Sunday, March 17, 2013

HELLO YES I'M BACK.

hello! assalamualaikum. i'm back *gaya arnold schwazenneger dalam terminator* !!! hahaha yes, saya nak update balik. perlahan lahan pasti boleh! ok. tahun 2013. macam macam jadi. banyak perubahan.

for a starter, here is a picture of me,



NMZ7890 on 13313.


and a quote from me:

"emotions and determination triggers focus and motivation to me"

somehow i do really feel that way. will elaborate more later on it!!! happy to be back!

ofcourse i'll update again. soooooooooooooooon :D :D s

Thursday, October 6, 2011

sambungan kisah kebab.


*haa ini buktinya. tapi tak tahu lah jika dia seorang atau berdua. yang penting saya dah jumpa penjual kebab perempuan!



ya sambungan kisah kebab dan pasar malam, mestilah ada. takde lah,nak memuaskan hati sebab dapat jumpa peniaga kebab perempuan. hehehehe ye sangat excited je dapat jumpa penjual kebab perempuan sebab apa selalunya lelaki je. kan dalam post yang dulu mengenai kebab dulu ada menyebut mengenai penjual kebab perempuan. sampai terfikir nak menceburi bidang menjual kebab ni. sebab dah kegemaran kita kan.

lokasinya masih di pasar malam yang sama. maklumlah kegemaran, setiap kali pergi , mesti cari. maafkan lah kita, teruja ya dapat melihat perempuan memasak n mencincang daging kebab kemudian dimasukkan ke roti pita nya. nak bukti? mari kita tunjukkan gambarnya. haa kat atas tu la





nmz.munee.61011.1333.sambungan kisah kebab
semoga perniagaan kebab terus maju n ramai lagi peniaga kebab perempuan di pasar malam

Thursday, September 29, 2011

matanya berkaca lagi

matanya berkaca lagi
mengenang masa silam
yang tidak dapat diputar kembali
jadi dia harus memandang ke hadapan
walaupun jalan nampak suram

matanya berkaca lagi
mengenang emak ayah serta keluarga
yang harapan tinggi melangit nak tengok dia berjaya
yang nak melihat dia berubah & berdikari sepenuhnya

matanya berkaca lagi
mengenang yang telah tiada
segala kenangan dan ingatan tak akan dilupa
dalam diam, alfatihah disedekahkan kepada mereka

matanya berkaca lagi
untuk kesilapan dalam pertuturan
yang membawa ke penyesalan
tidak dapat diundur tapi ditelan
dan senyum dalam kepahitan

matanya berkaca lagi
untuk perubahan diri yang dirasakan tidak bererti
eh janganlah mengalah, perjalanan kau jauh lagi
tunjuk pada semua kau boleh lakukan
jangan mengalah jangan mengalah
pedulikan walau apa jua halangan





nmz.munee.1333.260911.matanya berkaca lagi
dan kaca pun pecah dihempas kuat ke batu,maka berhati2 lah dia mengutip serpihan disitu

Sunday, September 25, 2011

please , please digest this words.

There is stages in life, where you have to make decision. Your own decision. I've created opportunities for you and it is up to you to decide.







nmz.munee.please,please digest this words.260911.2236
dari ayah.sila tanamkan di otak anda ayat ini. fikir sebaiknya, jalan yang mana.

Thursday, August 18, 2011

happy birthday!


ehhh tiba2 happy birthday ni. siapakah. okay okay mengada, nak jugak heboh di blog yang NMZ7890 is NMZ7811 this year. *cantik kan nombor tu?senang kan nak ingat?kan?kan? heheheeeee * yang penting 7811 jatuh pada 7 ramadhan 1432 tahun ini. rasa yang tak dapat diungkapkan bila 7811 tiba dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan yang pahala nya tak terhitung untuk dikejar.

alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi peluang pada saya untuk merasai peringkat umur seterusnya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan keberkatan masa, usia, ilmu dan amal.
semoga umur yang lalu n akan datang diberkati Allah. makin tua ni munirah, jadi gunakan otak tu sebaiknya. tanggungjawab makin besar bila umur meningkat, pada diri sendiri, keluarga..oh dah boleh menentukan masa depan negara jugak ni.

haaa jangan main main. hadiah dah beli awal2 tau untuk diri sendiri. jam tangan casio. cantik okay sendiri pilih masa pergi langkawi akhir julai dulu. cuba tengok...lawa kan? heheee :D





nmz.munee.happy birthday!180811.2348.
sudah tentu terima kasih kepada keluarga kesayangan juga n terima kasih kepada semua rakan rakan di atas segala doa n ingatan. :)

Thursday, June 23, 2011

pengalaman dan kegemaran : kebab

Dalam kalangan orang yang lalu lalang melihat lihat gerai yang di bahu jalan itu, datanglah kami berdua mencari makanan juga..maklumlah pasar malam. masing masing sudah ada target atau makanan yang nak dicarinya. namun aku pada hari itu target sudah dikenal pasti dari jauh. dah pusing pasar malam 2 kali dah sebelum nak jejak kedai yang mana. mata aku meliar mencari makanan itu, cuba teka apa diaaa. ha kebab ye. alaa kebab roti pita tu. kegemaran saya ye kebab yang mesti dicari lah dipasar malam. sedapppp


maklumlah pada hari selasa itu , aku puasa sunat rejab sebenarnya jadi semangat untuk berjumpa makanan kegemaran tu lagi lah.paham je lah munirah ni bila jumpa makanan kegemarannya bagaimana kan.

dua kali pusing pasar malam tu, ada la jumpa 3 , 4 gerai kebab. yang payahnya nak membuat keputusan gerai mana nak disinggah n belinya. poning den. memikirkan kebab sama seperti mencari nasi kerabu di pasar malam. gerai mana yang sedap atau banyak orang, maklum lah masih dalam sesi berkenalan dengan pasar malam sini.

haaa lagi kebarangkalian untuk kau jumpa penjual kebab perempuan amat payah. kenapa? kenapa? tak ada yang minat menceburi bidang ini ke..aku sampai bercita nak meniaga kebab pun ada tapi cita2 itu dibelakang cita2 nak buka kedai buku. ok ini cerita lain sambung pasal pasar malam kau ni

tengok jam dah pukul 6.30pm. ok kena cepat, kena cepat buat keputusan, barang2 makan2 lain dah beli dengan munir. tapi masa tu munir pergi cari taufu fa putih tak silap.

ah jalan punya jalan, nampak la gerai kebab ni. tak ada lah ramai yang menyinggah, cuma mata2 pengunjung pasar malam je nampak mencari2 apa yang dikehendaki mereka. aku pergi lah. dah lambat ni. maka order lah kebab daging roti pita satu!

tunggu punya tunggu, aku perhati la gerai ni, dia menjual benda2 bergoreng sekali, macam ayam goreng, fishball nugget apa semualah. masa tengok orang yang menyediakan kebab tu dia macam teragak2 jugak gayanya, mungkin awal 20-an , sederhana tinggi orangnya n nampak macam tersengih2 tak bersedia. aku diam yo la menunggu kan. tapi yang bestnya tu kat belakang dia ada tauke gerai tu memerhatikan cara dia menyediakan kebab tu. budak ni baru kerja agaknya.hmm

lepas tu..aku tengok cara dia buat. memang lah tak nampak kan tapi apa yang aku nampak. sayur banyak, sos cilinya banyak. tapi daging nya banyak jugaklah nampaklah daging dia welldone siap kan.caranya dia macam nak tak nak buat pun ada...ish..muka aku dah ok dah siap , bayar 3.00 terimakasih.

alhamdulillah sudah masuk waktu berbuka.selesai dengan kurma n nasi ayam berempah, tibalah masa untuk kebab. yahooooooo. dengan senyum2 bismillah aku makan kebab itu. lepas 3,4 gigit. aku berhenti.muka aku dah berubah dah.terus berhenti aku makan.

terdiam lama aku.kecewa.apa begini dia harus lakukan pada kebab. membuat makanan itu adalah mesti ada dengan perasaan nak buat, bukan tak nak. aku nak marah2 pun tak ada gunanya. kecewa lah yang penting n sudah tentu aku memang pangkah gerai kebab tu! tak akan ku singgah lagi. tengok lah bila lalu nanti memang aku bagi renungan mata tajam lah kalau dapat. ish ish. memang tak jejak lagi laa. kecewa geram semua ada. sebab tu la kebersihan diri terutamanya harus diutamakannn.



dan pada itu, satu perasaan dan pengalaman serta merta keluar di ingatan...

...............................................

lokasi di pasar malam ampangan, seremban. tahun tak ingat bila tapi dah bertahun2 dah tak rasa sebab dah lama tak singgah pasar malam ampangan. harap gerai kebab tu ada lagi. ok2 ini dia

"bang, kebab daging satu.'' kata ku dengan penuh bersemangat. mata aku bersinar2 tengok daging2 yang digorengn dicincang bersama hirisan timun n kobis. cili , mayonis semua lengkap lah. apa lagi harumnya bau daging n ayam yang digolek2 menegak tu. fuhh

''nah dik, siap."dengan pantas abang kebab yang berbadan tegap n mengikat key/bandana di kepalanya sambil senyum tetapi tangannya pantas menyediakan kebab2 yang lain

"yeah terima kasih bang. "sambil tersenyum lebar aku menyerahkan 2.50 sen

dah dapat kebab , maka gembiralah perempuan ini berjalan menuju ke keluarganya yang menunggu di gerai air soya. sampai sahaja di rumah, makan malam n kebab pun sudah dimakan. alhamdulillah.

perasaannya bagaimana?
ya allah sedapnyaaaaaaa.memang aku teringat2 lah sampai sekarang, dengan rasa daging yang diperap tu..bila goreng naik bau nya.fuhh.menikam jiwa. kebab tu cantik je. isi nya pun elok. sama banyak, sayur n dagingnya seimbang, kalau daging pun lebih tak ada salahnya. mayonis pun. bagi aku mayonis itu penting dalam mana2 pembuatan burger atau kebab atau yang sewaktunya.

dalam hati aku selepas makan tu, semoga perniagaan kebab itu maju n sentiasa ada sampai bila bila.
...............................................................


kebab akan sentiasa menjadi kegemaranku. aduhh teringat kebab sydney yang sebesar lengan . hirisan dagingnya besarrr. boleh mintak mayonis banyak atau bbq sos nya. aduuhh, naji's kebab n eastlakes kebab! ah nanti la cerita dengan kebab sydney pulak. hahahahahaha



nmz.munee.230611.1326.pengalaman dan kegemaran : kebab
aku berhenti makan sebab jumpa RAMBUT. do i need to explain more? no.

Saturday, June 18, 2011

dan aku masih disini

yo blog, apo kabar?sihat? den ingat yo nak update tp xdapek nak carik bilo yang patut eh den bukak blog ni. den ado yo kek sini. camni yo...

aku tak tahu macamne nak mula kan semuanya, namun banyak cerita n label baru untuk post yang nak dirasmikan. tapi banyak untuk kisahbas+392 aku. ok tak habis2 dengan bas kan. tapi itulah aku dulu bas lah yang teman. untuk setiap hari2 yang aku lalui, bas aku ada je teman. tak kemana dia, ada je. notes hp aku penuh saje ni, nak baca? nanti la. den tulis2 sikit.. i need to talk. ye lah cakap2 dengan orang lain apa semua. tp aku tulis meluah2kan apa rasa sebab entah la :( i feel sad, because of myself. sebab kan bila kau dalam perasaan macamni kau sedar, kamonn. dont be like this. cukup2 lah dulu, nak muntah ok tengok isi blog yang macam ni.

dan dan aku nak letak gambar2 dari E71 kesayangan. n cerita2 sikit2 lah..best ok..bayangkan ado 4903. malas nak pindahkan ke laptop , sebab kalau2 rindukan sydney, itulah ubatnya. ahhaha tak lah nanti dia hilang siapa nak ganti?siapa?siapa?sebab laptop ini ada 2kemungkinan.paham2 je lah

haaaaa cerita pasal laptop. :(( laptop aku pun sama je ceritanya. huaaaaaaaa tak da lah, sebab dia dah tak boleh on. lepas tu ada laptop lain..maksud aku laptop baru huhu i know i'm not suppose to be sad ke apa tapi entahlah...nanti lah aku bebel pasal laptop , lamo xupdate pasal laptop/netbook kat blog ni




nmz.munee.180611.1850.dan aku masih disini
n n about me. hmmmm let me see. haha nanti lah. wait. yang kat atas tu semua pasal aku lah kan. apo aku merepek ni. aiyo


Wednesday, June 1, 2011

hai.

ye, apa kabar blog?lamo xsinggah. sorry sebab xda bulan mei. hmm,cuba nak post sekurang2 atau3 tapi amcam susah. yelah sekarang on9 nya bukan selalu. n yes sorry blog,menghabiskan masa di notes hp je. hahahahha kalah blog n twitter i. ok2, satu hari nanti perlahan2 aku update segala macam yang patut update. oh2 dengan 4859 gambar dalam E71 kesayangan. nak post sekarang wayar tertinggal pulak.


everything is ok.* baca dengan nada serius n tenang* ok. betul.kenapa?tak percaya? haaa

maka sydney baru masuk winter.hmmm rindu sejuk sydney.n matraville.

this is just a random update. nanti jumpa lagi.see you ppl

nmz.munee.hai.1611.1839
dan semoga hari2 mendatang membawa seribu senyuman n kenangan untuk kita.