Friday, March 12, 2010

hati aku berderai lagi untuk ini T_T


ya. bosan bukan entri berkali kali mengenai ini. terjadi pada malam semalam ketika aku bersemangat nak start buat assignment. haha. ye la, tengah faham n ingat lagi apa yang nak mula. sekali bukak laptop, pergh. rilek rilek tekan mana yang faham macam terjadi dulu. sekali dia macam tu jugak. huaaaaT_T

lepas tu aku pun mula menggelabah. haha. suara dah lain masa cakap dengan syerah muka pun sudah tentu. lepas tu aku mula dengan kerisauan yang tidak hilang sampai sekarang. huhuuu. maklumlah ilmu mengenai laptop tak mendalam sangat sampai jadi lagi.

ye kini menyambung buat segala assignment dekat komputer luar. mengenai segala gambar2, kerja2, lagu2 dalam tu marilah kita sama sama berharap supaya tiada yang hilang juga. huhuu. dan doakan aku dapat selesaikan semua. dan sudah tentu laptop sihat sihat semula. yeahhh




munee.nmz.120310.2201
i'm sorry laptop. i promise i'll take care of you properly alwayssssT_T

be strong otherwise you will go wrong

dekat mana sekarang ni anda munirah?sila fikir elok elok.tolong jangan ingat selalu benda dah lepas tu. anda boleh. sekarang fokus masa depan tolong jangan pandang belakang. mengarutla nak sedih2 down2 tak tentu pasal ni. cheer up, pergi makan laaa kau ni. tiada yang kekal buat selamanya pun. tak kisah la apa pun. be strong otherwise you will go wrong and i'm sure you dont want that kan. dah la. sambung buat kerja tu. benda dah lepas dah la. mengarutla tiba tiba sejak akhir akhir ini, kenak kau? jangan macamni okay?





nmz.munee.be strong otherwise you will go wrong.120310.2149
mengarutlahh. sila senyum okay.


Wednesday, March 10, 2010

adakah disana

assalamualaikum.ye adakah disana. hello hello.

apa khabar semua?sihat?ok?baik kah situasi semua sekarang. lama gila tak update. ye blog, i miss you so much. sorry for ignoring you for about four months. haha. bersawang?berhabuk kah?yo la tu nmz ni. apakah itu, jadi jangan risau. akan cuba diupdate selalu mulai hari ini?

maka didalam draft rupanya ada dalam 20 yang tidak dipublished, separuh cerita, setengah berita suka duka gembira, berbagai perasaan yang dirasa mahu kongsi bersama maka tinggal begitu sahaja. sudah lama tidak update inilah jadinya. adoila nmz ini

oh ya, sesi membaca blog oleh blogger lain tetap berjalan lancar seperti biasa. diam diam kita berjalan membaca cerita, pandangan, pendapat dan situasi hari hari mereka. senyum senyum sendiri dan berbagai perasaan lagi dicampur ketika memahami isi. nak comment pun rasa lain sebab blog sendiri pun tak diupdate ye tak. haha

ye mengapa tidak publishkan semua itu? hmm, entah. ok entah bukan satu jawapan tapi satu alasan untuk tidak okay. dah2, kalau nak publish semua tu sila publish okay takda hal cuma tarikh itu pandai2 la nanti



*yer syerah, aku update dah

nmz.munee.0040.110310.adakah disana.
yeahhhh, update sudahh. hahaha:D

Friday, December 18, 2009

lama

selamat menyambut maal hijrah semua. semoga tahun yang mendatang lebih baik untuk kita menghadapinya dengan penuh tenang dan gembira semua. insyaallah tahun ini kita dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik lagi untuk diri, keluarga dan semua.

oh ya, esok bertolak ke melbourne dengan kereta pukul enam pagi nanti. sampai 22 disember ni.

lama betul tak update blog ini. rasa semacam pulak. rasa tak nak tulis pun ada dah..hmm




munee.nmz.2121.lama
apakah perasaan ini

Thursday, December 17, 2009

well, hello there

ok ok. agak lama tidak update blog. rasa pelik pun ada. haha. singgah singgah ke blog org lain sudah tentu setelah lama tidak buka blog ni. membaca pandangan mereka terhadap sekeliling dan aku semacam hilang sesuatu je dan tak dapat nak cari semula. macam macam jadi sekarang yeap. ramai orang berubah mengikut perubahan cuaca mereka. dan aku sebenarnya baru bermula cuti yang agak lama. summer yang panjang ini hampir dua bulan. hmm, nak cari kerja tak dapat dapat, haha

maka tidak diketahui lagi bilakah tarikh balik yang sebetulnya. ditunggu tunggu juga tarikh ini supaya yang dirancang menjadi. tapi ada sedang belajar jauh jauh belum tentu dapat jumpa juga...

dalam draft ada dua tiga entry belum post lagi. haha. simpan simpan jangan post. sabar je la. ada dalam salah satu entry tu cerita mengenai nelson bay ini..
dan dah mula berjalan jalan cuti cuti sudah. baru baru ini ke port stephens, nelson bay selama 4 hari 3 malam tak silap dan kalau ke depan lagi sudah masuk ke highway untuk ke adelaide. minggu depan ke melbourne pula. yeahh.



nmz.munee.1443.well, hello there.
well, hello there?how's life anyway?everything's fine?

Thursday, December 10, 2009

quotes to ponder 2

the newest addition to the notice board:

  • time is ticking and it waits nobody.
  • be a man, not a boy.
  • never add salt to the wound.


sebelum ini ada lagi diletak oleh ayah di notice board itu tapi ini yang berkesan sikit.
di label quotes to ponder ada yang pertama punya


munee.nmz.quotes to ponder 2.
hobi aku yang ke 3 tuu. aha. biasalah

Thursday, December 3, 2009

sudah lama

dan ini adalah ringkasan setelah lama tidak update blog. aha. yes, apa khabar semua. how's life there. hmm, macam macam jadi yang kita tak sangka bukan. agak kesibukan dengan kelas semua. dan laptop kurang sihat. n nak berjalan jalan di blog orang pun slow sudah. tak apa, nak lajukan balik cuti ni. aha. sedar sedar dah bulan disember. sudah penghujung tahun rupanya....

untuk setiap kata kata yang pernah didengar dan masih diingat sampai sekarang. tak dilupa semuanya. walaupun tajam sahaja, maka faham setiap yang dimahukan dan dituturkan adalah dia. untuk kebaikan juga dan hormatilah keputusan walau apa sahaja.....

oh ya, kelas ok ok sahaja. tak sabar mau habis exam rasanya, haha. yess, another week to go. macam macam lah, apapun, kira kira tolak tepi dan bagi aku buku untuk baca tak mengapa. hmm, semoga semuanya elok elok sahaja.

dan blog ini diupdate melalui laptop yang sihat, ahaha. yang kini kembali sihat setelah dibaiki pada yang memahami. nak berair mata aku masa tengok laptop jadi camtu. sabar je la. ye2, kesalahan sendiri pun kan.yer, saya akan jaga sebaiknya. dan huruf r tak boleh lekat lagi...hmm
oh ya, sempat la tangkap 2,3 gambar laptop ketika kurang sihat ini. aha.





dan aidiladha itu hari ok ok sahaja. macam biasa. kami solat sunat aidiladha di malaysia hall sana, ayah ada buat makan makan dirumah jemput orang datang. kawan kawan n orang2 yang dikenali disini. lauk lauk n makanan pergh memangla sedapp. haha.
hari itu: rendang daging pegaga ( kek nogori ha apo laei somban tu, guno maman lah, mano laei, sodap eh sampai den ingat laei cmno ghaso. siapa tahu maman angkat tangan??haha) , rendang ayam, tulang masak lemak cili api dengan rebung, ketupat kuah kacang, makaroni goreng, chocolate cheesecake, kek lapis, agar agar buah2an, dan cendol(buat sendiri). aha sedap lazat. kesukaan. :))
sedap bukan. tapi hari itu aku didapur dan membasuh pinggan tak berhenti dan adalah rehat kejap kan. it was a good day anyway. dan hari hari terakhir dengan ustaz zuhir n family. dan selamat sampai dah mereka dimalaysia sekarang













munee.nmz.sudah lama.1724
dan dia pun berubah mengikut perubahan musim serta cuaca sekarang....

Wednesday, December 2, 2009

kedai itu.

hobi sepanjang masa sudah tentunya ialah, masuk ke kedai buku. yahuu, hobi untuk menghilangkan stress dan kerunsingan kepala. memang hilang apa semua rasa masa itu dengan senyum senyum sengih lebar nampak tajuk buku kegemaran kita disusun rapinya di rak itu. satu kepuasan bila tengok semua itu, macam hilang kejap benda benda yang tengah fikir sebelum masuk kedai. dan nampak buku memenuhi segala ruang, memang sangat menenangkan. semestinya aku sudah target buku buku yang dimahukan. kedai ini sebenarnya murah murah juga buku dijualnya, macam beza lima atau sepuluh dari harga asal. seronok bukan mendengarnya. dan ada juga menjual cd cd muzik dari berbagai jenis artis hinggalah yang berkumpulan sampai rasa nak buat koleksi semuanya, aha







munee.nmz.kedai itu.2340
yeahh, kumpul duit mari beli buku