Thursday, September 29, 2011

matanya berkaca lagi

matanya berkaca lagi
mengenang masa silam
yang tidak dapat diputar kembali
jadi dia harus memandang ke hadapan
walaupun jalan nampak suram

matanya berkaca lagi
mengenang emak ayah serta keluarga
yang harapan tinggi melangit nak tengok dia berjaya
yang nak melihat dia berubah & berdikari sepenuhnya

matanya berkaca lagi
mengenang yang telah tiada
segala kenangan dan ingatan tak akan dilupa
dalam diam, alfatihah disedekahkan kepada mereka

matanya berkaca lagi
untuk kesilapan dalam pertuturan
yang membawa ke penyesalan
tidak dapat diundur tapi ditelan
dan senyum dalam kepahitan

matanya berkaca lagi
untuk perubahan diri yang dirasakan tidak bererti
eh janganlah mengalah, perjalanan kau jauh lagi
tunjuk pada semua kau boleh lakukan
jangan mengalah jangan mengalah
pedulikan walau apa jua halangan





nmz.munee.1333.260911.matanya berkaca lagi
dan kaca pun pecah dihempas kuat ke batu,maka berhati2 lah dia mengutip serpihan disitu

Sunday, September 25, 2011

please , please digest this words.

There is stages in life, where you have to make decision. Your own decision. I've created opportunities for you and it is up to you to decide.







nmz.munee.please,please digest this words.260911.2236
dari ayah.sila tanamkan di otak anda ayat ini. fikir sebaiknya, jalan yang mana.