Monday, June 29, 2009

just keep it real

sometimes we get through life only by imagining what the world would be if our dreams should ever comes true. yeap, the reality of your life starts with your own dreams. so, just dreams the best thing you want in life so that tomorrow there shall be no more pain and sorrow. heh, from now, i know you might be the only one who always keep hold it tight until you feels that u lose it actually.







munee.nmz.0400.just keep it real.
oh, are you certain? come on,just tell the truth

Sunday, June 28, 2009

perasaan ketika ini

dalam bermacam perkara kita lalui
sama ada yang buat hati gembira atau hiba
sudah tentu jika kehilangan keluarga tentu kita rasai
keluarga lah orang yang semua paling sayangi di dunia


khabar berita tetap ditanya bagaimana
meskipun baru kelmarin berborak sama
apa lagi memanfaatkan videocam/webcam yang ada
ternyata kerinduan tidak dapat diukur dengan jarak jauh serta masa


sayangilah dengan sepenuh hati keluarga kita
tanpa mereka semua siapalah kita
yang sudah tiada kita kenangkan saat saat bersama
tak lupa sedekah alfatihah juga
yang masih menjalani kehidupan bersama kita
kita jaga hati dan kerinduan keluarga
sungguh keluarga kita tiada ganti
sayangilah mereka sepenuh hati





munee.nmz.0350.perasaan ketika ini.
dapat khabar berita dari sana.
pada maghrib jumaat lepas,kehilangan seorang ahli keluarga.
februari berangkat ke mari ternyata kali terakhir jumpa.
setelah berjuang melawan dengan kanser,ternyata Allah lagi menyayangi dia.
Al-Fatihah untuk Arwah Wo Nyah..

Thursday, June 25, 2009

arghh

apakah yang terjadi
selalu mengungkapkan persoalan yang berkaitan diri
sampai hati jadi lesu
selalu dengan perasaan kau yang satu itu

kenapa mesti hiba sentiasa
dan berpegang paut pada semua kisah lalu yang kau ada
aku pasti kau akan berterusan begini
kerana kau tak pernah cuba melangkah setapak dari semua ini

jadi cuba melangkah dari sekarang
jangan tewas dengan hati kau itu
kerana nanti kau yang merasa akibatnya
yang tentunya hati kau akan kecewa dan hiba sentisa
kemudian kau akan ditinggalkan oleh semua kenangan
jangan risau aku tau kau boleh lakukan





munee.nmz.0232.arghh
jadi kau cuba terima hakikat itu boleh tak?cubalaa lawan hati kau ni

Tuesday, June 23, 2009

1234








1.tadi aku singgah ke blog faisal tehrani. akhirnya ada juga wajah terbaru penulis yang aku sangat kagum ini. berharap satu hari nanti dapat jugak berjumpa dengan dia. ternyata tulisan dia membuka mata dan minda dan karya dia sudah tentu. tapi aku belum ada lagi karya dia dalam simpanan aku. ish. bila aku nak pergi beli ni. geram tengok balik tajuk2 buku dia yang aku pernah baca dulu. hmm, satu hari nanti aku ada jugak karya dia nanti. teringin nak baca yang ini dan mungkin aku patut baca 'Bedar Sukma Bisu' dulu? sebab The Prau With The Silent Soul adalah di alih bahasa dari Bedar Sukma Bisu itu. dari blog faisal tehrani gambar buku ini.


2.btw, do i really need this? bak kata dentist, she should n have to. haha. pandai2 kau je kan. time dentist xplain pun kau tak de. banyak cakap. haha. iye la,ayah bagitau aku. betul tapi konspirasi ini tak jadi la.haha. tak habis2 dengan kisah yang ini. adeh. hmm, tak pe2. one day. haha





3.hmm, cuaca sekarang tidak menentu walaupun musim sejuk. aku pun tak paham la. adeh. aku tengok orang lain rilek je. haha. yang tak biasa tuh satu cerita lah kan.rindukan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. heh



4. sebenarnya masih tak dapat terima hakikat aku sebenarnya bukan lagi disana. tempat aku mula2 mengejar cita2. aku rinduu sana ah. i know what a mistake kan tinggalkan semuanya tapi benda dah lepas. dan hari2 aku kat sini aku cuba kenang kembali masa2 lalu aku kat sana. cuba pikir baik buruk semuanya. adeh. tak pe, tak lama aku belajar balik walaupun apa yang aku belajar nanti tuh tak kena dengan jiwa aku. heh. jadi aku harap semua akan berjalan dengan lancar dan semoga aku dapat menempuh hari hari aku dengan baik n hati serta perasaan aku tenang sahaja. ohh ya, gambar di sebelah siapa boleh agak? ahaa ni time last day p1 dulu kot.huhu..aku lambat balik jugak time tuh. tapi lupa plak amik gambar time last day dulu, 10feb 09 lasttt. ada makna kah kalau aku amik gambar pun? hmm















munee.nmz.0249.1234
sebenarnya aku tak nak bagi tajuk ape. heh tapi isi cerita ada ok lah kan.haha

kisah ini lagi

hati masih resah demam juga belum kebah
tidur juga masih dihantui kisah yang sama
jika di ikutkan mahu di buang jauh segalanya
seolah olah tak pernah wujud kisah aku disana
aku cuba lupakan apa terjadi sebelum ini
letih mengungkap kan persoalan berkaitan diri sendiri
soalan yang tetap tak ke mana


masih cuba meneruskan perjalanan di jalan yang satu
sungguh aku tak nak jatuh lagi atas mengingati kesilapan lalu
kalau boleh aku nak padam ingatan aku dari kisah sana
seperti tiadanya aku di dalam catatan hidup semua
kerana aku tahu bila kita sudah tiada di pandangan mereka
waktu itulah kerinduan mula menjelma
mula mengingati siapa sebenarnya kita di dalam hidup mereka

mari kita mengingati dan menghargai semula
mengingati waktu berdiri sendiri di jalan itu
waktu pertama kau masih cuba kenal erti hidup,kawan juga lawan
menghargai saat saat yang aku pernah bersama semua
bila begitu tau lah yang semuanya sentiasa di ingatan aku
cuba tak nak lupa cuba tak nak hiba sentiasa
cuba ingat saat saat indah, ketawa, gembira dan hiba
kerana aku tahu itu sahaja yang aku ada





munee.nmz.1243.kisah ini lagi
yeap,separuh dari aku masih berada di sana atau kau akan pikir ouh,kesian,masih tak dapat menerima hakikat rupanya

Sunday, June 21, 2009

star

star
glittering and shining bright
is too high for us
to bring it down to embrace



star
the colour that sparks in
you made us believe in you
although our dream might not come true









munee.nmz.0307.star
you just a dream that will never come true.

Wednesday, June 17, 2009

hari ini hujan di waktu pagi dan tengahari.

ok. it seems unreal la. i cant believe it. is it really bad or what.. how come this thing happen? nonsense laaaa. ok, seriously i dont believe it. what the hell is going on there? sakit hati aku dengar. come on, come on laaaa. aku memang tak percaya la. kedengaran tidak logik disitu. biar betul weh. ok, aku cuba berlagak tenang masa jawab test tu. ok je soalan dia. aku tak da de nak overconfident la tau x. tak de nak expect yang 'woah, aku bleh dapat lulus dengan baik nih, A++, soalan dia senang nak mampos.' tak de, aku sedar aku camne gak kan, xde macam orang lain yang otak bergeliga sungguh. tak de lah, aku bukan nak mempersoalkan apa jadi tapi soalan tuh ok je.. but where did possibly i went wrong? huhu. aku cuba bertenang time buat test tuh n doa banyak2 sudah tentu kasi tenang hati kan. hmm, iye, semua jadi ada sebabnya..ok.



.Alles ist Scheisse.




munee.nmz.2340.hari ini hujan di waktu pagi dan tengahari.
ohh, yea. this whole topic is about after that result. dan aku masih 'terkejut' sebenarnya.

Tuesday, June 16, 2009

a box of stories

: scbit. its like u have to wait fo the whole life to heard a news from it. i'm sick of it. could it be more faster or what. tired actually for not doing anything that makes me feel like i'm a student. its been too long yer. come on, i'll do my best there. yer, aku masih belajar dan belajar.


: its really cold oh its actually winter? heh, yeap. its winter already. sebenarnya dah lama since early jun rasanya. sejuk , hujan, angin kuat, suhu naik turun. hari ini matahari cerah sangat esok hujan lebat angin macam biasa kuat nak tengok salji kah? haha, tak dapat laa. jom pergi tempat yang agak tinggi seperti snowy mountain dan blue mountain. masa winter lah kan. hmm. angin macam biasa sangat kuat. adeh sejuk sejuk sudah tentu. haha.


: konspirasi pagarkan gigi heh. tak menjadi seperti yang di harapkan. yer2, aku memahami situasi ini. perasan betul la kau ni. hahah. apepun, gigi jangan risau. anda tetap akan dijaga dengan baikk oleh saya. jadi senyum lah dengan mesra hati yang ikhlas. haha ada kaitan kah senyum? ape lah dia ni.


: menambah koleksi novel lagi yer, aku dah aim novel dah. untuk masa sekarang ada lah dalam 10 buah novel. campur tolak tajuk pe semua. dan kalau aku mampu nak pos ke beli dari jauh atau pesan melalui internet ke ape, aku buat. heh. macam boleh je kan aku ni, haha. nak senaraikan kang panjang rasanya melebihi 10. hahahahaha






: a postcard from ina. yer, poskad ini sampai bersama sama dengan hadiah dari dia. melalui emak dia bagi. kan masa mak balik dulu tu. tak sangka pulak aku dia bagi. hehe. thanks ina. really appreciate it. erm yang buat aku nak gelak aje tuh kan pasal poskad gambar makanan weh! hahaha. i wish it was real u know. haha. dia memang memahami aku ina. haha.. kita kan sepupu yang bestt, tapi memang best lagi kalau semua ada. hehe. rinduu dekat semuaaa. haa, inilah poskad nya. hahahahaha.


: laptop oh laptop. yer, situasi masih sama pasal laptop aku ini. dia macam ada mood nya tersendiri. laptop ni banyak berjasa laa. i love u laptop, do u love me?hahaha. n nak tau tak yang sebenarnya laptop aku sudah kehilangan huruf r . bukan hilang tapi tercabut la., panjang cerita nya. sekarang huruf r ini ada didepan aku tapi tak dapat nak sambung balik laa. nak pakai gam ke ape? haha. iye2, aku tahu aku, what a mistake kan tapi ape boleh buat sekarang? melainkan hantar ke kedai or siapa yang mempunyai pengetahuan tinggi mengenai laptop sila tampil kehadapan bagi membantu mengatasi masalah ini. hahaha. if ada kat seremban tau la dekat mana kan tapi sekarang..aishhh. i should be more careful next time. ala, aku guna betul la. nothing seems to be wrong pun about this laptop. or is it me? entahla..



: oh ya, aku masih rasakan hati aku dekat sana lagi. semuanya masih segar di ingatan ah. tak dapat lupa semua. huhu. i know i know what a mistake kan. what a mistake. hmmm


munee.nmz.0424.a box of stories.
heh, tajuk nak best je. heh but now i'm sleepy enough so i have to stop ah. aishh,masa habis di blog sahajaaa, camno nih..nanti je lagi. taa