Showing posts with label sydney. Show all posts
Showing posts with label sydney. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

dan aku masih disini

yo blog, apo kabar?sihat? den ingat yo nak update tp xdapek nak carik bilo yang patut eh den bukak blog ni. den ado yo kek sini. camni yo...

aku tak tahu macamne nak mula kan semuanya, namun banyak cerita n label baru untuk post yang nak dirasmikan. tapi banyak untuk kisahbas+392 aku. ok tak habis2 dengan bas kan. tapi itulah aku dulu bas lah yang teman. untuk setiap hari2 yang aku lalui, bas aku ada je teman. tak kemana dia, ada je. notes hp aku penuh saje ni, nak baca? nanti la. den tulis2 sikit.. i need to talk. ye lah cakap2 dengan orang lain apa semua. tp aku tulis meluah2kan apa rasa sebab entah la :( i feel sad, because of myself. sebab kan bila kau dalam perasaan macamni kau sedar, kamonn. dont be like this. cukup2 lah dulu, nak muntah ok tengok isi blog yang macam ni.

dan dan aku nak letak gambar2 dari E71 kesayangan. n cerita2 sikit2 lah..best ok..bayangkan ado 4903. malas nak pindahkan ke laptop , sebab kalau2 rindukan sydney, itulah ubatnya. ahhaha tak lah nanti dia hilang siapa nak ganti?siapa?siapa?sebab laptop ini ada 2kemungkinan.paham2 je lah

haaaaa cerita pasal laptop. :(( laptop aku pun sama je ceritanya. huaaaaaaaa tak da lah, sebab dia dah tak boleh on. lepas tu ada laptop lain..maksud aku laptop baru huhu i know i'm not suppose to be sad ke apa tapi entahlah...nanti lah aku bebel pasal laptop , lamo xupdate pasal laptop/netbook kat blog ni




nmz.munee.180611.1850.dan aku masih disini
n n about me. hmmmm let me see. haha nanti lah. wait. yang kat atas tu semua pasal aku lah kan. apo aku merepek ni. aiyo


Wednesday, June 1, 2011

hai.

ye, apa kabar blog?lamo xsinggah. sorry sebab xda bulan mei. hmm,cuba nak post sekurang2 atau3 tapi amcam susah. yelah sekarang on9 nya bukan selalu. n yes sorry blog,menghabiskan masa di notes hp je. hahahahha kalah blog n twitter i. ok2, satu hari nanti perlahan2 aku update segala macam yang patut update. oh2 dengan 4859 gambar dalam E71 kesayangan. nak post sekarang wayar tertinggal pulak.


everything is ok.* baca dengan nada serius n tenang* ok. betul.kenapa?tak percaya? haaa

maka sydney baru masuk winter.hmmm rindu sejuk sydney.n matraville.

this is just a random update. nanti jumpa lagi.see you ppl

nmz.munee.hai.1611.1839
dan semoga hari2 mendatang membawa seribu senyuman n kenangan untuk kita.

Tuesday, April 5, 2011

farewell sydney

selamat tinggal sydney
lain kisah kita jumpa lagi
selamat tinggal semua
semoga berjaya mencapai cita2
selamat tinggal munirah
jangan jadi tak tentu arah






nmz.munee.050411.1034.farewell sydney
selamat jalan

Wednesday, September 8, 2010

dua belas tiga empat

ye dua belas tiga empat bas 392, kemudian dua belas tiga lima 391. pergh laju je depan mata, dah lama tak ada scene ketinggalan bas ni. itupun tadi sebab beli tiket bas yang dah habis n jalan punya lah rilek2 sampai boleh main lelap2 mata pulak, ingat main2 ke apa jalan kaki ni? nasib baik tak ada apa2 jadi. jadi masa berdiri sempat lah lelap masa 30,40 saat macamtu. haha.xboleh lama2, bahaya.

dua belas lima puluh bas sampai. naik 391 lagi bestt, selamat tinggal 392, kemungkinan ada label@tag baru dengan 391. haha sama je jalan nya pun. oh yes, the driver senyum n aku rasa dia bagi his best smile ever. thankyou thankyou you made my day too. maka 391 bergerak menuju ke city. mengambil penumpang di setiap hentian destinasi.





nmz.munee.dua belas tiga empat.9910.0050
tiga sembilan satu. yeahh

bola n brazil



*gambar diambil ketika kelas bersedia untuk exam hari itu. BRA - ARG hari itu rasanya hmm.

maka tajuk tidak boleh lain kah ayatnya. haha okay, tadi siang masa dalam computer room aku terserempak dengan Adriano, one of my lecturer. i really missed him anyway, his words, his lectures, his cursing , jokes and everything lah. haha baru ni teringat dulu masa WORLDCUP10, dia dengan semangat Brazil nya yang begitu bersemangat untuk setiap perlawanan. *masa lawan Argentina , semangatnya bukan main lagi, siap suruh kitorang pakai baju ikut warna bendera brazil, siapa pakai warna argentina, tak boleh masuk buat exam. haha. so yeah tak ada la jadi macam tu kan.

aku just kagum dengan semangat bola beliau. walaupun dah duduk di australia untuk jangka masa yang sangat lama n build up his life kat sydney ni..semangat tu semua tak pernah luntur. tak ada lah kata bola je tapi itulah yang kita nampak kan..sangat bersemangat kita rasa bila tengok macamtu. maka world cup selepas ini di brazil pula, nicee.


nmz.munee.8910.0349.bola n brazil
really missed his class

Sunday, August 22, 2010

tired



this picture taken when the traffic light turn to red at Kingsford. Pretty much as you can see who is in the baby stroller . this picture kind of make me smile for a moment, as you can see who is tired actually for the day.





nmz.munee.220810.2348.tired
yes,tired.give a rest will ya?

Tuesday, August 17, 2010

untuk bas

yes, kisah bas + 392 kembali. yeahh, hehe. so yes,ini salah satunya masa tunggu bas pagi pukul 930, dia sampai pukul 1000, yg ini 392 la, 391 pun okay jugak.tp masing2 lambatt.nak naik 309 xboleh tak lalu anzac parade. maka ini untuk dia:

bas berganti pergi,
namun mana dia bas kesayanganku yang satu ini
mana dia 392 n 391 yang ku nanti
adakah kau jauh lagi
untuk sampai ke hentian yang satu ini
mungkinkah ada kecelakaan
yang menyebabkan kau lewat muncul ikut waktu ketibaan
atau kau sedang sarapan pagi dirumah bersama yang disayangi?
maka tepat pukul 1005 muncullah dia,
ternyata penuh sampai berdiri ke belakang nampaknya
namun senyum mesra si pemandu
terus menghilangkan perasaan yang ada tadi itu






nmz.munee.untuk bas.18810.0029
bas sangat best

puasa

ya, puasa disini untuk kali ke dua
bersama keluarga tercinta
alhamdulillah semuanya baik baik sahaja
ya, selamat berpuasa semua.
semoga ramadan kali ini membawa seribu makna buat kita semua
bersama lah kita cuba meningkatnya Taqwa kepada Allah
teringat tazkirah lepas tarawih tadi
banyak kesedaran , teringat juzuk amma - juzuk 30 terasa hiba hati
ternyata sememangnya kita yang berkuasa ke atas diri kita,amalan n segalanya
puasa terutamanya, dihitung n diketahui oleh Allah sahaja
bagaimana Dia menilai di atas sana, hanyalah kita yang dapat menambahkan Taqwa n keimanan terhadapNya.






nmz.munee.170810.2318.puasa
salam ramadan semua.

Saturday, August 7, 2010

7 Ogos 2010

hari ini 7 ogos 2010.
ye, hari ini hari lahir sayaa
terima kasih Allah untuk setiap hari yang saya ada disamping orang orang yang menyayangi saya..
untuk kesihatan yang diberi untuk hari hari yang dijalani..
Alhamdulillah.

maka NMZ_7890 harus ditukar ke NMZ_7810 eh?
haha


*agak teruja perasaan mengetahui yang Faisal Tehrani sama tarikh lahir jugaa. hehe

Sunday, July 18, 2010

pancakes oh pancakes











-shortstacks

kali ini mengenai pancakes dan siapa tak suka pancakes kan, sedapp. ah kau semuanya sedap. ok2 pada 6 May 10 lepas, kami sekeluarga menyambut hari jadi zahidah maka dia pun dapat la pilih ke mana dia nak. macam biasa la semua sekali bagi cadangan last2 setuju kami pergi ke Pancakes On The Rocks.

kitorang sampai dalam pukul 8 malam.elok elok la tu kan. kena tunggu beratur diluar, fullhouse oh. ramai gila orang, banyak datang just for the pancakes je. tak lama kemudian dalam 10 minit dapat dah tempat duduk, besttt :D aku rambang mata nak order yang mana, sabar je la..last2 ambil yang original je..short stacks nama dia.mak amik strawberry and icecream,ayah n munir sama dengan aku, birthday girl amik strawberry pancakes,syahirah yang ada chocolate and peanut tu n zaki n nung kongsi kids pancake caterpillar tu. lepas order tu aku n zaki pergi dekat music box pilih lagu. kitorang pilih 3, Michael Jackson - Beat It, Guns N Roses - November Rain. lagi satu tak ingat. haha

ok la, let the pictures do the talking kan. kami sangat menikmati pancakes itu walaupun tak lama tu rasa cam muak sikit sebab banyak, haha tapi aku ok2 je la. aku akan recommend tempat ni la untuk siapa2 yang nak makan2 ringan selepas makan atau pada bila2 waktu sahaja. Siapa yang datang sini, mari lah kita pergi makan bersama. hehehee










nmz.munee.pancakes oh pancakes.18710.2023
kalau pergi lagi tak da hal la. laju saja bab makanmakan ni. haha.
itula akhir2 ni rasa banyak betul ambil gambar makanan kat hp. apakah

Saturday, July 17, 2010

akhirnya





yer, akhirnya dalam cuti kali ni , berjaya menjejakkan kaki , bermain2, mengambil gambar dengan pelbagai gaya ke SNOWY MOUNTAIN - Perisher Valley. yeahhhh. hahaa. sangat best. excited tak terkata. maklumlah pengalaman pertama kan. Alhamdulillah dapat rasa bermain salji juga akhirnya. apa lah winter kalau tak rasa main salji juga kan. hehe

the day was really good. and the weather tooo. keluar2 kereta je besttt rasa salji kena muka. hahahha then siap la pakai winter gear..baju n boot. sejukkk lagi.but yeahhh it was a good experience! aku banyak kali jatuh sebab tergelincir..sabar je la..nasib baik boot okay saje..and i'm all in red at that time. haha.

yess. sangat best pengalaman itu..ada main slides turun dari bukit, aku buat 3 kali je sebab yang ke tiga tu jatuh tergolek dah, bayangkan dari bukit tinggi jugak tu, kemudian depan tu ada batu2 sikit aku terlanggar tu, pergh. sakittt. munir gelakkan aku, sabar je la..sakit belakang aku..lepas tu adik aku yang kelima tu, nung..kesian dia stokin dia basah. dah la sejuk sejuk..aiyo. sebab masa turun slides tu boot dia masuk salji rasanya, hujung seluar pun basah dah. tak lama lepas tu nung dengan mak masuk kereta dah. yang penting zaki dan munir memang enjoy betul la main time tu. laju je, kami yang lain sibuk posing2 ambil gambar. gilir2 lagi tu hahahahha


sebelum itu, kami sekeluarga dari Canberra.ayah ada kerja disitu maka kami berjalan2 la. tak da lah keluar sangat tapi okayy best. dan sangat bestt kat situ , really had great time with my family. canberra was cold, as always although a bit sunny on wednesday but yeah windy all the time.



nmz.munee.2330.16710.akhirnya
yess, nanti kalau orang tanya boleh dah jawab pasal salji ni. hahahahahaha

Friday, July 2, 2010

update update

yeah hello there. how are you guys? hmm, let start with

1. i still cant get over with UGLY BETTY IS FINISHING THEIR SEASON SO EARLY! they are having only 4 season. it because of poor rating in US i guessed. sigh, such a good, inspiring drama to ended their season so early.

i’ll miss you betty suarez!

2. n GREY’S ANATOMY. what a surprise. such a shock to see their final episode of season 6 with a heart gripping moment. well, all story must come to an end right.luckily all the stars was still in the drama though. see you next season dr. shepherd, dr. grey, dr hunt, dr. yang, dr. sloan, dr. avery, dr. karev, dr. robbins, dr. torres, dr. bailey, dr. altman and not to forget dr.webber too.

3. CHARGER LAPTOP BREAKDOWN. yes, what a great news to have when you are on your holiday right? hmm, now i’m online using my daddy’s laptop. kinda guilty actually but already asked permission bout that. whatever it is, please come back to life, i miss youuu. such a stupid thinking u have that u think u are miserable if you are not online using your laptop.

4. HOLIDAY of 3weeks just started n its bloody cold here. compare to last winter, this one much more colder than i thought. n it gives some kind of feeling that i dont know how to describe. make u feel bad sometime. hmm

5. n yeahhh ayah got a plan for us on the holiday. haha. SNOWY MOUNTAIN yaww. hahahahaha. well i hope its for real. so, it would be nice to play with the snow for the first time.hahahahhaha

6.M&M crispy n CADBURY. i just cant resist uguys. love you.

7. oh well hello there JULY. how are you?

8.ah apasal tiba2 semua dalam english. mengada kau. gtg, ok bye




munee.nmz.2710.2029.update update

maka cuti 3 minggu bermula.



Wednesday, December 2, 2009

kedai itu.

hobi sepanjang masa sudah tentunya ialah, masuk ke kedai buku. yahuu, hobi untuk menghilangkan stress dan kerunsingan kepala. memang hilang apa semua rasa masa itu dengan senyum senyum sengih lebar nampak tajuk buku kegemaran kita disusun rapinya di rak itu. satu kepuasan bila tengok semua itu, macam hilang kejap benda benda yang tengah fikir sebelum masuk kedai. dan nampak buku memenuhi segala ruang, memang sangat menenangkan. semestinya aku sudah target buku buku yang dimahukan. kedai ini sebenarnya murah murah juga buku dijualnya, macam beza lima atau sepuluh dari harga asal. seronok bukan mendengarnya. dan ada juga menjual cd cd muzik dari berbagai jenis artis hinggalah yang berkumpulan sampai rasa nak buat koleksi semuanya, aha







munee.nmz.kedai itu.2340
yeahh, kumpul duit mari beli buku

Friday, November 27, 2009

salam aidil adha

salam aidiladha untuk semua umat islam didunia. semoga kita sentiasa dilindungiNya dan raya kali ini penuh makna..sama sama lah kita hayati pengorbanan semua..









munee.nmz.salam aidiladha
lama xupdate..mcm2 cerita ada nk post rasa. haha

Monday, October 19, 2009

holbrook

dan balik dari bercuti ke holbrook pastilah ada cerita dan gambarnya tersendiri. tempat yang mempunyai tarikan kerana sejarahnya dan submarine yang ada juga. bandar ini juga dinamakan holbrook kerana bagi memperingati jasa Lt Norman Douglas Holbrook pada 24 ogos 1915.


malah bandar kecil ini turut dikenali sebagai The Submarine Town kerana keunikannya mempunyai submarine, serta mempunyai sebuah Submarine Museum yang selalu dikemaskinikan isi didalamnya kira selalu update dan renovate la camtu. tapi isi didalam seperti control room, periscope bagai, dan bahagian bahagian dari submarine juga ada disitu. sekeliling muziumnya lah kan. dan agak teruja ketika menggunakan periscope buat kali pertama dalam control room dalam muzium itu. haha. ada gambar tapi tak pe la, nanti saje letak. haha.
dalam usaha membawa submarine yang bernama HMS Otway itu mempunyai ceritanya tersendiri juga. ia juga dibiayai oleh isteri lt. norman holbrook iaitu gundula holbrook dalam jumlah yang banyak juga ketika itu. malah gundula holbrook mempunyai ingatan yang kuat ketika umur 95 tahun(kini) terhadap segala memoir berkenaan suaminya walaupun suaminya sudah tiada lagi bersamanya didunia.

perjalanan yang agak jauh dalam 491 km dari bandar sydney, kira dari rumah la kan. then ada berhenti ke canberra kejap ada singgah rumah sahabat atuk dulu disini. dan kalau ada berhenti hanyalah untuk mengisi banyak dan singgah mcd cafe, kita minum dulu. haha. hot chocolate dan caffe latte sangat sedap. hahaha. manakala holbrook walaupun hanyalah sebuah bandar atau pekan kecil ia tak menjadi masalah kerana ia adalah laluan trak trak besar dan lori semua. jadi ini adalah perhentian mereka juga. jalan ini sebahagian daripada Hume Highway terus sahaja jalan yang boleh menghubungkan anda dengan melbourne. tapi jauh lagi dalam 356km. apapun hampir dekat juga lah kan.

dan pemandangan sepanjang perjalanan sangat sangat indah. kau boleh nampak yang awan menghiasi bukit bukit hijau itu kemudian nampak pula biribiri, lembu semua dalam kawasan masing. kemudian dari jauh nampak pula kincir angin yang besar tuh, pergh, smart. indah sungguh ciptaan tuhan. padang terbentang luas kemudian nanti ada pulan macam creek atau canyon tapi kecil saja dan ada sungai kecil melingkari sepanjang canyon yang ada hutan hutan kecil itu.

oh ya, saya yang memakai baju coklat tudung hitam itu, haha. kesemua gambar itu diambil oleh en.zahari ayah saya. hehe. dan ada banyak gambar lagi tapi cukuplah ini kan. heh









nmz.munee.holbrook.1733.
yeah, kalau nak tahu lebih lagi dari ini, wiki n google. maklumat yang diolah dari pemahaman sendiri ini belum tentu cukup. haha.
apakah aku mengarut panjang2 nii. apapun, it was a good journey, alhamdulillah semua selamat sampai n balik.:)

Sunday, September 27, 2009

a day in tumbalong park

yes, a day in tumbalong park. ceh tajuk nak bunyi sedap je. apapun, itu adalah malaysia fest 09 yang diadakan disitu. okay2 la, the day was quite windy. sejuk jugak walaupun matahari ada. namanya pun spring kan.ok2. dan ada segala macam persembahan seperti pencak silat, dikir barat , tarian hinggalah artis yang datang membuat persembahan. dan ada juga gerai gerai makanan dengan segala jenis makanan yang ada.

oh mengenai sunglasses aku yang hilang. maksud aku kena pijak okayyy. sabar je la. yes2, i know its my fault after all membiarkannya dibawah. kan dah duduk sekali lupa pulak nak amik balik, then pandang bawah je, ranap, hancur, musnah dah. aku tak boleh buat apa dah. menyirap je. adeh. itula, lainkali berhati2 okay n jaga barang itu elok elok. sayang tau, penat jaga tuu. dahla sesuai dengan muka aku jugak benda tuh. sedih gak la lagipun benda yang dah lama dengan aku. jauh je bawak jalan. macam macam tempat dah. sabar je la. itu dulu ada dalam kereta innova dulu lagi, kemudian aku sibuk sibuk nak jugak, amikla. hmmmmm. apepun, kau tiada pengganti okay, kalau ada yang serupa dengan kau, aku fikir dulu nak beli ke tak. haha. sedih lg ni kot. heh.


dan persembahan artis memang mantap la. apa lagi favourite aku. hahaha. liyana fizi- estrella. dia nyanyi empat lagu dan aku ingatkan dia akan menyanyi sebanyak2nya. haha. tak da la macam tu kan, maksud full album dia ke apa ke. lagu dia yang 'heaven' dia tak nyanyi. haha. aku minat lagu itu jugak. kalau tau boleh request tak agaknya masa jumpa ambil gambar dengan dia? dua kali ambil gambar sama dengan dia. haha. lagu wajib last skali yang 'stay' tuh. dia nyanyi ternyata, take it slow, foolish senses. pergh, memang sedap. maklumlah 1st time tengok live kan. hahaha. kemudian ada one buck short yang memang rock habisss. dia punya bass gitarist siap lompat lompat pentas lagi tapi itu awal2 persembahan saje la. semangat tengoknya peminatnya kerumun pentas semua. dan ada rashdan harith yang lagu2 dia sedap jugak. dan reza salleh juga, walaupun tak familiar dengan lagu mereka, persembahan mereka memang bestt.

one buck short-drummer xnampak


reza salleh
liyana fizi estrella. bestt

rahul one buck short, liyana fizi, nung.

dan ada lucky draw juga. hadiahnya okay2 la. hadiah nak last2 memang menarik. tiket balik mas. laptop sony vaio. printer canon laser ke ape tah. adeh. pergh, if dapat satu okay gak kan. haha. balik balik semua penat je. haha
gambar yang diambil banyak sangat sangat. haha. fahan faham saje la aku ni yang suka snap gambar sana sini. haha. ini gambar yang pun sikit je. ada seratus lebih rasa? haha.












nmz.muneee.2008. a day in tumbalong park.
apepun, itu hari memang best jugak. it was okay la even the weather was quite windy n selagi matahari ada disitu, memang terbaikk la cuaca hari itu. ehe.

Wednesday, September 23, 2009

cuaca hari ini

yes, cuaca hari ini. maksud aku pagi tadi, tak sangka langit bertukar wajah dan warna. dari cerah biru kepada merah jingga. agak tak sangka dengan fenomena cuaca sebegini. masa subuh dah perasan dah, semacam je. dan aku tak sempat ambil gambar sendiri, hanya menikmati pemandangan sahaja.hahaha

melalui smh.com.au pula mengatakan ini adalah dust storm. yang sememangnya menyebabkan pencemaran udara semua. habis kereta kereta aku nampak diselimuti debu2 semua ni

gambar2 dari smh.com.au




apapun, ada hikmahnya disebalik semua ini. fenomena cuaca ini xlama juga, tapi kesannya banyak


nmz.munee.cuaca hari ini.
yes,aku pun mau cerita juga.

Saturday, September 19, 2009

raya?





raya sudah tiba
ramadhan yang berlalu akan dirindui
takbir raya dah terngiang ngiang dah ni
lagu raya awal awal lagi dah berjalan dah
dan semua sibuk pulang ke kampung
menikmati suasana raya bersama keluarga tercinta
semua sepupu dan saudara mara tak kira dekat jauh
berkumpul ramai ramai
yang jauh menikmati suasana
merindui semua



dan kepada semua
nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir n batin
semoga raya kali ini membawa makna kepada kita semua:)





munee.nmz.1640.raya?
salam aidilfitri semua:)
gambar dari iluvislam.com

Thursday, September 10, 2009

oh,begitu rupanya

hmm. mari update sikit mengenai hari ini dan sebelumnya. maksud aku apa yang dah jadi la kan. jadi khamis itu aku ada test. ok la dapat jawab. dan macam biasa kisah aku dan bas yang tiada kesudahannya. hahaha. aku tau bas mesti rindu dekat aku punya la. hahaha. perasan. ok, then hari hari aku pun ok la. cuma aku biasa la menggelabah xtentu hala sampai nak jogging oh no berlari nak ke bus stop. sabar je la. nasib baik bas lambat seminit dari aku. dapatla aku sengih lega jap sampai la bas sampai. mencungap cari nafas aku balik. hahahhaa. dan driver bus hari ini sangat friendly. haha. maksud aku penuh senyuman, mood dia okay kot. selalunya muka yang tegas dan senyum pun tak sampai 3saat. heh.

jadi perjalanan aku ok2 je la. jika buka semalam punya cerita, aku begitu yakin dengan cuaca. biasala aku, semua benda nak konfiden yakin boleh punya, sekali bila dah kena, hah, rasa la.huhu. pergh, sekali sampai city, dah kena hujan. nasib baik tak lebat. tapi basah gak la. tapi aku tengok diorang rilek je. haha. ye la, dah biasa kan. dgn sweater aku yg ada hoodie itu sy pun meneruskan perjalanan ke kelas.

kelas aku okay2 je la sekarang. dan dah semakin stabil la dengan kelas itu. haha. dah biasa la dengan semua orang yang macam2 perangai. haha. dan lecturer aku pun okay la. sporting gila. tak pernah lagi aku ngantuk dalam kelas dia. hahaha

dan perkara paling best bagi aku adalah masuk kedai buku. perghhh. aku suka. aku suka.
hahaha. rasa macam nak baca semua je. ahaha. n aku baru berminat nak baca autobiografi/biografi. haha. best pulak. hmm. ada la yang lain juga. hmm. aku ada target buku ni tapi harga agak mahal disitu n kumpul duit la jugak lagi untuk ini. kot dapat usha ayah untuk buku2 itu kan best. ahaha











nmz.munee.0106.oh,begitu rupanya
oh ya macamtu laaaa

Monday, August 24, 2009

setelah

jumpa lagi setelah hati tergerak mau update. huahaha. asyik tergantung je post aku. ok, mari cerita untuk apa jadi:

1. aku dapat bas awal. tahniah munirah kerana berjaya mengambil bas cepat. hahaha

2. alhamdulillah saya sudah berpuasa 3hari. dan berbuka memang best. ceh, tau la buka awal. ahaha.

3.dan lagu2 di hp menemani perjalanan aku. volume juga telah dikurangkan. tak elok dengar kuat2 ye.hahaha

4.alhamdulillah sampai kelas awal dengan selamat. hari ini aku baju kotak2 n tudung ungu. dan agak mengejutkan kelas aku hari ini hanya 10orang sahaja. gilo. nasib baik kelas hari ini sangat seronok penuh gelak tawa pe semua. terasa macam ramai pulak kan.wahaha. dan lecturer aku sangat sporting. kami juga membincangkan mengenai pelajar2 yang telah disyaki dan didapati meniru semasa test dahulu. ternyata nak meniru secara terang-terangan. dah tu,jawapan salah pulak tuh. ada pulak bawak kertas saiz a4 maksud aku nota la kan.

5.kelas habis. then keluar bangunan elok2 hujan tengah turun. gerimis yang lebat sikit. then sejuk lain cerita. adeh. dan aku mengambil masa selama 5 minit untuk membuka payung yang dibawa. haha. iye, aku dah tekan dah kuat2 dekat handle tuh tak jugak. sekali tolak je sekali, haa. dapat pun. hahaha.

6.berjaya sampai di hyde park. tunggu di perhentian bas depan itu. hujan hujan macamni pun ramai orang lalu lalang jugak. tak kira la berpayung ke tidak. tak ramai pakai payung pun sebenarnya. nak menikmati hujan agaknya tuh.

7.392 sampai. penuh betul bas hari ini. tak kena timing naik. aku naik bas lambat tadi. saje jalan slow.hahaha. sedap2 berdiri nih ternampak pulak perempuan yang duduk depan aku ni. dia tengah melayan iPhone tengok movie 'ps i love you'. pergh, iPhone. apa lagi yang kau boleh buat?wahaha. apepun mengenai movie itu, ternyata novelnya lagi best. hahaha

8.dan pemandu bas hari ini kelihatan sangat tegas. muka serius je. nak senyum pun tak sampai 3saat. orang yang duduk depan pintu habis dia sound suruh ke dalam lagi sebab bahaya la kan. hari ini bas penuh sampai tak boleh kasi orang naik lagi tadi. tak pe, serius pun bawak bas cam best je, ikut peraturan sungguh. laju tak la laju sangat. best la tadi

9.novel the adventurous of sherlock holmes diulang lagi. ahaha. sebab baru beli n aku suka style sherlock holmes tuh. haha. hmm, i need new booksss.

9.sampai di matraville. berjalan sambil menahan angin yang kuat. macam nak tolak aku je apehal. ahahaha. dan selamat sampai dirumah.

10. selamat berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh. tadi aku dah kurang nasi, tapi lauk maintain. ahahaha. camno tuh

itulah yang terjadi untuk hari ini. ada la cerita kan walaupun keseluruhannya banyak mengarut. wahaha.










nmz.munee.0010.setelah
semoga hari esok lebih baik dari hari ini. selamat berpuasa.