Wednesday, December 3, 2014

Ia bukan segalanya

Adakah pointer pengukur masa depan kita
Ia tak bawak kau jauh mana
Hanya kedepan selangkah dari rakanmu yang disana
Dunia luar sana bukan bawa pointer kau ke mana
Bagaimana kau bawa diri dan pengalaman sedia ada,
Itu yang dipandang sebaiknya
Belajar dengan hati dengan kemahuan untuk lepas dari seksa menjawabnya
Dua perkara berbeza
Ya,ini bukan masanya untuk menyedari semua ini
Hendak aku buktikan pada semua
Yang nombor bukan segalanya dengan perkataan dan pemikiran
Dunia dapat diubah sekelip mata Manusia berubah dengan mengenal huruf mengikut masanya
Kau dapat lihat hari ini bagaimana ia mengubah kita semua
Yang banyak membaca, dunia mereka lagi luas tiada penghujungnya
Yang pandai berbicara,mereka gunakan untuk ubah diri dan sekeliling sebaiknya
Ini masa kita nak buktikan kita boleh berjaya.

Tuesday, December 2, 2014

The lyrics

Eternal Flame The Bangles Acustico: http://youtu.be/asqLAwkZ4Bo


There you go. Enjoy it. One of my fav.

Sunday, November 2, 2014

Tiada

berlagak seolah tiada apa jadi,
perlukah aku mengingatkan siapa kau dihari ini?
dulu dan sekarang banyak beza,
fahamilah sebaiknya,
tiada apa perlu diterangkan,
itu semua dahulu dan masing2 sudah lama kehadapan.

Tuesday, October 28, 2014

Buktikan

Bukan main lagi update sekarang. Tentang perasaan ye. Tolak tepi laa, buat apa yang patut,habiskan dulu perjuangan ini. Banyak lagi nak ditempuh. Percaya pada diri sendiri ,buktikan pada semua kau boleh berjaya dulu ya?

Jadi

Kerana kini dia mengerti Untuk apa yang jadi selama ini Hanya menambah pedih dalam diri Kenangan itu bersifat sementara Perlu usaha dan percaya Jika mahu berterusan selamanya Jadi.831pm.27okt.

Sunday, October 26, 2014

Tahu.

Menyimpan hati pada dia Bila kenal sejak mula Masing2 memahami gaya cakap dan cerita Yang bila berjumpa yang bila dikira Hati berbunga senyum selebarnya Segala rasa seolah sama Sedaya upaya ditapis perasaan Yang ditahu bagi dia ini hanya kawan Ya bagi kita ini satu cara untuk ke depan Apa dikisah kata mereka Perasaan ini kita yang rasa Tiada yang tahu walaupun cerita sedalamnya Walaupun begitu diharap persahabatan berkekalan Kerana diakhirnya aku tahu Kau dan aku tidak mungkin bersatu Tahu. 527pm.26october

Saturday, October 25, 2014

Langkah mudah

Carilah langkahmu sendiri
Apa yang jadi dulu tidak akan berulang lagi
Ia mudah dan tidak susah
Kuatkan diri untuk mula walau mahu rebah
Cipta kenangan baru
Yang dalamnya tiada kau dan aku
Agar dapat dilupakan kisah dahulu
Kerana aku mengerti
Kenangan baru ada memori tersendiri.