Ya, malam tadi mengambil peluang menonton Ada Apa Dengan Cinta 2 yang menjadi kegilaan ramai dan satu setengah jam kemudian bergelap. Agak cemas juga kerana mengingatkan adakah silapnya dari saya yang sedang menonton AADC2 ketika itu. Hampir satu Kajang atau Bangi pun turut bergelap sama rasanya malam tadi. Dengarnya pencawang elektrik berdekatan Sungai Chua ada masalah, harapnya tiada apa yang buruk jadi lah.
Mengenai tadi AADC2 yang tidak sempat habis tonton pula, saya seolah mengharapkan sesuatu yang lain dari movie ini. Ceritanya bergerak perlahan untuk setiap plot yang ada mungkin semua nak diterangkan dan banyak sangat ruang atau cara sinematografinya yang nak ditunjukkan. Jelasnya, hidup ini adalah satu pengharapan. Tidak kisahlah apa situasi pun kerana harapan dan kenangan itu membuatkan seseorang itu hidup walaupun masa depan yang dilalui itu belum pasti bagaimana. Dan persahabatan yang kukuh serta ikatan kekeluargaan yang erat pula membuatkan seseorang dapat berdiri teguh untuk masa yang akan datang.
Berkemungkinan akan sambung tonton semula untuk langkah seterusnya yang akan diambil oleh mereka.
No comments:
Post a Comment