Monday, August 31, 2009

merdeka!

merdeka!
saat yang kekuatan semua orang disatukan dalam laungan
semoga terus bersatu, maju untuk hari mendatang
selamat menyambut kemerdekaan ke 52, Malaysia.


nmz.munee.0001.merdeka.
selamat menyambut kemerdekaan ke 52.

Tuesday, August 25, 2009

cuaca hari ini dan hari seterusnya

cuaca angin kuat ditambah mendung sana sini
yang mendung dalam diri tak hilang lagi
segala kesejukan kedinginan ditambah dengan kekuatan
untuk menghadapi hari hari disini
semoga matahari cerah dan suasana tenang
untuk segala hari hari yang mendatang





nmz.munee.1625.cuaca hari dan hari seterusnya
hari esok cuaca sama ke lagi....tak nak macamni

aha..bola itu

aku harap apa yang aku baca tak betul dekat laman webnya tadi. kalah kat padang sendiri ke.adeh si striker dari spain itu tak kan tak nak gol setelah membuat persembahan awal kemunculannya dulu banyak pulak gol pada 07 hmm. sebelum ni kalau ada jumpa dalam match pun atleast ada gol la kan. apakah. tak pe, baru start season. dan aku tetap sokong kelab kesayangan aku ini walau apa jadi. heh








munee.nmz.0650.bola itu
yess,saya sokong the reds.

Monday, August 24, 2009

setelah

jumpa lagi setelah hati tergerak mau update. huahaha. asyik tergantung je post aku. ok, mari cerita untuk apa jadi:

1. aku dapat bas awal. tahniah munirah kerana berjaya mengambil bas cepat. hahaha

2. alhamdulillah saya sudah berpuasa 3hari. dan berbuka memang best. ceh, tau la buka awal. ahaha.

3.dan lagu2 di hp menemani perjalanan aku. volume juga telah dikurangkan. tak elok dengar kuat2 ye.hahaha

4.alhamdulillah sampai kelas awal dengan selamat. hari ini aku baju kotak2 n tudung ungu. dan agak mengejutkan kelas aku hari ini hanya 10orang sahaja. gilo. nasib baik kelas hari ini sangat seronok penuh gelak tawa pe semua. terasa macam ramai pulak kan.wahaha. dan lecturer aku sangat sporting. kami juga membincangkan mengenai pelajar2 yang telah disyaki dan didapati meniru semasa test dahulu. ternyata nak meniru secara terang-terangan. dah tu,jawapan salah pulak tuh. ada pulak bawak kertas saiz a4 maksud aku nota la kan.

5.kelas habis. then keluar bangunan elok2 hujan tengah turun. gerimis yang lebat sikit. then sejuk lain cerita. adeh. dan aku mengambil masa selama 5 minit untuk membuka payung yang dibawa. haha. iye, aku dah tekan dah kuat2 dekat handle tuh tak jugak. sekali tolak je sekali, haa. dapat pun. hahaha.

6.berjaya sampai di hyde park. tunggu di perhentian bas depan itu. hujan hujan macamni pun ramai orang lalu lalang jugak. tak kira la berpayung ke tidak. tak ramai pakai payung pun sebenarnya. nak menikmati hujan agaknya tuh.

7.392 sampai. penuh betul bas hari ini. tak kena timing naik. aku naik bas lambat tadi. saje jalan slow.hahaha. sedap2 berdiri nih ternampak pulak perempuan yang duduk depan aku ni. dia tengah melayan iPhone tengok movie 'ps i love you'. pergh, iPhone. apa lagi yang kau boleh buat?wahaha. apepun mengenai movie itu, ternyata novelnya lagi best. hahaha

8.dan pemandu bas hari ini kelihatan sangat tegas. muka serius je. nak senyum pun tak sampai 3saat. orang yang duduk depan pintu habis dia sound suruh ke dalam lagi sebab bahaya la kan. hari ini bas penuh sampai tak boleh kasi orang naik lagi tadi. tak pe, serius pun bawak bas cam best je, ikut peraturan sungguh. laju tak la laju sangat. best la tadi

9.novel the adventurous of sherlock holmes diulang lagi. ahaha. sebab baru beli n aku suka style sherlock holmes tuh. haha. hmm, i need new booksss.

9.sampai di matraville. berjalan sambil menahan angin yang kuat. macam nak tolak aku je apehal. ahahaha. dan selamat sampai dirumah.

10. selamat berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh. tadi aku dah kurang nasi, tapi lauk maintain. ahahaha. camno tuh

itulah yang terjadi untuk hari ini. ada la cerita kan walaupun keseluruhannya banyak mengarut. wahaha.










nmz.munee.0010.setelah
semoga hari esok lebih baik dari hari ini. selamat berpuasa.

Friday, August 21, 2009

ohh

mungkin post kali ini nampak seperti diulangi isi yang sama seperti dalam label sebelumnya. namun, kerana menggugat hati dan fikiran, dituliskan lagi bagi mengubat keresahan. segala macam nasihat masih terpahat diingatan. namun, masih tidak mengambil sebarang tindakan kerana belum punya kekuatan. disebalik keresahan takut kehilangan, diingat kembali masa mula mula sampai di tangan. sungguh tak mahu kehilangan...



oh laptop, janganla begini lagi. aku akan ambil tindakan mengenai kau dan jangan risau ok.










nmz.munee.0120.ohh
sentimental value yang mendalam ni laptop

salam ramadhan

salam ramadhan

selamat berpuasa kepada semua

semoga kita semua mendapat keberkatan dan menggunakan sebaiknya bulan ramadhan kali ini





nmz.munee.salam ramadhan
salam ramadhan 1430H dari saya

bagaimana harus aku mulakan

kelihatan serba salah untuk dia keluar dari bilik itu. namun, dikuatkan semangat juga. diikutkan rasa hati mahu berlari sekuat hati sehingga sampai ke tempat yang diingini. tapi kerana masih didalam, berkali-kali melihat jam. dengan segala keresahan melawan kemahuan. maka, keluar juga dia dari bilik itu. setelah hatinya kuat merasakan panggilan yang menyeru namanya itu, dia pun terus pergi, dengan panggilan itu tadi dia pun terus pergi tanpa mengingati segala nasihat mengenai semua itu sebelum ini. yang dia tahu untuk keburukan yang melebihi segala kebaikan.

dia juga menyedari bahawa itu langkah itu tak sepatutnya dibuat supaya hari hari di masa hadapannya tidak akan terjejas.










nmz.munee.0950.bagaimana harus aku mulakan
yes, agaknya mengenai apa ini..hahaha. oh ribena sprite + cadbury..adeh, inila sebabnya malam tadi makan..huaa

Wednesday, August 19, 2009

jam

berdetik detik bunyi
meninggalkan setiap saat yang aku lalui
yang cuba dilalui penuh makna
agar waktu diingati nanti penuh dengan senyuman sahaja
jadi, gunalah masa sebaiknya
jangan ditinggal jadi sia sia
isi masa dengan kebaikan
dan jauhi segala keburukan
masa tak akan menunggu kita
untuk segala yang terjadi dimasa hadapan


sebenarnya nak cakap, dalam bilik ada jam baru. wahahaha. bunyi jam itu berdetik kuat jugak..hmm. apepun, jam tangan masih elok dan akan dijaga sebaiknya. heh











nmz.munee.2124.jam
ye2, nak cerita pasal jam sebenarnya. lepas tuh mengarut banyak pulak.hahah