Sunday, March 15, 2015

Kembali.

Hello! Yes, i'm back! Again.

Ya. Aku kembali disini. Untuk memudahkan aku dengan apa yang mahu luahkan dikala tiada siapa yang perlu mendengar. Amboi.

Okay. Ini yang pertama untuk tahun ini. Akan aku cuba tulis sebaiknya supaya menajamkan lagi cara menulis aku walaupun pendek dua baris ayat.

Sekarang situasi jauh berbeza dengan dahulu. Maklumlah sedang praktikal selama 6 bulan. Yang mana kau harus peka dengan sekeliling, jangan lalai serta kesilapan kecil yang entah apa-apa kau buat. Dan ya, aku kuat dan yakin dengan diri sendiri berhadapan dengan semua.

Aku harus akui yang aku rindukan berkomunikasi dalam english. Okay sila tampar muka aku sekarang. Hahaha teringat zaman menjadi mentor di program intensif bahasa inggeris di kolej dahulu.

Kadangkala tak semua benda yang kau sayang atau suka akan ada dengan kau selamanya. Perlu disimpan, ada masanya akan rosak dan perlu dibuang. Dilemma betul bila nak mengemas barang atau menyimpan buku ni.

T.T

Jumpa dilain post.
Sekian.

No comments: