Showing posts with label kesayangan. Show all posts
Showing posts with label kesayangan. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

happy birthday!


ehhh tiba2 happy birthday ni. siapakah. okay okay mengada, nak jugak heboh di blog yang NMZ7890 is NMZ7811 this year. *cantik kan nombor tu?senang kan nak ingat?kan?kan? heheheeeee * yang penting 7811 jatuh pada 7 ramadhan 1432 tahun ini. rasa yang tak dapat diungkapkan bila 7811 tiba dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan yang pahala nya tak terhitung untuk dikejar.

alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi peluang pada saya untuk merasai peringkat umur seterusnya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan keberkatan masa, usia, ilmu dan amal.
semoga umur yang lalu n akan datang diberkati Allah. makin tua ni munirah, jadi gunakan otak tu sebaiknya. tanggungjawab makin besar bila umur meningkat, pada diri sendiri, keluarga..oh dah boleh menentukan masa depan negara jugak ni.

haaa jangan main main. hadiah dah beli awal2 tau untuk diri sendiri. jam tangan casio. cantik okay sendiri pilih masa pergi langkawi akhir julai dulu. cuba tengok...lawa kan? heheee :D





nmz.munee.happy birthday!180811.2348.
sudah tentu terima kasih kepada keluarga kesayangan juga n terima kasih kepada semua rakan rakan di atas segala doa n ingatan. :)

Wednesday, March 30, 2011

lagi

bil telefon melambung tinggi. apo ni, insaf lah. kenapa, mengapa bulan ini jadi macamni..sebelum ni elok je, apehal ko menggelabah tak tentu arah ni..just let it be la..tengok apa jadi nanti.sesukahati kau je. guna otak tu..aiyo. ok memang benda tu xkan jadi lagi , cuma sedar lah diri tu sikit. ingat senang ke carik duit tu? tidakkk. eeei, takutlah. huu

oh ye, jagalah baik2 hp kesayangan anda tu supaya ia tahan lama juga. i know you love nokia n ofcourse nokia smartphones. maka dengan ini, saya merasmikan label baru iaitu myE71 . hahahahahaha yeah i know , macam2 label tahape2 aku buat. but yeah i like it.




nmz.munee.310311.0104.lagi
lagi lima hari,segala disini akan menjadi kenangan tersimpan dalam diri

sila baca dengan senyum selebar2nya okay? :D

yes, you read the title. and make sure you are smiling from ear to ear, show your beautiful smile and please jumping around the room or move your body left right left right left right, non stop for now.

* ya sila baca dengan mood excited ye dan kerana itu yang aku buat masa baca email itu. n yes masih lagi dalam mood itu sebenarnya. aaah, mari sambung cerita laaa

alhamdulillah. dapat berita yang tak disangka , my missing box is alive. woohooooooo, excited excited,hahahahahahahahhahaha yesssss, this is the feeling when i read the email about my missing box. ingat tak post yang ' here is another secret ' tu ? sangat excited ye rakan rakan n pembaca2 sekalian.

i cant describe my feeling when i read the email n all i know is i'm staring at the screen for 5 min and then my face expression begin to change. dan aku mula la * rujuk perenggan pertama * ahhahahahahahahaha aku dulu punya sedih teringat2 sampai mimpi2 buku2 tu...sabar je la...n yes its alive! tak sabar nak jumpa missing box itu. dan berharap segala isi2 didalam nya sihat2 belaka. isi2 nya ialah buku2 kesayangan, files2 study diploma dulu, notes2, note book , journal etc.

aku ada follow up dengan MAS missing luggage time tu, tapi dah habis berurusan hantar borang etc, sonyap yo sampai la rabu minggu lepas. dapat email pasal missing box itu. yang aku ni pulak baru check email isnin lepas, sebab tak selalu check email. tau2 tak lama lagi sampai. insyaallah. yeahhhhh :D :D :D :D

maka lain kali tolong jangan careless whisper george michael sangat okay. *suka pulak ayat tu sebab lagu tu best n ada perkataan careless , ok tak ada kena mengena saya tau itu *
aku ingat lagi masa kemas tu , kau mengambil masa 2jam semata2 nak masukkan n pilih mana buku yang nak masuk kotak yang akhirnya kau lupa tulis nama, alamat, no telefon etc kat kotak tu, ye lah senang lah carik or kenal kan


and the important thing is, i can't wait to read them all over again n again n again. :D





nmz.munee.300311.0335.sila baca dengan senyum selebar2nya okay? :D
dan email itu dari Brisbane Airport, Queensland. jauhnyaaaaa, nak ikut

Monday, March 21, 2011

harapan

mari kita renung dan ingat kembali
segala apa yang dicakap dengan diri
kerana dengan cara ini
kita dapat lihat sejauh mana nak pergi
berbekalkan harapan, impian
ternyata yang kita tahu ia bukan angan angan
kita tahu harapan itu tinggi mana
dapat dicapai atau hanya dipandang diam sahaja
untuk capai sesuatu
dilihat jauh beribu batu
kita tahu kita hidup dengan harapan
bawa kita jauh ke hadapan
dari harapan kita jumpa impian
kita yakin kita boleh buat semua
capai segala yang buat kita gembira tak terkata
yang nak berjaya di dunia
yang untuk bekalan di hari2 sana
yang nak tunjuk dia boleh buat semua
yang cuba berdiri senyum lagi untuk membanggakan keluarga
yang dikenang yang diingat untuk setiap senyuman yang ada
yang di hari2 dicuba tak nak berselindung disebalik kata2
yang bawa kau terbang merentas halangan segala








nmz.munee.220311.0122.harapan
and lets make hopes and dreams alive.

Saturday, January 8, 2011

ok2

ok2, apa namanya blog kalau tidak diupdate n tanpa cerita n gambar n isi n segala ayat yang ada kan. aku akan update betul2 la untuk tahun ni. dan bagi cerita2 tahun lepas, bayangkan dalam bas sorang, boleh buat cerita sendiri, maksud aku pasal apa yang jadi sekeliling la. dalam bas pun macam2 ragam ada tau tak. pasal pemandu bas pun aku boleh buat cerita. sebenarnya dalam notes hp kesayangan aku. macam2 ada, macam diari la pulak, cewaah. tapi daily planner dulu ada jadi macam buku skrap pulak, tampal post it notes, resit2, kad2, tiket bas, macam2 lah. ini aku punya file ,melambak2 la pulak gambar kan, bangunan la kereta la pokok bas, opera house, harbour bridge, makanan, minuman. notes2 tengah lepak2 minum coffee cuci mata tengok pemandangan. pergh, best. haha.


nanti la nak buat drama bersiri or segala tulisan aku yg patut ditulis balik macam dekat merepekmengarut tu. janganlah senyapkan blog ni, lama lah jugakk kan sejak terjun dalam dunia blog ni. cewaah bunyi eh macam la lama sangat. aku ado yo bukak dashboard, jenguk2 blog dari biar berhabuk2, tengok2 blog2 yang selalu baca punya update. tapi sendiri tak update ye tak. ok2





nmz.munee.ok2.9111.0232
ok dah sambung esok pulak

Saturday, July 17, 2010

akhirnya





yer, akhirnya dalam cuti kali ni , berjaya menjejakkan kaki , bermain2, mengambil gambar dengan pelbagai gaya ke SNOWY MOUNTAIN - Perisher Valley. yeahhhh. hahaa. sangat best. excited tak terkata. maklumlah pengalaman pertama kan. Alhamdulillah dapat rasa bermain salji juga akhirnya. apa lah winter kalau tak rasa main salji juga kan. hehe

the day was really good. and the weather tooo. keluar2 kereta je besttt rasa salji kena muka. hahahha then siap la pakai winter gear..baju n boot. sejukkk lagi.but yeahhh it was a good experience! aku banyak kali jatuh sebab tergelincir..sabar je la..nasib baik boot okay saje..and i'm all in red at that time. haha.

yess. sangat best pengalaman itu..ada main slides turun dari bukit, aku buat 3 kali je sebab yang ke tiga tu jatuh tergolek dah, bayangkan dari bukit tinggi jugak tu, kemudian depan tu ada batu2 sikit aku terlanggar tu, pergh. sakittt. munir gelakkan aku, sabar je la..sakit belakang aku..lepas tu adik aku yang kelima tu, nung..kesian dia stokin dia basah. dah la sejuk sejuk..aiyo. sebab masa turun slides tu boot dia masuk salji rasanya, hujung seluar pun basah dah. tak lama lepas tu nung dengan mak masuk kereta dah. yang penting zaki dan munir memang enjoy betul la main time tu. laju je, kami yang lain sibuk posing2 ambil gambar. gilir2 lagi tu hahahahha


sebelum itu, kami sekeluarga dari Canberra.ayah ada kerja disitu maka kami berjalan2 la. tak da lah keluar sangat tapi okayy best. dan sangat bestt kat situ , really had great time with my family. canberra was cold, as always although a bit sunny on wednesday but yeah windy all the time.



nmz.munee.2330.16710.akhirnya
yess, nanti kalau orang tanya boleh dah jawab pasal salji ni. hahahahahaha

Sunday, July 4, 2010

bantal

Bantal yang keras empuk bertepatan dengan letaknya leher kita dihujung bantalnya adalah bantal yang terbaik untuk tidur.
Bantal yang kau guna untuk lelap mata untuk hadapi hari hari seterusnya. Untuk setiap malamnya kau cuba selesakan diri ikut rentak mana yang sesuai dilelapkan mata setelah letaknya doa dalam kegelapan.bukannya bantal yang nipis, sekali letak kepala jauh kedalam kita rasa.








nmz.munee.0054.5710.bantal
gila rindu dengan bantal kat rumah.beza sungguh disini

Saturday, July 3, 2010

lagi sebulan laptop

ye aku ingat lagi saat saat aku menerima kau dalam hidup aku. It such an overwhelming joy for me at that time, tak sangka betul. Truly, i really really appreciated you in my life. Terima kasih ayah emak kerana memberi peluang pada saya untuk memiliki laptop sendiri.

my 18th birthday gift ni.aiyo,masih lagi simpan message yang ayah hantar dulu masa tu tapi sekarang dah terkubur bersama nokia5300xpress music kesayangan.ini lagi satu cerita.huaaaaa

Ok ok.mengenai nokia itu sudah cerita kan, rilek rilek la.adehh. panjang lagi jadinya nanti. Apapun, ternyata kisah laptop menjadi sebahagian dari hidup ini. Lepas tu banyak pulak aku menulis pasal laptop sahaja, dekat buku aku macam essay 6 muka surat dah n ada puisi pendek pasal laptop dah dekat 5. Eh banyak la juga kan. Ye lah setiap tulisan yang dicerita ada makna walaupun hanya tiga baris cuma.

oh ya, laptop aku sihat2 saja. Dah baik malah berfungsi sepenuhnya, cuma kena update antivirus apa tah.dah outdate kot.somebody helpp.n cable charger laptop la situasi nya ni..sebab ia turut digunakan di laptop lagi satu sebab brand yang sama dan chargernya rosak juga.bagus kan. Dah tu malam last tu aku cuba la betul betulkan untuk kali terakhir sebelum harapan dimusnahkan oleh bateri laptop yang tidak dapat bertahan.sudah otw sampai. Ayah kata kena order lagi senang dan aku tak tau berapa lama lagi dia sampai. Rilek rilek mun.ilek pok


Situasi terkini
charger cable laptop kini sudah tidak berfungsi
Tidak tahan dengan lama panasnya ia digunakan
Atau wayarnya yang ditekan selama masa ia bertahan
jadi ambillah pengajaran untuk kegunaan dimasa hadapan
Jangan berkira siapa guna kerana di akhirnya ia kembali pada kita juga



Ketika laptop terpadam
Hati turut tenggelam
jauh ke dalam larutan malam





nmz.munee.3710.1350.lagi sebulan laptop
Ye lagi sebulan umur dia 2 tahun.

Sunday, March 14, 2010

kehilangan


ya, kehilangan. barang yang sudah lama ada dengan kita tentulah rasa kehilangann itu amat dirasakan hingga kini. buka peti harta karun yang simpan segala jenis brooch yang ada, tengok dia, rasa nak guna tapi jarum dia dah patah.


dan dia ada bunga dengan 8biji batu hitam..hilang 2 tinggal 6.
yes, i'm missing you damn much. T_T sedih sedih.




selamat tinggal brooch kesayangan. kalau dapat dibetulkan lama sudah buat. sejak tahun 2004 dulu kot. adoi la. sayang sayang

banyak kenangan ini. jangan main2.dia lah satu satunya brooch yang selalu digunakan. setia betul. dan kalau hilang, perasaannya tidak dapat digambarkan laaaa.bila dah jumpa muka dah happy balik senyum sengih lebar lagi.


macam emak cakap setiap benda ada pengakhirannya. dah lama hidup. terima lah kenyataan itu.
goodbye mybrooch. i love you.


nmz.munee.kehilangan.150310.0027
ok ini post beberapa hari lepas dan maka baru published hari ini. haha