Bukan main lagi update sekarang. Tentang perasaan ye. Tolak tepi laa, buat apa yang patut,habiskan dulu perjuangan ini. Banyak lagi nak ditempuh. Percaya pada diri sendiri ,buktikan pada semua kau boleh berjaya dulu ya?
i have hated the words and i have loved them, and i hope i made them right. markus zusak - the book thief
Tuesday, October 28, 2014
Jadi
Sunday, October 26, 2014
Tahu.
Saturday, October 25, 2014
Langkah mudah
Carilah langkahmu sendiri
Apa yang jadi dulu tidak akan berulang lagi
Ia mudah dan tidak susah
Kuatkan diri untuk mula walau mahu rebah
Cipta kenangan baru
Yang dalamnya tiada kau dan aku
Agar dapat dilupakan kisah dahulu
Kerana aku mengerti
Kenangan baru ada memori tersendiri.
Tuesday, October 21, 2014
Sebenarnya
Kita sebenarnya bukan kawan
Kita adalah lawan
Lawan yang diperlukan dalam apa keadaan
Lawan yang penat memahami lelah dan kerenah
Lawan yang kental hatinya untuk setiap ayat kau lontarkan
Lawan yang salahnya tiada pada kau di depan mata
Lawan yang kau tahu ada tersorok rahsia simpan padanya
Dari tahu yang buat kau merana
Tahu buat kau senyum seketika dikala kau gundah gulana
Yang dicuba jaga hatinya namun tak terdaya
Kerana setiap langkah dia seperti ada salahnya
Yang kau tahu
Kau sangat hargai dan tak akan lupa setiap cabaran yang pernah ditempuhi bersama
Hanya kata kata mainan jiwa Itu yang mampu diukir sebaiknya
Yang ikhlas dari hati
Yang dapat dibuat pengganti diri Kehilangan kata kata untuk meluahkan segalanya
Yang diharapkan bukan lawan
Atau aku yang tersilap menilai erti persahabatan
Terlalu memegang penuh makna
Hingga lupa dia sudah punya segalanya
Tanpa aku hidup mereka masih seperti biasa
Tanpa mereka tiada daya aku bergerak seadanya
Harap maafkan segala kesilapan
Sebelum kita berpaling arah untuk ke satu tujuan
Tujuan yang menunjukkan jalan ke masa hadapan
Monday, October 20, 2014
Sedar.
Dia sedar dia tiada siapa siapa,
Yang ada,
Hanya usaha untuk membuktikan yang dia boleh ke depan
Yang penting,
Bukan kegagalan yang nak ditunjukkan,
Biarkan yang mengenali berkata kata,
Biarkan persepsi sebegitu tenggelam dengan mereka
Percaya diri sendiri
Yang esok lagi baik dari hari ini.