Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

matanya berkaca lagi

matanya berkaca lagi
mengenang masa silam
yang tidak dapat diputar kembali
jadi dia harus memandang ke hadapan
walaupun jalan nampak suram

matanya berkaca lagi
mengenang emak ayah serta keluarga
yang harapan tinggi melangit nak tengok dia berjaya
yang nak melihat dia berubah & berdikari sepenuhnya

matanya berkaca lagi
mengenang yang telah tiada
segala kenangan dan ingatan tak akan dilupa
dalam diam, alfatihah disedekahkan kepada mereka

matanya berkaca lagi
untuk kesilapan dalam pertuturan
yang membawa ke penyesalan
tidak dapat diundur tapi ditelan
dan senyum dalam kepahitan

matanya berkaca lagi
untuk perubahan diri yang dirasakan tidak bererti
eh janganlah mengalah, perjalanan kau jauh lagi
tunjuk pada semua kau boleh lakukan
jangan mengalah jangan mengalah
pedulikan walau apa jua halangan





nmz.munee.1333.260911.matanya berkaca lagi
dan kaca pun pecah dihempas kuat ke batu,maka berhati2 lah dia mengutip serpihan disitu

Thursday, June 23, 2011

pengalaman dan kegemaran : kebab

Dalam kalangan orang yang lalu lalang melihat lihat gerai yang di bahu jalan itu, datanglah kami berdua mencari makanan juga..maklumlah pasar malam. masing masing sudah ada target atau makanan yang nak dicarinya. namun aku pada hari itu target sudah dikenal pasti dari jauh. dah pusing pasar malam 2 kali dah sebelum nak jejak kedai yang mana. mata aku meliar mencari makanan itu, cuba teka apa diaaa. ha kebab ye. alaa kebab roti pita tu. kegemaran saya ye kebab yang mesti dicari lah dipasar malam. sedapppp


maklumlah pada hari selasa itu , aku puasa sunat rejab sebenarnya jadi semangat untuk berjumpa makanan kegemaran tu lagi lah.paham je lah munirah ni bila jumpa makanan kegemarannya bagaimana kan.

dua kali pusing pasar malam tu, ada la jumpa 3 , 4 gerai kebab. yang payahnya nak membuat keputusan gerai mana nak disinggah n belinya. poning den. memikirkan kebab sama seperti mencari nasi kerabu di pasar malam. gerai mana yang sedap atau banyak orang, maklum lah masih dalam sesi berkenalan dengan pasar malam sini.

haaa lagi kebarangkalian untuk kau jumpa penjual kebab perempuan amat payah. kenapa? kenapa? tak ada yang minat menceburi bidang ini ke..aku sampai bercita nak meniaga kebab pun ada tapi cita2 itu dibelakang cita2 nak buka kedai buku. ok ini cerita lain sambung pasal pasar malam kau ni

tengok jam dah pukul 6.30pm. ok kena cepat, kena cepat buat keputusan, barang2 makan2 lain dah beli dengan munir. tapi masa tu munir pergi cari taufu fa putih tak silap.

ah jalan punya jalan, nampak la gerai kebab ni. tak ada lah ramai yang menyinggah, cuma mata2 pengunjung pasar malam je nampak mencari2 apa yang dikehendaki mereka. aku pergi lah. dah lambat ni. maka order lah kebab daging roti pita satu!

tunggu punya tunggu, aku perhati la gerai ni, dia menjual benda2 bergoreng sekali, macam ayam goreng, fishball nugget apa semualah. masa tengok orang yang menyediakan kebab tu dia macam teragak2 jugak gayanya, mungkin awal 20-an , sederhana tinggi orangnya n nampak macam tersengih2 tak bersedia. aku diam yo la menunggu kan. tapi yang bestnya tu kat belakang dia ada tauke gerai tu memerhatikan cara dia menyediakan kebab tu. budak ni baru kerja agaknya.hmm

lepas tu..aku tengok cara dia buat. memang lah tak nampak kan tapi apa yang aku nampak. sayur banyak, sos cilinya banyak. tapi daging nya banyak jugaklah nampaklah daging dia welldone siap kan.caranya dia macam nak tak nak buat pun ada...ish..muka aku dah ok dah siap , bayar 3.00 terimakasih.

alhamdulillah sudah masuk waktu berbuka.selesai dengan kurma n nasi ayam berempah, tibalah masa untuk kebab. yahooooooo. dengan senyum2 bismillah aku makan kebab itu. lepas 3,4 gigit. aku berhenti.muka aku dah berubah dah.terus berhenti aku makan.

terdiam lama aku.kecewa.apa begini dia harus lakukan pada kebab. membuat makanan itu adalah mesti ada dengan perasaan nak buat, bukan tak nak. aku nak marah2 pun tak ada gunanya. kecewa lah yang penting n sudah tentu aku memang pangkah gerai kebab tu! tak akan ku singgah lagi. tengok lah bila lalu nanti memang aku bagi renungan mata tajam lah kalau dapat. ish ish. memang tak jejak lagi laa. kecewa geram semua ada. sebab tu la kebersihan diri terutamanya harus diutamakannn.



dan pada itu, satu perasaan dan pengalaman serta merta keluar di ingatan...

...............................................

lokasi di pasar malam ampangan, seremban. tahun tak ingat bila tapi dah bertahun2 dah tak rasa sebab dah lama tak singgah pasar malam ampangan. harap gerai kebab tu ada lagi. ok2 ini dia

"bang, kebab daging satu.'' kata ku dengan penuh bersemangat. mata aku bersinar2 tengok daging2 yang digorengn dicincang bersama hirisan timun n kobis. cili , mayonis semua lengkap lah. apa lagi harumnya bau daging n ayam yang digolek2 menegak tu. fuhh

''nah dik, siap."dengan pantas abang kebab yang berbadan tegap n mengikat key/bandana di kepalanya sambil senyum tetapi tangannya pantas menyediakan kebab2 yang lain

"yeah terima kasih bang. "sambil tersenyum lebar aku menyerahkan 2.50 sen

dah dapat kebab , maka gembiralah perempuan ini berjalan menuju ke keluarganya yang menunggu di gerai air soya. sampai sahaja di rumah, makan malam n kebab pun sudah dimakan. alhamdulillah.

perasaannya bagaimana?
ya allah sedapnyaaaaaaa.memang aku teringat2 lah sampai sekarang, dengan rasa daging yang diperap tu..bila goreng naik bau nya.fuhh.menikam jiwa. kebab tu cantik je. isi nya pun elok. sama banyak, sayur n dagingnya seimbang, kalau daging pun lebih tak ada salahnya. mayonis pun. bagi aku mayonis itu penting dalam mana2 pembuatan burger atau kebab atau yang sewaktunya.

dalam hati aku selepas makan tu, semoga perniagaan kebab itu maju n sentiasa ada sampai bila bila.
...............................................................


kebab akan sentiasa menjadi kegemaranku. aduhh teringat kebab sydney yang sebesar lengan . hirisan dagingnya besarrr. boleh mintak mayonis banyak atau bbq sos nya. aduuhh, naji's kebab n eastlakes kebab! ah nanti la cerita dengan kebab sydney pulak. hahahahahaha



nmz.munee.230611.1326.pengalaman dan kegemaran : kebab
aku berhenti makan sebab jumpa RAMBUT. do i need to explain more? no.

Saturday, June 18, 2011

dan aku masih disini

yo blog, apo kabar?sihat? den ingat yo nak update tp xdapek nak carik bilo yang patut eh den bukak blog ni. den ado yo kek sini. camni yo...

aku tak tahu macamne nak mula kan semuanya, namun banyak cerita n label baru untuk post yang nak dirasmikan. tapi banyak untuk kisahbas+392 aku. ok tak habis2 dengan bas kan. tapi itulah aku dulu bas lah yang teman. untuk setiap hari2 yang aku lalui, bas aku ada je teman. tak kemana dia, ada je. notes hp aku penuh saje ni, nak baca? nanti la. den tulis2 sikit.. i need to talk. ye lah cakap2 dengan orang lain apa semua. tp aku tulis meluah2kan apa rasa sebab entah la :( i feel sad, because of myself. sebab kan bila kau dalam perasaan macamni kau sedar, kamonn. dont be like this. cukup2 lah dulu, nak muntah ok tengok isi blog yang macam ni.

dan dan aku nak letak gambar2 dari E71 kesayangan. n cerita2 sikit2 lah..best ok..bayangkan ado 4903. malas nak pindahkan ke laptop , sebab kalau2 rindukan sydney, itulah ubatnya. ahhaha tak lah nanti dia hilang siapa nak ganti?siapa?siapa?sebab laptop ini ada 2kemungkinan.paham2 je lah

haaaaa cerita pasal laptop. :(( laptop aku pun sama je ceritanya. huaaaaaaaa tak da lah, sebab dia dah tak boleh on. lepas tu ada laptop lain..maksud aku laptop baru huhu i know i'm not suppose to be sad ke apa tapi entahlah...nanti lah aku bebel pasal laptop , lamo xupdate pasal laptop/netbook kat blog ni




nmz.munee.180611.1850.dan aku masih disini
n n about me. hmmmm let me see. haha nanti lah. wait. yang kat atas tu semua pasal aku lah kan. apo aku merepek ni. aiyo


Wednesday, March 30, 2011

sila baca dengan senyum selebar2nya okay? :D

yes, you read the title. and make sure you are smiling from ear to ear, show your beautiful smile and please jumping around the room or move your body left right left right left right, non stop for now.

* ya sila baca dengan mood excited ye dan kerana itu yang aku buat masa baca email itu. n yes masih lagi dalam mood itu sebenarnya. aaah, mari sambung cerita laaa

alhamdulillah. dapat berita yang tak disangka , my missing box is alive. woohooooooo, excited excited,hahahahahahahahhahaha yesssss, this is the feeling when i read the email about my missing box. ingat tak post yang ' here is another secret ' tu ? sangat excited ye rakan rakan n pembaca2 sekalian.

i cant describe my feeling when i read the email n all i know is i'm staring at the screen for 5 min and then my face expression begin to change. dan aku mula la * rujuk perenggan pertama * ahhahahahahahahaha aku dulu punya sedih teringat2 sampai mimpi2 buku2 tu...sabar je la...n yes its alive! tak sabar nak jumpa missing box itu. dan berharap segala isi2 didalam nya sihat2 belaka. isi2 nya ialah buku2 kesayangan, files2 study diploma dulu, notes2, note book , journal etc.

aku ada follow up dengan MAS missing luggage time tu, tapi dah habis berurusan hantar borang etc, sonyap yo sampai la rabu minggu lepas. dapat email pasal missing box itu. yang aku ni pulak baru check email isnin lepas, sebab tak selalu check email. tau2 tak lama lagi sampai. insyaallah. yeahhhhh :D :D :D :D

maka lain kali tolong jangan careless whisper george michael sangat okay. *suka pulak ayat tu sebab lagu tu best n ada perkataan careless , ok tak ada kena mengena saya tau itu *
aku ingat lagi masa kemas tu , kau mengambil masa 2jam semata2 nak masukkan n pilih mana buku yang nak masuk kotak yang akhirnya kau lupa tulis nama, alamat, no telefon etc kat kotak tu, ye lah senang lah carik or kenal kan


and the important thing is, i can't wait to read them all over again n again n again. :D





nmz.munee.300311.0335.sila baca dengan senyum selebar2nya okay? :D
dan email itu dari Brisbane Airport, Queensland. jauhnyaaaaa, nak ikut

Saturday, July 3, 2010

lagi sebulan laptop

ye aku ingat lagi saat saat aku menerima kau dalam hidup aku. It such an overwhelming joy for me at that time, tak sangka betul. Truly, i really really appreciated you in my life. Terima kasih ayah emak kerana memberi peluang pada saya untuk memiliki laptop sendiri.

my 18th birthday gift ni.aiyo,masih lagi simpan message yang ayah hantar dulu masa tu tapi sekarang dah terkubur bersama nokia5300xpress music kesayangan.ini lagi satu cerita.huaaaaa

Ok ok.mengenai nokia itu sudah cerita kan, rilek rilek la.adehh. panjang lagi jadinya nanti. Apapun, ternyata kisah laptop menjadi sebahagian dari hidup ini. Lepas tu banyak pulak aku menulis pasal laptop sahaja, dekat buku aku macam essay 6 muka surat dah n ada puisi pendek pasal laptop dah dekat 5. Eh banyak la juga kan. Ye lah setiap tulisan yang dicerita ada makna walaupun hanya tiga baris cuma.

oh ya, laptop aku sihat2 saja. Dah baik malah berfungsi sepenuhnya, cuma kena update antivirus apa tah.dah outdate kot.somebody helpp.n cable charger laptop la situasi nya ni..sebab ia turut digunakan di laptop lagi satu sebab brand yang sama dan chargernya rosak juga.bagus kan. Dah tu malam last tu aku cuba la betul betulkan untuk kali terakhir sebelum harapan dimusnahkan oleh bateri laptop yang tidak dapat bertahan.sudah otw sampai. Ayah kata kena order lagi senang dan aku tak tau berapa lama lagi dia sampai. Rilek rilek mun.ilek pok


Situasi terkini
charger cable laptop kini sudah tidak berfungsi
Tidak tahan dengan lama panasnya ia digunakan
Atau wayarnya yang ditekan selama masa ia bertahan
jadi ambillah pengajaran untuk kegunaan dimasa hadapan
Jangan berkira siapa guna kerana di akhirnya ia kembali pada kita juga



Ketika laptop terpadam
Hati turut tenggelam
jauh ke dalam larutan malam





nmz.munee.3710.1350.lagi sebulan laptop
Ye lagi sebulan umur dia 2 tahun.

Thursday, November 19, 2009

terakhir

untuk satu persahabatan yang dihargai setiap saat dalam ingatan dari mula berkenalan
yang hari hari diingat tanpa diketahui bagaimanakah yang sana semua perasaannya
mungkinkah terlalu lama dan dikira jarak jauh serta perbezaan masa
yang tidak diketahui adakah bakal berjumpa lagi nanti
setelah kali terakhir semua yang telah dikenali disapa dengan harapan akan berjumpa semula
walaupun hanya internet penghubung semua selagi dapat dihubung maka cubalah sebaiknya
tidak kira yang jauh menuntut ilmu disana, atau yang kini sedang bercuti gembira pulang berjumpa keluarga semula, dan dimana sahaja mereka berada
anda tetap diingati walaupun tidak tentu lagi masa berjumpa lagi nanti








munee.nmz.2333.terakhir
ish , apa aku niiiii

Sunday, November 15, 2009

slowly

slowly, it kills you.
so, please stop. please think carefully for the consequences of your action. and you are going to spend all you day remembering everything. from the beginning, the moment you walk out from that place, the people and the environment, the studies and all the memories. eveything laaa.
please stop.







munee.nmz.slowly.1308
come on, please buried it somewhere else. everyone is already moving foward. sekian.

Friday, November 6, 2009

tulisan coretan

tadi aku membaca kembali segala entry entry lama dulu. banyak juga yang aku dah tulis yang sudah ada didalam ini dan segala comment comment yang pernah dihantar oleh semua, aku sangat menghargainya. untuk pembaca pembaca juga yang sudi singgah terima kasih juga.:)

sebenarnya nak cerita mengenai tulisan coretan ini yang banyak aku tulis dibawahnya yang seiring dengan apa yang aku rasa semua. kalau yang bawah label mengarut itu tak semuanya mengarut juga yang kadang kadang aku tak tahu nak label apa. haha. sejak dah berlabel label ni, maka ada2 la saja label yang aku letak. bila membaca kembali segala yang berlabel bawah tulisan coretan yang hampir 36 banyak nya, agak agaknya kalau aku copy paste balik entry aku dulu tak ada orang boleh agak kan. hahaha. psst, rasa nak tambah lagi nanti, haha. memangla akan bertambah sebab entry baru bawah label itu. apakah

rasa aku kebanyakannya penuh dengan cerita sana maksud mengingatkan diri dalam masa cuba melupakan kenangan dan segala yang pernah terjadi dulu. move on perhaps for the decision itu dan aku masih cuba lagi. part of me is still there, try your best okay. ye la untuk satu tindakan yang mempunyai pandangan berbeza di setiap mata orang kan. aku macam jadi terdiam balik buat muka nak senyum tapi tak jadi itu bila ada yang bertanya berbagai soalan kembali walaupun dah tahu sememangnya tahu cerita aku ada disini bagaimana seolah olah i'm not supposed to be here. argh, come on. past is past la. i learned much from my mistake before and try my best for my study here now dan buat yang terbaik untuk semuanya....








munee.nmz.tulisan coretan.1816
apa ini



Thursday, November 5, 2009

suasana

ahh, suasana hujan turun itu.
rindu.
gelak tawa senyum bersama mereka
akan dirindui sehingga satu masa berjumpa semula
pengalaman disana tetap diingat sampai bila bila.










munee.nmz.suasana.2258
yer,nak singgah sana lagi

Tuesday, October 13, 2009

dompet

dompet aku banyak sampah. setelah aku keluarkan segala yang membantu menebalkan dompet itu, pergh. macam2 ada. resit bermacam tempat kedai buku, guardian la, big apple bagai, then maybank nye resit keluar duit tuh, dan bila tengok pergh,betapa berjimat cermatnya aku dulu ye tak, oh ya tak lupa juga kfc kota samarahan, ciss, dinner plate, cheesy wegdes sabar je laaa. yang membanyakkannya mestilah resit resit itu. dan yang penting, tiket pergi balik kl-kch haha .oh tak lupa kl-syd juga..hmm

benda benda asas yang wajib ada dalam dompet ada lagi la. haha. kad pengenalan muka kelakar gila. tak sabar nak tukar yang baru lagi. haha. gambar saiz passport tak lupa juga ada. dompet itu juga masih dalam keadaan elok lagi, selagi elok guna saja. dan bila nak kosongkan dompet aku dah terdiam. macam macam ada




munee.nmz.1736.dompet
simpan selagi boleh.....

Saturday, August 15, 2009

dan aku tak kan lupakan semua ini

aku teringat life aku dekat uitm sarawak. walaupun aku tak lama mana dekat situ, tapi kesan dia mendalamm oh. dari semua aspek la bila difikirkan. mak ayah aku yang banyak berkorban untuk aku..huhu. kalau nak cerita satu satu, memang banyak la. iye la, macam2 kot. aku pernah la sekali call ayah aku tengah malam, haha. then if aku ada rindu dengan makanan mak or apa2 yg aku nak dari sana, on the right time pulak tuh aku mintak time ayah outstation kat kuching dulu. then dapatla semua. roti gardenia. spaghetti mak. haahaha. then ofcourse la cerita pasal aku ni. aku ada gak usha ayah pasal laptop dulu, time tgh2 study sana maklumlah kan.haha. aku cakap je, but then surprise, masa ayah datang kuching tuh laptop datang sekali. wuhuu. sempena my 18th birthday dulu. terima kasih ayah. dan kini laptop berumur 1 tahun. yeahh. haha. aku sayang kau sangat okay my laptop.

serious banyak gila kenangan. haha. dari pengalaman belajar sini, kawan2 n semua. kalau mau cerita semua tak dapek la kan sekarang. hahaha. dan aku masih hafal segala lagu yang aku pernah tau dan terutamanya "ibu pertiwiku". lagu negeri. hehe. then uitm nye lagu, ingat rasanya lagi. hahahaha. then semua orang dan member yang aku pernah jumpa walaupun kejap atau lama dah kenal. aku tak kan lupakan semua la walaupun macam2 jadi. heh. hmm, walaupun dalam hati kata tak suka ke tak nak ke, sooner or later memang aku sayang kau sebenarnya wahai life disana, no maksud aku uitm sarawak kampus samarahan itu. memang. bila dah tak da, kesannya memang la terasa sangat sangat.


dan aku tak akan lupakan aku pengalaman aku 'kelakar sarawak'. best oh. hahaha. lain bahasa sana, dan lain daerah lain jugak bunyinya kan. tapi setakat yang aku tau ni. okay la, cuma kosakata tak bertambah dah sejak dok sini..hahahahaha. so, macam best la bila kau dapat cakap satu lagi bahasa negeri lain. loghat nogori den pun xlapeh laei.xda reti sgt pun. hahahah. terima juga kepada semua dan persekitaran sana. tapi best la apa lagi kalau kau reti cakap n paham pe semua. tak da la pandai sangat cakap pun kan tapi aku paham dan boleh cakap. yeahh. haha.


-muka flight delay masa balik dulu.hahahaha


no matter what people said, or what happened to me before, yeah u should smile for what you have before this and take it as a lesson to you. just remembered everything n move on la kan. is up to them on how they judge us, whats important is you know what is right and wrong. dan aku pasti satu hari nanti aku dapat juga singgah sana balik. nak jugak. haha.


-lupa nama tugu.kat kuching yang penting.heh


nmz.munee.1759.dan aku tak kan lupakan semua ini.
yes, its me. heh

Friday, August 14, 2009

makan lagi

aku teringat suatu petang ketika makan bersama dengan kawan aku...

"laa moon, makan je la taugeh tuh. sedap la sekali dengan kueytiaw."

"ah,xmau. kueytiaw tanpa taugeh kan lagi sedap."

hahahaha. aku tak kan lupa tuh. aku boleh lagi pertikaikan kenapa taugeh mesti ada dalam kueytiaw. hahaha. xtau pulak camne boleh aku suka asing kueytiaw ngan taugeh nih. mereka harus dipisahkan la yang penting.hahahaha










nmz.munee.0237.makan lagi
yer,lepasni aku cerita pasal makanan lagi. hahaha.

Saturday, August 8, 2009

bila lagi boleh ni

"eh munirah, gear 3 tak masuk ni. kan dah bunyi tuh. cuba betul betul sikit."

"cuba la relax sikit.bertenang.slow2 bawak tuh. kan tak da orang kat jalan ni."

"laa, gagal lagi? bahagian yang mana? hmm, ni mesti panik tak tentu hala lagi kan, kan saya dah cakap. cuba elok2 n relax sikit. gear tuh elok2, get ready bila traffic light merah n nak hijau. alert bila kat jalanraya tuh.."



nasihat abg pa'e akan sentiasa diingati. terima kasih kerana sudi sabar dengan saya yeap. siapa je la yang boleh tahan dengan aku if mau panik sentiasa time bawak keta. hahaha. driving instructor aku dulu. alhamdulillah akhirnya ada lesen. yeahhhh. huahahahahaha.



* teringat kisah dapat lesen n bawak kereta. time uitm pun aku tak bawak kereta langsung rasanya. jap, nak ingat. haa,ye. tak pernah. huahaha. sejak sampai sydney nih rasa nak sangat bawak kereta la. sumpah aku dah lama tak bawak kereta. tah la







nmz.munee.2255.bila boleh lagi ni
yeap,lesen aku hiasan je.hahah

Wednesday, August 5, 2009

dan aku

dan aku rasa lapar lagi. haha. sabar je la kau ni. but you know, it just a feeling dan tak semestinya kau harus makan di tengah malam lagi. merangkak rangkak jalan perlahan lahan kat dapur seolah olah tak mau bagi orang tau yang kau pergi dapur. ah, tak berkesan. en.z confirm tau punya la,huahahaha.




kemudian aku tiba2 teringat yang ada status aku kat fb pasal makanan2 sana yang aku nak makan lagi. ternyata status pasal makanan or makan pasti ada yang memberi respon masing2 la. tak pun respon secara diam. haha. apakah. kelihatan banyak senarai disitu, then yang tak tersenarai lagi. ciss






okay. aku memang rindukannn yang ini. huaaa. ayam penyet. nak lagi. nak lagi. haha. raja ayam penyet. dah la baru 1st time makan. adeh. bila lagi ni. kenangan sudah makan ramai2 nih. aku percaya tak akan dapat lagi ramai2 macamtuh. tengok gambar pun jadi la. ayam penyet, i miss you. huahahaha.











dan the picture above tells it. ili buat oh time chat di ym. sabar je la tengoknya. huahaha. aku agak impress dgn ili yang kreatif ni kerana dia buat secara spontan. siapa kenal ili tau la dia memang kreatif dengan gayanya tersendiri.haha. dia suruh aku makan jugak. agak terharu disitu. haha. ili if u read my blog. i miss you so much.




nmz.munee.2233.dan aku

and its just a feeling. huahaha. dan aku ada test esok. tapi aku melekat kat blog lagi. apakah

Tuesday, June 23, 2009

1234








1.tadi aku singgah ke blog faisal tehrani. akhirnya ada juga wajah terbaru penulis yang aku sangat kagum ini. berharap satu hari nanti dapat jugak berjumpa dengan dia. ternyata tulisan dia membuka mata dan minda dan karya dia sudah tentu. tapi aku belum ada lagi karya dia dalam simpanan aku. ish. bila aku nak pergi beli ni. geram tengok balik tajuk2 buku dia yang aku pernah baca dulu. hmm, satu hari nanti aku ada jugak karya dia nanti. teringin nak baca yang ini dan mungkin aku patut baca 'Bedar Sukma Bisu' dulu? sebab The Prau With The Silent Soul adalah di alih bahasa dari Bedar Sukma Bisu itu. dari blog faisal tehrani gambar buku ini.


2.btw, do i really need this? bak kata dentist, she should n have to. haha. pandai2 kau je kan. time dentist xplain pun kau tak de. banyak cakap. haha. iye la,ayah bagitau aku. betul tapi konspirasi ini tak jadi la.haha. tak habis2 dengan kisah yang ini. adeh. hmm, tak pe2. one day. haha





3.hmm, cuaca sekarang tidak menentu walaupun musim sejuk. aku pun tak paham la. adeh. aku tengok orang lain rilek je. haha. yang tak biasa tuh satu cerita lah kan.rindukan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. heh



4. sebenarnya masih tak dapat terima hakikat aku sebenarnya bukan lagi disana. tempat aku mula2 mengejar cita2. aku rinduu sana ah. i know what a mistake kan tinggalkan semuanya tapi benda dah lepas. dan hari2 aku kat sini aku cuba kenang kembali masa2 lalu aku kat sana. cuba pikir baik buruk semuanya. adeh. tak pe, tak lama aku belajar balik walaupun apa yang aku belajar nanti tuh tak kena dengan jiwa aku. heh. jadi aku harap semua akan berjalan dengan lancar dan semoga aku dapat menempuh hari hari aku dengan baik n hati serta perasaan aku tenang sahaja. ohh ya, gambar di sebelah siapa boleh agak? ahaa ni time last day p1 dulu kot.huhu..aku lambat balik jugak time tuh. tapi lupa plak amik gambar time last day dulu, 10feb 09 lasttt. ada makna kah kalau aku amik gambar pun? hmm















munee.nmz.0249.1234
sebenarnya aku tak nak bagi tajuk ape. heh tapi isi cerita ada ok lah kan.haha

Monday, June 15, 2009

the show must go on...

hah, tak tau nak bagi tajuk apa. hmm, benda menarik yang bakal jadi nanti . aku akan buat apa yang aku sepatutnya lakukan selama aku "takda buat apa2/dok umah" atau "cuti2" lah kan bak kata sesetengah orang. aku bukannya tak ada buat apa2 pun sepanjang aku kat sini. aishh. yer2, i know. what a mistake kan tinggalkan semuanya disana. it is sad actually when u think it back on this times. it just how awful the situation for u . its hard. dan masih mengejutkan jugak bagi aku. huhu. aku macam susah terima hakikat sebenarnya. hati aku dekat sarawak lagi. aishh. masih segar lagi di ingatan semua. dah lama dah aku kat sini rupanya dan macam2 jadi jugak bila ingat balik semua. ok2, past is past.. aku cuba hadapi sebaik boleh semua ini. heh

dan doakan saya supaya berjaya menempuhi hari2 yang bakal tiba. hati dan perasaan tenang sentiasa..

but now i'm here. so, face the truth la kan. itu lah. aku pun macam tak expect lah kan. bukan apa, begitu cepat masa berlalu...



munee.nmz.0248.the show must go on....
dont worry, you'll be fine.

Saturday, June 13, 2009

cerita ini lagi


heh, gambar lagi. yer, hari hari aku tengok gambar supaya terubat rindu aku selalu. haha, agak lain je bunyi. apa apa je la kau ni.. maksud aku, dah itu yang mampu aku bawa aku kembali ke saat itu apa lagi yang aku boleh buat? aishh. hmm
dan aku tahu ayat ini; there's no turning back...
dan tak lama lagi sambung semula apa yang patut aku lakukan selama ini. rasa macam semalam aku baru meninggalkan tempat itu. rasa seperti semalam berjumpa dengan rakan-rakan. rasa seperti semalam aku menoleh ke belakang dan melambai untuk sekian kalinya pada dia.
aku bukannya tak bersedia nak hadapi kenyataan yang bahawa aku sebenarnya akan sambung semula apa yang aku patut buat tak lama lagi. tapi sebenarnya hati aku masih di sana. yer2, i know. what a mistake kan. aishh. but now, fokus lah sikit apa jadi selepas ini. past is past yer...

agak kerisauan jugak. macam mana je la rupanya nanti. yer, aku macam tak dapat nak sesuaikan diri lagi ah. bukan apa, cuaca nya satu cerita. aishh. aku nak cuba selaraskan balik waktu tidur aku pun tak dapat2. heh, macam lah kau tidur awal sangat kat sana. dan semuanya aku harap akan jadi seperti biasa la kan. seperti suatu masa ketika dahulu. ok2, pendek kata aku okay je la kan. akan cuba yang terbaikk untuk hadapi semuanya...

haa, tiada perkembangan terbaru mengenai dentist. haha. ok2, memahami situasi itu. jadi, jagalah gigi anda elok2. haahaha. nthen kira2 mlm td, ada konsert ungu weh kat sini. hah, bukan apa, kira dekat jugak ah n free kot xsilap aku, ingat dapat ke tengok tapi simpan je la angan2. haha

prejudice. ada kena mengena ke perkataan tu dengan aku.. entahla. aku tak nak la perkataan tu dikaitkan dengan aku...aku tau aku salah tadi. hmm.

ok. tuh je la kot. lain post ah story lagi.



munee.nmz7890.0216.cerita ini lagi.
iye, masih mengenai cerita aku, kisah aku..

Tuesday, June 9, 2009

cerita sikit

heh. yeap, aku tau aku dah lama xupdate kan. but now, here it is.

hmm, sejak akhir akhir ni. macam macam jadi. aku sekarang macam tak betul je. hahaha. tak de la. ok2, rasa kurang sihat pun ade. aishh, bahaya ini. mungkin sebab tidur lambat kot. heh. haa, bab tidu tuh satu cerita. aku susah lagi la nak sesuaikan waktu tidur aku nih. ye la, musim nya berubah. memang la dari dulu camni tapi entah. nak gak merasa tidur awal nih. hahaha. macam xpercaya plak aku kau nak tidur awal eh? n yer la kau tau tidur jugak bagi effect kat kau kan jadi sekarang cuba ah urus masa ko dengan lebih baik lagi. u know u can do it kan. dan hati dan perasaan aku ini. kuat touching+sensitive pulak aku sekarang. aishh, dari muka kau sekarang aku tengok macam susah hati selalu je n u had something on ur mind that make u look like u are sad. oh, come on? janganlah begitu. dan agak susah senyum sikit sekarang kenapa pulak? i know i'm not good as my heart dreams to be tapi entah lah.

ok. cerita lain. tapi masih pasal aku lah kan. heh, dentist. nak jugak letak. hmm,aku ade
pergi dentist kat sini dulu. n macam biasa lah, ada2 je kan gigi aku nih. heh, ye2, gigi tak hebat plak macam orang lain. so, gigi tuh kena tampal aku 2. huhu. agak segan disini. dgn dentist tuh lagi ah, macam ganas je. haiih, tak ade ah. ok2 je. dentist tuh cakap2 dengan ayah, gigi kena xray pulak pnjg cerita betul. selepas doktor tengok xray gigi itu, ayah lah yang tau semua cerita sebab aku tak ikut jumpa dentist kan. heh. hmm, senang cerita, gigi aku agak lintang pukang dan aku kena pakai braces? huaaa. entah. aku tak tau nak cakap ape sebab aku tak jumpa dentist lagi. argh, come on. just admit it. yer, i hate dentist. haha. tak de la, agak cuak(takut jumpa dentist pe?) jugak. adeh. aku sayang gak kat gigi aku ni. hahaha. ye la, i dont know whether its going to be true or not but i hope i t will. heh. sudah2 la, cerita pasal gigi pulak..aishh.


oh ya, mak balik ada hal nak diuruskan berkaitan dengan kerja. alang2 cuti lama jeh la. sejak 28mei dulu. dan esok 10jun mak sampai. yeahh. heh ( sydney vs seremban). hmmm


aku tak tahu apa yang nak diceritakan lagi buat masa ini kerana sebetulnya sekarang tidak ada bezanya. situasinya sama sahaja. masih dengan cerita yang sama. masih dengan hati yang sama.
i really missed my good old days and memories. huhu. it really keep on playing in my mind eventhough i try restrain my mind not to deal with it everytime. i still hoping that one day there shall be no more tears from me. ahh, come on.



munee. nmz. 0334. cerita sikit.
ahh, cukup panjang cerita itu, senang aku tambah lagi nanti.

Wednesday, May 13, 2009

gambar


friday , 15052009



hyee. salam. hmm, saja letak gambar itu. heh. yeap, the title describe it. heh. tajuk hari ini. gambar. hmm, a pictures should make a heart moves too. sudah tentulah kan. sekali tengok gembira rasa , dua kali tengok dah bermacam macam perasaan kita rasa. itu sahaja kenangan yang mampu kita ada. aku tahu yang aku tak boleh patah balik ke masa lalu bila tengok gambar tu. adehh,memang lah kan. gambar gambar gambar, itu sahaja yang mampu ku miliki pada waktu ini. namun,jauh dalam hati memang ada rasa nak letak semuaa gambar jauh jauh tak pun delete je kan. it is sad actually. jadi,hargailah gambar gambar (semua kenangan) itu kerana itu sahajalah yang bagi kita mengingati balik saat saat yang kita ada itu.

munee.nmz.1646.gambar.simpan gambar gambar anda elok elok.