Saturday, October 31, 2009

apa ini

dah kira kira hari nak balik walaupun tarikh tak tau lagi. keyakinan tinggi baik punya macam biasa. hahaha.

dan malam malam aku seperti biasa
masih disana
sekali lagi
apa khabar semua
seremban apa khabar
melaka juga bagaimana
keluarga keluarga disana
serta samarahan juga
tempat mula mula berdikari mengejar citacita
mengenali semuanya
pengalaman dijadikan pengajaran
bagi hari hari nanti
dan aku tersenyum senyum sendiri ingat semua ini









nmz.munee.2336.apa ini
apa mengarut macamniiiiiiii

Friday, October 30, 2009

aarrgh



AARRGH.


hahahaha. smart no plat jeep itu kan.
masa dalam perjalanan ke kelas tunggu traffic light bertukar warna hijau dan aku di kerusi kegemaran aku sebelah kanan tepi tingkap, aku akan perhatikan segala yang berlaku di luar bas. melihat orang dan segala jenis kenderaan yang ada dan no plat mereka. dan cuaca hari itu sangat baik dan matahari banyak dan cerahh, panas, best. haha

dan bas aku ok ok je la. aku je menggelabah dengan bas selaluu, keyakinan tinggi baik punya dengan bas. haha. tapi semua ok ok la. hehe








munee.nmz.aarrgh.1906
aarrgh

sana

yeahh,
sana.
apa khabar
bagaimana rupanya sekarang
masihkah serupa
adakah orang orangnya masih seperti dulu
yang semuanya masih diselubungi rindu
bermacam peristiwa yang terjadi
dengan bermacam perasaan ada dalam diri
namun semuanya pengajaran dan pengalaman
untuk kekuatan menghadapi masa depan
yang tiap hari perjalanan dengan kekuatan
dan bagi menghilangkan kerinduan
pasti akan berjumpa dengan semua
walau mengambil masa sesaat cuma
dengan senyuman gelak tawa
ternyata tetap diingatan semua tak kira dimana anda berada









munee.nmz.sana.1332
haha.mengarutkah lagi.

mari baca ini

rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah pada Sasterawan Negara ke-10, Dato' Dr Anwar Ridhwan. dan pidato beliau banyak isi dan makna. setiap baris ayat sungguh indah diaturnya. petikan pidato sasterawan negara ke-10. Datuk Dr Anwar Ridhwan pada 20 oktober lepas.

Bismillah itu permulaan kalam,

Dengan nama Allah Khalikulalam,

Berkat Muhammad Sayid Alanam,

Memberi rahmat siang dan malam.

Awal bismillah fakir menyusun,

Di pangkal jalan memohon ampun,

Maklum bahasa tidak tersusun,

Banyak perkara hendak dihimpun.

Majlis permai fakir mengisi,

Kata dan fikir dengan puisi,

Kerana fakir bertugas di institusi,

Yang "melangkah ke hadapan bersama tradisi."

I: Citra Sastera

Sastera itu adab persuratan,

Pelbagai makna serta tafsiran,

Namun bakat serta indah penulisan,

Tentang Tuhan, makhluk-Nya dan pemikiran.

Bakat dan karya ada tanggungjawab,

Berbuat di dunia balasannya di alam baqa,

Diingatkan Allah menjadi khalifah-Nya,

Bantu membimbing umat manusia.

Hindari kutukan kepada penyair sesat,

Dalam Al-Syu'ara telah tersurat,

Yang ditulis benar itulah yang diperbuat,

Takwa itu memandu pena menyurat.

Dengan akal pena menukilkan,

Seperti lidah wajar berperaturan,

Pena yang jujur lebih dimuliakan,

Bukan pedang melibas sembarangan.

Persuratan itu mengandung ilmu,

Juga mendidik tiadalah jemu,

Mutiara kata dapat ditemu,

Yang indah-indah dan merdu turut diramu.

Hamzah Fansuri, Syeikh Ahmad al-Fatani,

Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji,

Karya persuratan padat berisi,

Tanda pujangga seorang insani.

Persuratan tidak mengulang yang lama,

Atau hanya alam dan watak semata,

Fikrah falsafah itu lebihlah mulia,

Disulam keindahan membijaksanakan manusia.

Dibantu ilmu karya terkarang,

Piawai Melayu ini jangan dibuang,

Nyata dan magis silang bersilang,

Ke pentas dunia masuk gelanggang.

Melayu menyediakan atur hukum sastera,

Dalam puisi dan hikayat warisan bangsa,

Ditambah ilmu bantu dan prinsip semasa,

Ciptakan karya bertaraf dunia.

Ibn Tufail, Ibn al-Nafis,

Menyelami dasar falsafah menulis,

Apungkan ilmu madahnya pun majlis,

Keadilan hakiki pencarian penulis.

II: Keprihatinan Sastera Malaysia

Sastera bukan khayali ke dalam diri,

Nasib alam dan ummah diperhati,

Peka akan gejolak yang mengelilingi,

Dicipta persuratan untuk dihayati:

(i)

Asas tamadun sudah bertunas,

Melayu bersyarak kepada nas,

Lenyap kegelapan oleh nur yang bernas,

Hablum min Allah, Hablum min al-nas.

Pusat intelektual bermula di istana,

Lahirkan ulama, pemikir dan pujangga,

Muamalat, munakahat, siasah dijana,

Hukum jinayat, adab, persuratan juga.

Seteguh dahulukah Melayu-Islam kini?

Akidah mencair atas nama hak asasi,

Islam liberal dan sekularisme mencemari,

kepada ad-Din yang benar hendaklah kembali.

Ada yang mencabar hukum syariah

Anggap hukum duniawi lebih indah,

Tidak sempurna bukan sifatnya Allah,

Di atas segalanyalah asma'ilahiyyah.

(ii)

Kita mengenal Suhaif al-Rumi,

Begitu juga Salman al-Farisi,

Beserta dengan Bilal al-Habashi,

Begitu pelbagainya wajah insani.

Allah ciptakan pelbagai bangsa,

Allah hembuskan seribu bahasa,

Untuk berkenalan sesama manusia,

Jangan sampai abaikan hak milik kita.

Semenanjung Melayu ini di Alam Melayu,

Sebab musababnya jelas bagi yang tahu,

Sejak abad ke-VII kembangkan tradisi ilmu,

Kuasai ekonomi Nusantara delapan penjuru.

Majapahit, Sriwijaya, Langkasuka dan Melaka,

Corakkan wajah kebudayaan kita,

Sehingga penjajah membawa tenaga kerja,

Bekerja demi kepentingan ekonomi mereka.

Kini tenaga kerja asing terus penuhi negara,

Pada tempat dan ketika lebih ramai mereka,

Rakyat rasa tak selamat tak rasa bebas merdeka,

Berbuatlah sesuatu agar negara ini tenang semula.

(iii)

Bangsa bermaruah merdeka daripada penjajah,

Kuasa-kuasa Barat dan Timur datang menjarah,

Menghalau mereka tidak sahaja perwira dan orang siasah,

Peranan ulama dan penulis juga diakui sejarah.

Justeru setiap menyambut ulang tahun merdeka,

Kenangilah pengorbanan dan bakti mereka,

Yang benar-benar berjasa tampilkan ke muka,

Berterima kasih pada saat sesuai dan ketika.

Melayu dengan kedaulatan dan ketuanan,

Ihsan memberi taraf kerakyatan,

"Kontrak Sosial" menjadi ikatan,

Diikat kukuhlah jangan rungkaikan.

Maka teguh-kukuhkan perkara yang empat,

Kedudukan Raja-Raja Melayu menjamin daulat,

Islam agama rasmi, Melayu Bahasa Kebangsaan dinobat,

Hak istimewa Melayu dan bumiputera mendapat tempat.

Prihatinlah akan nasib tanah air dan bangsa,

Hubbul watan minal iman peganglah ia,

Berhujahlah Melayu baru dengan akal dan fakta,

Bukan zahirkan rasa dan emosi semata.

Namun bertimbang rasalah kepada taulan,

Pelbagai bangsa jiran dan kenalan,

Pada zamannya Nabi telah tunjukkan,

Islam menjalin indah perpaduan.

(iv)

Melayu itu beradab, berperaturan, berkerajaan,

Di alam Melayu ribuan tahun kekuasaan,

Khalifah Allah segala raja dan sultan,

Patut dibantu orang-orang besar bijaksana lagi budiman.

Jangan sekali-kali bertindak atas hukum rimba,

Matlamat dan cara mesti halal belaka,

Tersurat hukum kanun dan undang-undang mulia,

Pangkal peraturan bagi segala raja-raja dan rakyatnya.

(v)

Pendidikan Melayu itu berliku lorongnya,

Pada zaman penjajah, hanya vernacular kastanya,

Pribumi sengaja ditolak dari bandar dan kotanya,

Sentiasa mengekori pelajar kota yang pantas lariannya.

Terfikir fakir akan nasib bahasanya,

Ratusan tahun melakar wacana,

Tanpa menjadi bahasa ilmu akan ke mana?

Cukuplah jadi bahasa basahan sahaja?

Pada abad XVI Valentin terpesona,

Di sebelah sini bahasa Melayu berkuasa,

Dari timur Parsi hingga ke Kepulauan Filipina,

Kini mesti lebih perkasa di negaranya dan dunia.

Ilmu sekular moden Melayu wajar berhati-hati,

Kerana akhirat itu pasti dihadapi,

Atas ilmu ukhrawi dirikan ilmu duniawi,

Baharulah barakah hingga ke kampung kekal abadi.

(vi)

Asal asali itu Melayu teras jua,

Bangsa besar lagi majoriti jumlahnya

Patutlah teras segala citra budaya,

Entah kenapa kini digerhanakan seri wajahnya.

Budaya itu bersendi adat berpangkal agama,

Tanda bangsa beradab lagi mulia,

Tapi hedonisme tampak dibiarkan merajalela,

Budi bahasa amat ketara lunturnya.

Segalanya bermula darinya rumah,

Mencipta kasih sayang mawaddah war-rahmah,

Tahzibul akhlak tanggungjawab ummah,

Akhiran terpuji husnul khatimah.

(vii)

Persuratan dan bahasa "azwar" yang baik,

Tamsil makhluk dengan yang Khalik,

Perjuangan bahasa bukanlah pelik,

Kuasai yang asing, tak tercicir milik.

Hang Tuah kuasai berbelas bahasa,

Melalui munsyi bahasa yang berjasa,

Bukan dengan "pandai besi" berbadan sasa,

Bukan dengan "pandai emas" mencanai suasa.

Kuasai bahasa Arab di dalam dada,

Bahasa Barat dan Timur di dalam minda,

"Seribu bahasa kita bicara,

Manakan sama bahasa bonda".

Ke manakah arah bahasa Melayu?

Dipandang rendah tak banyak yang mahu,

Sesekali dipakai miskinnya mutu,

Nama tempat, jalan dan bangunan tidak menentu.

Alangkah molek bercitra kebangsaan,

Setiap bangsa rohnya diciptakan Tuhan,

Tercabut rohnya citra pun kehilangan,

Bagaikan tanah ini tidak bertuan.

(viii)

Sebelum mengundur diri fakir rakamkan,

Ucapan "terima kasih" kepada sekalian,

Pengkritik, penterjemah, editor dan panel budiman,

Isteri, anakanda dan menantu pemberi sokongan.

Serta sahabat fakir Cina dan India,

Kadazandusun dan Iban juga,

Dengan bakat, akal, bahasa dan karya,

Perkasakan tamadun bangsa kita,

Sudah sampai ke hujung fakir bermadah,

Pada malam bersejarah menjunjung Anugerah,

Jutaan ampun atas silap dan salah,

Yang Maha Sempurna Terpuji itu miliknya Allah.

Wahai segala arif permata,

janganlah apa fakir dikata,

Kalam buruk kertasnya lata,

Menyuratnya tiada ada pelita.

Sudahlah dengan takdir Allah,

Tiadalah dapat lagi disalah,

di Lohmahfuz suratan terjumlah,

Barang yang datang disyukurkanlah.






nmz.munee.1406.mari baca ini
diambil dari:
Utusan Malaysia Online - Sastera

Monday, October 26, 2009

cerita sikit

yeah, setelah lama tidak update ye tak. dan tajuk entry dah pernah digunakan dalam post sebelum ini kalau ada perasan entry lama itu. haha. tapi tajuk ada juga kan. heh.

dan aku ada perkembangan terkini bagi yang mengikuti kisah laptop oh laptop. hahaha. oh ya,laptop kesayangan kini berada disanaaa. tahniah laptop kerana berada disana sebelum saya jejak dulu. hahahah semoga laptop sihat kembali dan pulih seperti biasa. heh. dan mak ayah selamat pulang ke sini semula nanti dan hal2 semua sudah diuruskan.

mengenai kisah 392 pula, dah semakin biasa dengan perangainya. sabar je la. yang penting aku dah bijak menggunakan 396, 391. hahaha. ye la kan. kalau 392 terlepas takpun dia dah meluncur laju depan mata bolehlah aku curang sekejap dengan 391 + 396.dah boleh jangka setiap langkah bas bas ini. hahaha. apakah


oh ya, the reds kesayangan juga mengalahkan red devil itu pada perlawanan lepas. semangat tengok dekat footytube time tu, tengok live tak dapat la kan. haha. apapun, the reds boleh bangkit lagi walau apa jadi
yeahhh





nmz.munee.cerita sikit.2320pm
yang penting bas ok dan kelas kelas aku pun elok elok sahaja...
psst, kira kira hari sudah nii...disember kah

Wednesday, October 21, 2009

makna

bila bunyi jam berdetik,
meninggalkan setiap saat dan minit yang dilalui,
tanpa diketahui adakah ia dilalui penuh makna.
maka tidak nanti penuh penyesalan jua.
bila dikenangkan segala kesilapan dimasa lalu
untuk dijadikan pengajaran segala cabaran
dengan langkah kaki untuk hari hari nanti
membawa seribu persoalan tentang diri sendiri




nmz.munee.makna.1211
mengarut lagi.tak habis2

Tuesday, October 20, 2009

kembali pulang

maka harapan untuk kembali pulang telah tercipta. setelah diketahui bila tempoh jangka masa sebenarnya, dan hati aku pun bersinar semula untuk melihat kembali segala yang telah ditinggalkan disana serta mereka semua. datang bawa seribu erti serta cuba membawa perubahan yang terbaik juga untuk diri. dan terus merungkai persoalan tentang diri sendiri sama ada masih diingati. haha. tak pun jadi macam dedaun pokok yang gugur ditiup angin meninggalkan segala dibelakang. yang hilang ditelan angin, dibawa jauh pergi untuk kesekian kalinya. heh. harus dirancang baik baik supaya nanti tak ada huru hara sana sini nanti. haha.





nmz.munee.0124.kembali pulang
tunggu dan lihat nanti

Monday, October 19, 2009

jumpa disana

maka spekulasi mengenai kepulangan ke sana telah terjawab. dan mak ayah yang akan pulang ke sana lebih kurang dua minggu. perghhhhh. apakah. ada hal yang nak diuruskan tak silap aku, mestilah habis tu takkan la suka2 nak balik kan.

dan nasib laptop kesayangan aku akhirnya ada jawapannya setelah en z memberi kata putus bahawa laptop aku akan dibawa pulang bersama mereka selama dua minggu. oh tidak, pasti aku kerinduan terhadap kau wahai laptop. heh

jadi boleh la aku nak minta barang macammacam. haha. tak da, la just secara random saje, macam biskut jacobs hahaha, buku baru. itu yang utama la. haha

dan situasi nanti kita lihat bagaimana yeap untuk hari hari yang akan datang nanti.








munee.nmz.jumpa disana.1959
oh balik rupanya