Thursday, April 1, 2010

jangan

jangan bertindak mengikut hati dan perasaan
kelak musnah cita cita dan impian
jangan dikenang kesilapan lalu
nanti terbayang bayang hingga cuba mengubah diri kembali seperti dulu

jangan toleh ke belakang
nanti masa yang ada terbuang
jangan dikenang apa yang terjadi
kelak nanti memakan diri

jangan cepat membuat kesimpulan
kelak tersilap dalam percakapan
jangan dihirau pandangan mereka
nanti selalu difikir tidak bergerak kerja kita

apa yang baik diambil kira
yang buruk tolak kerana itu penghalangnya
tunjukkan pada mereka kita boleh berjaya
membanggakan mak ayah dan juga keluarga




munee.nmz.jangan.1410.2323
jangannnnn.

Sunday, March 14, 2010

kehilangan


ya, kehilangan. barang yang sudah lama ada dengan kita tentulah rasa kehilangann itu amat dirasakan hingga kini. buka peti harta karun yang simpan segala jenis brooch yang ada, tengok dia, rasa nak guna tapi jarum dia dah patah.


dan dia ada bunga dengan 8biji batu hitam..hilang 2 tinggal 6.
yes, i'm missing you damn much. T_T sedih sedih.




selamat tinggal brooch kesayangan. kalau dapat dibetulkan lama sudah buat. sejak tahun 2004 dulu kot. adoi la. sayang sayang

banyak kenangan ini. jangan main2.dia lah satu satunya brooch yang selalu digunakan. setia betul. dan kalau hilang, perasaannya tidak dapat digambarkan laaaa.bila dah jumpa muka dah happy balik senyum sengih lebar lagi.


macam emak cakap setiap benda ada pengakhirannya. dah lama hidup. terima lah kenyataan itu.
goodbye mybrooch. i love you.


nmz.munee.kehilangan.150310.0027
ok ini post beberapa hari lepas dan maka baru published hari ini. haha




Friday, March 12, 2010

yeah,sesi lirik lagu kembali

like a clown i put on a show
the pain is real even if nobody knows
and i'm crying inside
and nobody knows it but me




tony rich projects-nobody knows


nmz.munee.120310.2220
yeahh,i'm back.haha. apakah tiba2 lirik ini kan. suka bahagian ini dan keseluruhan lagu sudah tentu.haha

hati aku berderai lagi untuk ini T_T


ya. bosan bukan entri berkali kali mengenai ini. terjadi pada malam semalam ketika aku bersemangat nak start buat assignment. haha. ye la, tengah faham n ingat lagi apa yang nak mula. sekali bukak laptop, pergh. rilek rilek tekan mana yang faham macam terjadi dulu. sekali dia macam tu jugak. huaaaaT_T

lepas tu aku pun mula menggelabah. haha. suara dah lain masa cakap dengan syerah muka pun sudah tentu. lepas tu aku mula dengan kerisauan yang tidak hilang sampai sekarang. huhuuu. maklumlah ilmu mengenai laptop tak mendalam sangat sampai jadi lagi.

ye kini menyambung buat segala assignment dekat komputer luar. mengenai segala gambar2, kerja2, lagu2 dalam tu marilah kita sama sama berharap supaya tiada yang hilang juga. huhuu. dan doakan aku dapat selesaikan semua. dan sudah tentu laptop sihat sihat semula. yeahhh




munee.nmz.120310.2201
i'm sorry laptop. i promise i'll take care of you properly alwayssssT_T

be strong otherwise you will go wrong

dekat mana sekarang ni anda munirah?sila fikir elok elok.tolong jangan ingat selalu benda dah lepas tu. anda boleh. sekarang fokus masa depan tolong jangan pandang belakang. mengarutla nak sedih2 down2 tak tentu pasal ni. cheer up, pergi makan laaa kau ni. tiada yang kekal buat selamanya pun. tak kisah la apa pun. be strong otherwise you will go wrong and i'm sure you dont want that kan. dah la. sambung buat kerja tu. benda dah lepas dah la. mengarutla tiba tiba sejak akhir akhir ini, kenak kau? jangan macamni okay?





nmz.munee.be strong otherwise you will go wrong.120310.2149
mengarutlahh. sila senyum okay.


Wednesday, March 10, 2010

adakah disana

assalamualaikum.ye adakah disana. hello hello.

apa khabar semua?sihat?ok?baik kah situasi semua sekarang. lama gila tak update. ye blog, i miss you so much. sorry for ignoring you for about four months. haha. bersawang?berhabuk kah?yo la tu nmz ni. apakah itu, jadi jangan risau. akan cuba diupdate selalu mulai hari ini?

maka didalam draft rupanya ada dalam 20 yang tidak dipublished, separuh cerita, setengah berita suka duka gembira, berbagai perasaan yang dirasa mahu kongsi bersama maka tinggal begitu sahaja. sudah lama tidak update inilah jadinya. adoila nmz ini

oh ya, sesi membaca blog oleh blogger lain tetap berjalan lancar seperti biasa. diam diam kita berjalan membaca cerita, pandangan, pendapat dan situasi hari hari mereka. senyum senyum sendiri dan berbagai perasaan lagi dicampur ketika memahami isi. nak comment pun rasa lain sebab blog sendiri pun tak diupdate ye tak. haha

ye mengapa tidak publishkan semua itu? hmm, entah. ok entah bukan satu jawapan tapi satu alasan untuk tidak okay. dah2, kalau nak publish semua tu sila publish okay takda hal cuma tarikh itu pandai2 la nanti



*yer syerah, aku update dah

nmz.munee.0040.110310.adakah disana.
yeahhhh, update sudahh. hahaha:D

Friday, December 18, 2009

lama

selamat menyambut maal hijrah semua. semoga tahun yang mendatang lebih baik untuk kita menghadapinya dengan penuh tenang dan gembira semua. insyaallah tahun ini kita dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik lagi untuk diri, keluarga dan semua.

oh ya, esok bertolak ke melbourne dengan kereta pukul enam pagi nanti. sampai 22 disember ni.

lama betul tak update blog ini. rasa semacam pulak. rasa tak nak tulis pun ada dah..hmm




munee.nmz.2121.lama
apakah perasaan ini

Thursday, December 17, 2009

well, hello there

ok ok. agak lama tidak update blog. rasa pelik pun ada. haha. singgah singgah ke blog org lain sudah tentu setelah lama tidak buka blog ni. membaca pandangan mereka terhadap sekeliling dan aku semacam hilang sesuatu je dan tak dapat nak cari semula. macam macam jadi sekarang yeap. ramai orang berubah mengikut perubahan cuaca mereka. dan aku sebenarnya baru bermula cuti yang agak lama. summer yang panjang ini hampir dua bulan. hmm, nak cari kerja tak dapat dapat, haha

maka tidak diketahui lagi bilakah tarikh balik yang sebetulnya. ditunggu tunggu juga tarikh ini supaya yang dirancang menjadi. tapi ada sedang belajar jauh jauh belum tentu dapat jumpa juga...

dalam draft ada dua tiga entry belum post lagi. haha. simpan simpan jangan post. sabar je la. ada dalam salah satu entry tu cerita mengenai nelson bay ini..
dan dah mula berjalan jalan cuti cuti sudah. baru baru ini ke port stephens, nelson bay selama 4 hari 3 malam tak silap dan kalau ke depan lagi sudah masuk ke highway untuk ke adelaide. minggu depan ke melbourne pula. yeahh.



nmz.munee.1443.well, hello there.
well, hello there?how's life anyway?everything's fine?