Monday, May 11, 2009

jalan

rabu, 06052009

hati terasa sayu ,
bila terkenangkan masa lalu
banyak jalan yang dilalui namun yang pasti
satu jalan yang aku miliki
jalan ini yang bakal menjadi persembahan di masa depan
namun akibat salah percaturan
masa ini ibarat terbuang dan sia sia
aku mahu kembali ke pangkal jalan
kembali pada saat aku punya banyak kekuatan
untuk meneruskan perjalanan
mahu kembali ke pangkal jalan
ianya seakan terlewat untuk dimulakan perjalanan
sungguh tak dapat digambarkan perasaan
hati ini mahu keluarkan segala yang ada di dalam
tidak mahu terus menyimpan segala perasaan
kerana aku yang merasakan segalanya
ya, aku memahami jalan ini semakin berliku
aku tidak mahu tersalah jalan lagi
cukuplah banyak liku liku
cukuplah segala kesilapan dan kesalahan

Ya Allah,berilah kekuatan pada diri ku ini
tambahkan keyakinan dan kuatkan iman
sungguh tak mahu tersungkur lagi
di jalan yang sedang dilalui ini.



munee.nmz.jalan.0200am.semua jadi ada hikmahnya.

No comments: