awal awal lagi dah berjalan dah
dan semua sibuk pulang ke kampung
menikmati suasana raya bersama keluarga tercinta
semua sepupu dan saudara mara tak kira dekat jauh
berkumpul ramai ramai
yang jauh menikmati suasana
merindui semua



dan kepada semua
nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir n batin
semoga raya kali ini membawa makna kepada kita semua:)





munee.nmz.1640.raya?
salam aidilfitri semua:)
gambar dari iluvislam.com

Thursday, September 17, 2009

hari ini

exam terakhir untuk hari ini berjaya dijawab dengan lancarnya. pergh, bunyi macam konfiden gila pulak. apepun, alhamdulillah.

lepas ni cuti. ok, cepat kata tahniah atau bersorak untuk aku. hahaha. apakah. bosannn. hampir sebulan. cukup-cukuplah. adoii. cuba cari kerja untuk tempoh yang tak sampai sebulan sangat pun. kalau aku kat sana tentulah dah bermacam2 plan diatur.. ceh, ye la sangat. situasinya tetap sama pun just keadaannya lain.





munee.nmz.1526.hari ini
yess, bercuti

Tuesday, September 15, 2009




kali ini aku letak segala award n tag (bergambar). terima kasih kepada rakan2 semua.



tag ini dari nic_fir
blognya- sukasukasenyum.blogspot.com
terimakasih sudi bagi award atas comment yang dahulu itu:)


2 award ini dari alya
blognya- miszvoxox-alya.blogspot.com
terimakasih alya



diterima dari syerah
blognya-http://ceriterasyerahz.blogspot.com
terimakasih sudi bagi award.




oh,apakah

kelas baru habis dan aku menggunakan peluang ini untuk on9 kejap. maksud aku new post? ye la, kejap lagi bertolak balik. no worries okay. gahaha. erm, kelas hari ini ok la, macam biasa. but ada tajuk yang tengah belajar kasi aku sentap n pikir lama2 jap. aku cuba aplikasikan semua yang aku rasa dan masa lalu, pengalaman la apa semua kan. kalau mau cerita smeua panjang sahaja kan, tapi mari aku bagi perkataan yang banyak diulang itu, CHANGE. hmmmmmm. perkataan itu sahaja dah ada maksudnya. dengan apa yang aku belajar lagi..bila dibuat jadi tajuk dalam subtopic dah jadi lain pemahaman kita tapi pahamla kan. panjang lagi kalau mau cerita, apa kata next post je pasal change? hmm,bukan apa sendiri boleh paham kan..untuk kebaikan kita juga semua.

oh ya, lagu lagu aku di hp kini sudah masuk mood RAYA. yesss, tadi aku sing-a-long lagu selamat hari raya dari saloma itu. tak banyak pun lagu. dalam 4,5 macamtuh. ambil yang fav je la, lagu p.ramlee tontulah adaa. my favv all the time. ayat yang best tuh, 'hanya rangkaian kata dengan lagu, dendang perantau'. yess, tan sri p.ramlee filem n lagunya sangat best. haa, aku ingat lagi lai lagu 'anakku sazali'. lirik sangat bermakna. dan juga lagu 'dimana kan ku cari ganti'. dari filem ibu mertuaku tak silap? betulkan kalau salah. lama tak tengok dah. hmmm. oh ya, tak lupa lagu sudirman hj arshad yang begitu sinonim dengan keluarga aku. haha. 'balik kampung' pergh

ok. gtg. nak gerak. ada date dengan 392 tapi tak pasti pukul berapa nak jumpa. 4.40 or 4.30?? haha. tak ingat da. ingatkan aku beli travelten dah habis.








munee.nmz.oh,apakah.1609
sempat juak ku update blog kat sitok. kelak jumpa gik, taaa

Sunday, September 13, 2009

perasaan itu

kau tau tak perasaan itu bila kau ingat dan hafal sesuatu kemudian bila mendengarnya n cuba mengikuti bacaan itu, kau jadi gagap, maksud aku. dah slow, tak ingat dah apa yang di hafal. aku ingat permulaan ayat itu. bukan apa, kalau kita ingat n hafal ikut baca sama elok juga kan. serius tadi aku macam jadi sebak sekejap masa tarawikh. ditambah lagi dengan suara imam yang macam begitu sayu membacakan alunan ayat ayat dari surah albaqarah itu. sedih gila pun ada. huhu. apa la nak jadi dengan aku ni.. suatu masa dulu aku ingat n hafal semua..sekarang macam dah pudar.. aku juga sedar ini penghafalan yang memerlukan kau membaca mengamalkannya selalu. jadi sila ambil iktibar semua dari kejadian ini, aku rasa kerdil betul..






nmz.munee.1215.perasaan itu
hmmmmm
aku tak kuat pun. kalah selalu. kalah denngan diri sendiri.

hmmmmm

sedar tak sedar. tak memang disedari pun yang masa pantas berlalu meninggalkan kita. dilihat tarikh serta kalendar, apa sahaja yang ada disekeliling boleh mengingatkan kita masa berjalan ikut waktunya. dan perubahan dari sekeliling kita yang turut membuatkan kita terasa semuanya. untuk sekarang ini yang dekat mestilah lagi seminggu nak raya kan. tu dia raya. jika patah balik pada masa dulu( tak habis2) aku raya kat sana la kan. n puasa pun dekat uitm dulu. ahaha. yess, sekarang disini. bagaimana la situasi nya pula.

dahla nanti ada cuti lagi. cukupla cuti2 ni. adehhh. kolej aku ada cuti la pulak. hampir sebulan pulak tuh. mau tak keruan aku duduk rumah je nanti. huaa. kalau kat sana boleh la aku pusing pusing seremban tuh ha. tak pun duduk kl kat rumah mak anje ke, duduk bangi ngan makteh ke mak uda ke.hahaha. jumpa kawankawan seperjuangan zaman sekolah. haha. rindu mereka. haa, balik kampung la. bestt. haha. makan sedapp. makan je keje. hahaha teringat pulak kisah kak yuli dengan 'tensen'. (rujuk la post aku pasal tensen itu) hmmm

apapun, yang harus kita semua ambil iktibar dalam bulan ramadhan ini, sejauh mana kita menggunakan manfaat n peluang sebaiknya untuk diri kita. adakah dapat jumpa malam itu. malam seribu malam. malam yang semua doa kita dimakbulkan. bagaimana kah kita menghayati bulan ini dengan segala amalan kita..dekatkah kita dengan pencipta kita..hmmmm







nmz.munee.hmmm.1600
hmm,camno nih

Saturday, September 12, 2009

TAG 3 N TAG 4

ok.aku kena tag lagi.baik aku buatlah kan.jadi ini la dia

dari pieka n teha

.................................................................................................................



5 fakta menarik tentang pemberi tag : TEHA N PIEKA


TEHA
1 : baik
2 : suka carik point nak kenakan aku kan.haha
3 : sengal sudah tentu
4 : melawak tak pasal2
5 : suka kucing sangat2.gahaha

PIEKA
1:selalu sengal..ahahha
2:pendiam if tak kenal lg
3:minat awal n kamal gila2.hahaha
4:baik
5:friendly

10 fakta tntang diri sndiri..
1 : membaca
2 : makan oh makan
3 : bila dgr lagu, dgr n tgk lirik itu jugak
4 : senyum:)
5 : di sydney
6 : xstdntuitmsmrhn
7 : banyak cakap jugak kalau dah kenal..hahaha
8 : cepat naik angin gak
9 : suka warna merah
10 :sejarah suka aku.oh..aku suka sejarah.haha


5 org yg dpilih utk trma award neh
-syerah
-munir
-zahidah
-siapa nak
-siapa mau?silakan..

................................................................................................................

TEHA

1.Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
-erk,pipi?gahaha


2.How did u feel when u woke up this morning?
-alhamdulillah sy masih ada didunia ini..


3.Who was the last person / people you took photo with ?
-tak da..dengan hp n laptop ada la..mau join?


4.Would u consider urself spoiled ?
-ops,ermmm.yes?idontknoww


5.Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
-yes


6.Do you want someone to be dead?
-erk,yes.hahahaha.kejam pulakk


7.What does your last text message say?
-dari mak:kitorang belum sampai rumah. kau tunggu je kat pintu belakang nanti


8.What are you thinking right now ?
-malaysia oh tanah airku..yeahh


9.Do you want someone to be with you right now ?
-family first.bring your heart home.haha.


10.What was the time you went to bed last night ?
-2am


11.Where did you buy the tee you are wearing now ?
-jjs2 tak silap aku.tak ingat dahh


12.Who was the last person who text you ?
-mak-khamis lepas



13.
TEN Lucky Person to do this quiz.
-anak2 en.z sila buat.gahahahha..korang gemar kan tag2 nih
yang lain silakan siapa yg mau..:)






nmz.munee.0136.TAG 3 N TAG 4
thanks sudi tag.sekiannn

hmm

i see my vision burns
i feel my memory fade with time
but i'm too young to worry








nmz.munee.hmm.0101
seize the day-avenged sevenfold

Thursday, September 10, 2009

oh,begitu rupanya

hmm. mari update sikit mengenai hari ini dan sebelumnya. maksud aku apa yang dah jadi la kan. jadi khamis itu aku ada test. ok la dapat jawab. dan macam biasa kisah aku dan bas yang tiada kesudahannya. hahaha. aku tau bas mesti rindu dekat aku punya la. hahaha. perasan. ok, then hari hari aku pun ok la. cuma aku biasa la menggelabah xtentu hala sampai nak jogging oh no berlari nak ke bus stop. sabar je la. nasib baik bas lambat seminit dari aku. dapatla aku sengih lega jap sampai la bas sampai. mencungap cari nafas aku balik. hahahhaa. dan driver bus hari ini sangat friendly. haha. maksud aku penuh senyuman, mood dia okay kot. selalunya muka yang tegas dan senyum pun tak sampai 3saat. heh.

jadi perjalanan aku ok2 je la. jika buka semalam punya cerita, aku begitu yakin dengan cuaca. biasala aku, semua benda nak konfiden yakin boleh punya, sekali bila dah kena, hah, rasa la.huhu. pergh, sekali sampai city, dah kena hujan. nasib baik tak lebat. tapi basah gak la. tapi aku tengok diorang rilek je. haha. ye la, dah biasa kan. dgn sweater aku yg ada hoodie itu sy pun meneruskan perjalanan ke kelas.

kelas aku okay2 je la sekarang. dan dah semakin stabil la dengan kelas itu. haha. dah biasa la dengan semua orang yang macam2 perangai. haha. dan lecturer aku pun okay la. sporting gila. tak pernah lagi aku ngantuk dalam kelas dia. hahaha

dan perkara paling best bagi aku adalah masuk kedai buku. perghhh. aku suka. aku suka.
hahaha. rasa macam nak baca semua je. ahaha. n aku baru berminat nak baca autobiografi/biografi. haha. best pulak. hmm. ada la yang lain juga. hmm. aku ada target buku ni tapi harga agak mahal disitu n kumpul duit la jugak lagi untuk ini. kot dapat usha ayah untuk buku2 itu kan best. ahaha











nmz.munee.0106.oh,begitu rupanya
oh ya macamtu laaaa

TAG 1

oh ya. akhirnya aku post jugak pasal tag n award2 bagai ni. nanti tak buat, ada yang bising nanti. hahaha. terimakasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi tag saya. saya amat menghargainya.

TAG ini dari : munir dan syerah dan zahidah

..............................................................................................................................................................................
1.Apa perasaan saya sekarang?
- hmm, ok je

2. Saya nak makan?
- jangan ditanya.huahahahahaha

3. Impian saya?
- berjaya dlm hidup. gembirakan mak ayah. just be the best for myself.

4. Haiwan yang saya tak suka?
- hmm, haiwan xsuka aku kot? hahaha. tah la

5. Saya harapkan?
- ramadhan dan raya kali ini penuh makna. n balik sana. insyaallah

6. Jika boleh putarkan masa?
- pergh, cukuplahh soalan camni. tak payah la.

7. Saya pada 10 tahun akan datang?
- wah. only Allah know whats the best for me. :)

8. Handphone saya adalah sebuah?
- 5300 express music yang tak boleh dengar suara org bila cakap. haha.

9. Saya pernah bercinta sebanyak?
- ermmmmmmmmm, 2?

10.Saya suka pada?
- orang sekeliling saya. dah

11. Kawan2 saya?
- best. marila berkenalan.


12. Pernah dikhianati?
- tontulah.

13. Apa yang anda hendak lakukan terhadap dia?
- siapakah? tak payah la.biar je

14. Senaraikan 8 orang untuk ditag?
- teha
- pieka
- alya
- dan siapa2 sahaja




ok.sekiannnn untuk kuiz ini..dah jawab ni haaaa.sekiannnnnnnnnnnnn

Monday, September 7, 2009

tekateki

duduk duduk seorang diri
dari jauh nampak bayang bayang
cuba berdiri untuk nampak lagi
tapi akhirnya tinggalnya seorang








nmz.munee.2109.tekateki
haa,jawapannya

Sunday, September 6, 2009

kesannya.

kesannya sangat dalam
jika dibandingkan dengan lautan dalam
sedalam itulah kesannya
yang cuba diselami untuk dirinya
untuk sekian kalinya

kesannya sangat luas
seperti bayang bayang disangka tubuh
walaupun nampak jauh
sedar juga ia bagai sesuatu yang tak pasti

kesannya bukan sekejap
untuk setiap langkah yang dihadapi
sungguh semuanya mempunyai kesan
sampai diingat tanpa tahu sebab untuk melupakan

janganlah begini
kesilapan yang dulu jangan ulangi lagi
ambil perhatian sila beri tumpuan terhadap semua perkataan yang dilontarkan
segala tindakan dan perbuatan
untuk kebaikan kau dimasa hadapan
yang sudah tentu setiap darinya mempunyai kesan







nmz.munee.kesannya.0101
hmm.......

kerinduan

semalam kami sekeluarga 3g atau videocall dengan keluarga di malaysia. semalam ramai2 kumpul rumah mak anje di damansara. semua orang ada disitu. atuk, maktuk, paknyah n family, makteh n family, pakcik n family n mak uda juga. ye2, family ayah long disydney. haha. memang best n kasi jeles aku je tengoknye..cemburuu gila kalau bab makan makan n kumpul ramai2 nih. haha banyak lauk oooh. hahahaha. makan je tau. apepun, kumpul ramai2 time weekend adalah aktiviti wajib family kami semua. gilir2 la mula2 rumah siapa kan. hehe. lepas tuh mesti kampung punya. masjid tanah,melaka..yeahhh


oh yes, teringat dekat pakcik ada sekali masa videocall tuh dia cakap, "lu pahal usha gua??" hahahahaha. habis kitorang gelak semua. biasa ah pakcik. yang semalam punya videocall kan, habis aku kena sakat. hahaha. "eh2,munee dah gomok la." aku hanya mampu gelak je.hahahaha.




zara yang comel. anak pakcik



kat seremban pun sama. kumpul rumah maklang ramai2 selalu. dan semua sepupu kau ada kat situ. best gila. oh ya, tak sabar nak jumpa anak sdara yang baru lahir kiranya. alang punya anak, farid ikram. waa,comel gila. kak ngah ada letak gambar dekat facebook. oh, comelnya. dan ada gambar abangnya si farid iqbal yang semakin nakal itu kata kak ngah. hahaha. oh lagi anak kak ju, nabilah. comel dah semua. rindu dengan sepupu2 dekat seremban nih. bila dapat jumpa semua n lengkap ramai2 lagi ni, tak sabar pulak. haha.









nmz.munee.kerinduan.2138
family first.bring your heart home.heh

Saturday, September 5, 2009

kenapa begitu serius?


rasa macam dah lama pulak tak update.hahaha. ok. mari teruskan. tajuk pulak macam serius je. haha. ok2, mungkin sesetengah orang yang suka ambil serius terhadap sesuatu perkara sampai ada kesan pula nanti dekat orang sekeliling kan. jadi janganlah macamtu, cuba la senyum sikit. haa, kan elok tuh.
bak kata joker dalam the dark knight. " why so serious??"
"lets put a smile on that face."

haha.besttt.




nmz.munee.0011.kenapa begitu serius?
apakah

Wednesday, September 2, 2009

eh, videoklip apa ni

hari ni aku sempat buat video klip lagu semasa tunggu bas. nasib baik hari cuaca baik jadi aku mood ok sikitlah kot? haha. tah la. muka aku sekarang camni: :(. setuju?hmm. pasal bas jugak la, sampai hati dia cepat lima minit awal. depan mata aku pulak kira macam lagi 30 langkah nak sampai bus stop kan. nasib baik aku tak mempunyai benda yang memudaratkan untuk kasi calar or letupkan tayar kasi tinggal sebelah je masa tuh. ok, berbalik kepada kisah video klip tadi, penyanyi dan pelakonnya aku la kan.hahahaha. gila la, sempat buat satu lagu masa tunggu bas sampai.and then dah naik bas jadi lagu lain pulak. nasib baik tak da dendang perantau dan balik kampung dalam hp, kalau tak konfem aku dah buat videoklip. bukan setakat videoklip, aku siap sing-a-long dan karaoke sekali.

tak mengapa. balik ni, kita tambah lagu dalam hp nih. masuk mood raya pulak.
ye, i know. again right. jadi kesimpulannya...







nmz.muneee.1625.eh, videoklip apa ni
separuh perenggan diatas adalah kisah benar n sebaliknya palsu. tetapi ia kisah benar untuk hari ini. aku baru ingat nak usha bookstore tapi cam tak sempat je. esok je la